Shahrul menghubungi Roslan sebaik sahaja dia duduk di atas kerusi empuk dalam bilik pejabatnya. Ada sesuatu yang ingin dia bincangkan dengan Roslan dan Marlia. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi ketukan pada pintu biliknya. Shahrul mengarahkan mereka masuk. Dia menyandar pada kerusi dan matanya tertumpu ke arah pintu biliknya.
"Selamat pagi. Silakan duduk Lan, Marlia" ucap Shahrul. Roslan dan Marlia mengambil tempat duduk di hadapannya. Namun, seketika kemudian Marlia segera berdiri dengan senyuman terukir di bibirnya yang merah itu. Shahrul memandang Marlia dengan riak hairan.
" Err...Encik Shah dan Roslan nak minum kopi ke? Boleh saya buatkan. Tak lama sekejap saja,"cadang Marlia. Senyumannya meleret untuk menarik perhatian dua orang lelaki itu.
"Lan nak minum? Dah sarapan ke tadi?" tanya Shahrul.
"Belum sarapan lagi. Tadi baru nak melangkah keluar ofis, Shah dah call. Emm...boleh juga Marlia buatkan." balas Roslan.
"Okey, Marlia ....buatkan kopi O dua cawan okey."
Shahrul bersetuju. Ya, inilah pertama kali dia bersetuju bila Marlia mahu buatkan air kopi. Tentunya kembang hidung dan perasanlah wanita itu nanti. Shahrum senyum.
Dalam hati Marlia cukup berbunga. Yes! Akhirnya setuju juga. Marlia memandang wajah Shahrul dan Roslan silih berganti dengan senyuman yang cukup menawan. Segera dia bangun untuk ke pantri.
"You berdua tunggu ya. I will be back," Marlia terus melangkah keluar. Bunyi kasut tumit tinggi dan lenggang lenggoknya menjadi perhatian Roslan. Hmmm..Dari belakang seksi juga wanita itu.
"Ehemm..lamanya merenung si Marlia tu. Ada hati ke?" sergah Shahrul. Dia perasan yang Roslan menunjukkan minat terhadap Marlia.
Roslan yang mendengar kata-kata Shahrul hanya senyum.Ya, mungkin dia minat pada Marlia. Tetapi rasanya Marlia tidak akan pandang diapun sebab selera wanita itu tinggi. Setakat lelaki seperti Roslan yang hanya seorang pegawai ini mungkin susah mendapat tempat di hati Marlia. Apapun, jodoh ditangan Tuhan. Mana tahu suatu hari nanti terbuka pula hati Marlia menerimanya.
"Marlia tu cita rasanya tinggi Shah. Dia tak pandang orang macam aku ni. Lainlah kalau macam Shah. Shah tu mahulah dia" kata Roslan. Roslan senyum memikirkan angan-angannya.
"Belum cuba belum tahu Lan. Kau cubalah pikat sampai dapat. Mana tahu nasib berpihak kepada kau, bro."ujar Shahrul kemudian tergelak.
Roslan memetik jari apabila tiba-tiba teringatkan sesuatu. Sudah lama dia ingin bertanya kepada Shahrul tetapi segan.
" Kenapa?" tanya Shahrul hairan.
"Err..kalau aku tanya Shah marah ke?"
"Marah apa? Kau tak tanya lagi pun,"balas Shahrul.
Roslan menelan air liur. Inilah peluang dia bertanya apa yang dia hendak tanya. Lebih baik cepat sebab bila-bila masa sahaja di Marlia itu akan muncul.
"Err..jangan marah kalau aku tanya. Si Reena tu masih single kan?" tanya Roslan teragak-agak.
Shahrul merenung wajah Roslan sejenak sebelum menjawab. Rupanya itu yang dia hendak tanya. Hmm...
"Kenapa? Kau minat pada Reena?" tanya Shahrul selamba.
"Kalau tak ada yang punya, aku nak cuba pikat boleh?" Roslan mengharap. Namun dia dapat melihat perubahan air muka Shahrul.
" Ada. Dia dah ada yang punya," jawab Shahrul selamba. Kertas di atas meja dibelek untuk melindungi rasa hatinya. Cemburu mula bertandang dalam jiwa Shahrul. Pantang pula dengar ada lelaki menyebut nama gadis pujaan hatinya itu. Hmm...bunga di taman ada kumbang lain yang mengintainya.
![](https://img.wattpad.com/cover/109583092-288-k79434.jpg)
YOU ARE READING
Kasih Kita
Roman d'amourPertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...