Setelah memastikan keadaan dapur bersih, Azreena masuk ke biliknya. Mak Kiah juga sudah masuk ke biliknya. Azreena mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Segar rasanya disirami air setelah seharian bekerja. Nasib baiklah setiap bilik mempunyai bilik air sendiri.Jadi senanglah tidak perlu ke luar bilik untuk mandi. Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Azreena yang masih bertuala terus mengambil losyen dan menyapu pada tangan dan kakinya. Azreena memakai baju tidur dan kemudian berbaring di atas katil. Dia memeriksa telefon bimbitnya. Hmm...terdapat satu miss call daripada mama. Mesti mamanya risau dan ingin tahu keadaan Azreena. Dengan segera Azreena mendail nombor mamanya. Harap-harap mamanya belum tidurlah.
"Hello mama" ucap Azreena setelah talian disambut.
" Macam mana anak mama hari ini?" mama bertanya. Ada nada risau pada suara itu. Yalah..mestilah Datin Juriah risau. Bagaimanalah keadaan Azreena yang menjadi pembantu rumah.
" Okey je ma. Reena boleh buat kerja."
" Majikan okey? Reena tak penat?" tanya Datin Juriah lagi.
" Penat sikit ma. Tapi lama-lama okeylah nanti. Mama jangan risau ya." Azreena menyakinkan mamanya.
" Reena jaga diri baik-baik tau. Ingat pesan mama. Kelakuan kena jaga ya. Mama nak Reena selalu call atau mesej. Makan minum kena jaga juga. Call mama kalau ada apa-apa. Kalau boleh balik hujung minggu, Reena balik ya. Pak Mat boleh ambil." Berderet pesan Datin Juriah.
Azreen senyum mendengar pesanan mamanya. Akhirnya perbualan diantara Azreena dan mamanya tamat. Azreena berbaring semula. Dia mahu tidur awal kerana esok perlu bangun awal. Azreena memejamkan matanya tetapi minda tetap menerawang. Azreena terbayang wajah kacak Shahrul memandangnya. Ya, lelaki itulah yang ditemui dalam pesawat tempoh hari. Mana mungkin Azreena lupa. Rupa-rupanya, banglo ini milik keluarga Shahrul. Hai...sempitnya dunia ini. Azreena senyum sendiri dan akhirnya terlelap.
..........................................
Pada masa yang sama,Shahrul berasa resah gelisah di kamarnya. Fikirnya kembali mengingati peristiwa di meja makan beberapa jam yang lalu. Shahrul masih terbayang-bayang wajah gadis itu. Senyuman dan gerak badannya. Shahrul mengingatkan rasa hatinya yang berdebar-debar ketika terpandang sahaja wajah Azreena. Dia sungguh cantik walaupun tanpa alat solek pada wajahnya. Kulit wajahnya halus putih bersih, hidung mancung dan ulas bibir yang mengiurkan.
Ingin rasanya Shahrul turun ke tingkat bawah berpura-pura mengambil air minuman di dapur. Mana tahu kalau-kalau Azreena masih berada di dapur. Shahrul masih belum puas melihat wajah gadis itu. Setelah berfikir semula, Shahrul membatalkan niatnya itu. Lagipun ada peti sejuk di kamarnya dengan pelbagai jenis minuman di dalamnya. Shahrul mengambil setin pepsi dan menonton siaran HBO. Matanya memang memandang televisyen tetapi fikirannya melayang. Tiba-tiba dia teringat akan Rozita yang bakal menjadi tunangannya tidak lama lagi. Bagaimana pula ni? Dia akan menjadi tunangan orang kerana pilihan keluarga. Shahrul meraup wajahnya. Dia menggosok-gosok kepalanya yang tidak gatal dengan kedua-dua tangannya. Matanya dipejamkan. Muncul wajah Azreena dan Rozita silih berganti. Namun bayangan wajah Azreena lebih mendominasi ruang mata Shahrul. Akhirnya Shahrul tertidur dengan televisyen yang masih terpasang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...