Shahrul keluar awal pagi tadi, seawal 6.30 pagi. Sengaja dia keluar awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Jika lambat alamat tersekatlah di jalanraya dan lambat pula tiba di pejabat. Sangka Shahrul dialah orang yang terawal sekali tetapi ada juga orang yang tiba lebih awal iaitu Marlia, setiausahanya yang penggoda.
"Selamat pagi Encik Shahrul," sapa Marlia pantas. Dia tergamam kerana sedang menyolek wajahnya. Segera Marlia menyimpan segala alat solek ke dalam beg tangannya. Solekan Marlia pada pandangan Shahren terlalu tebal.
"Selamat pagi," balas Shahrul terus berlalu ke biliknya. Disembunyikan senyumannya yang geli hati melihat gelagat Marlia yang mengelabah sebentar tadi.
Hati Marlia berbunga-bunga. Dia memang perasaan akan senyuman yang cuba disembunyikan oleh Shahrul tadi. Hari ini Marlia sengaja mengenakan pakaian seksi yang mendedahkan bahagian dada. Marlia juga perasan mata Shahrul tertuju ke bahagian dadanya. 'Yalah , lumrah lelaki', fikir Marlia. Dia merasakan peluang untuk mendampingi anak bosnya itu tetap ada. Azamnya dia akan cuba menggoda Shahrul sehingga berjaya. Marlia merasakan pekerja-pekerja wanita di pejabat itu tiada yang melebihi kecantikan dan keseksiannya. Marlia tersenyum sendirian memikirkan angan-angan hatinya. Setelah membuka komputernya, Marlia memulakan kerja dengan menaip tugasan yang belum siap kelmarin.
Lamunan Shahrul terhenti oleh deringan telefon di mejanya. Segera dia mengangkat gagang telefon itu.
"Hello"
"Er.. hello, Shah ke ni ?"
"Ya, siapa bercakap ni?" Shahrul kaget mendengar suara manja seorang wanita di hujung talian. Shahrul menegakkan duduknya.
" I ni Rozi"
"Oh... ada apa-apa yang boleh I bantu? Shahrul tidak menyangka pula menerima panggilan daripada Rozita pagi-pagi begini.
"You free ke tengahari ni ? I nak ajak you pergi lunch sama-sama bolehkan?"kedengaran suara rengekan manja Rozita di sebelah sana.
"Di mana?"
" Kat restoran okey ke?"
" Di mana tu?"
" Nanti I bagi tau . Tapi you terima ke ajakan I. I ni kan bakal tunangan you?"
" Boleh"
"You ambil I kat pejabat papa okey. Malaslah nak memandu"
Hendak tak hendak Shahrul terpaksa bersetuju dengan ajakan Rozita. Jarak antara pejabat mereka tidaklah jauh. Mungkin ada yang perlu dibincang kerana tarikh pertunangan mereka semakin dekat.
Ketukan di pintu mengalihkan perhatian Shahrul. Mata segera menoleh ke arah pintu. Marlia masuk membawa fail dokumen untuk disemak dan ditandatangani Shahrul. Senyuman Marlia tidak lekang dari bibirnya.Ketika tunduk menyuakan fail kepada Shahrul, Marlia sengaja merendahkan bahagian dadanya. Shahrul sempat menjeling pada bahagian lurah dada Marlia yang montok itu. Shahrul menelan liur namun cepat-cepat sedar akan muslihat Marlia. Mata Marlia tidak lepas daripada merenung wajah tampan Shahrul. Hati wanitanya tercabar.
"Encik Shahrul nak minum apa-apa biar saya buatkan," Marlia menawarkan khidmatnya.
"Tak apa, sekejap lagi saya nak keluar. Tak naklah susahkan cik Marlia."
"Tidak menyusahkan le Encik Shahrul. Saya boleh buatkan kopi ke, milo ke, semua ada." Kata Marlia seakan-akan memujuk namun dia kecewa apabila Shahrul tetap menolak.
"No thank you."
"Tak apa . Saya keluar dulu." Marlia berlalu dengan wajah yang kelat.
Dengan langkah yang longlai Marlia meninggalkan bilik itu. Shahrul menarik nafas lega. Dia bersyukur imannya masih bertahan.
Setelah menyiapkan tugasannya pagi itu, tepat jam 12.30 tengahari Shahrul keluar dari pejabat. Shahrul membelokkan kenderaan CRV miliknya menghala ke hadapan bangunan MBS. Rozita sudah sedia menunggu di situ.
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...