33

437 39 15
                                    

"Kek ni kita simpan dalam peti sejuk dulu ya. Shah, baik kita pergi sekarang. Tengok jam tu . Masa dah semakin suntuk ni. Nanti kita lambat" gesa Datin Maznah. Dia melihat jam di dinding ruangan makan itu.

"Wait, tunggu dulu bu. Please..." kata Shahrul. Dia memandang Azreena di sebelahnya.

"Apa lagi ni Shah?" tanya Datin Maznah. Terpancar kerisauan pada wajahnya.

" Maz ni..drama tak habis lagi tu. Sabarlah sikit ya," usik Dato' Nassier. Dia juga menunggu adegan seterusnya. Ada-ada sahaja Shahrul ini. Apa sahaja lah dalam fikiran anaknya itu.

"Drama apa nya bang?" Datin Maznah mengerut dahi. Tidak faham.

" Shah ni asyik tenung-tenung je muka Reena tu kenapa? Apa yang tak beres lagi ni?" Soal Datin Maznah lagi.

Merona merah wajah Azreena apabila Shahrul terus merenungnya. Apa lagi yang tak selesai ni ? Dia bertanya sendiri. Malunya pada Dato' Nassier dan Datin Maznah.. mengada-ngada abang Shahrul ini. Azreena mengangkat kening nya pada Shahrul ingin tahu.

"Reena, tutup mata" arah Shahrul lembut.

"Tutup mata?" tanya Azreena gugup. Hatinya mula berdebar.

"Ya, tutup mata. Now."

"Why?"tanya Azreena. Dia memandang Dato' Nassier dan Datin Maznah yang juga menunjukkan reaksi hairan.

"Cepatlah sayang tutup mata" gesa Shahrul. Degilnya dia ni.

"Ya Reena. Tutuplah mata tu." sokong Dato' Nassier pula.

Azreena menutup matanya dengan perasaan berdebar-debar. Dia rasa tangannya dipegang seseorang. Ingin dibuka matanya tetapi belum sempat berbuat demikian suara Shahrul sudah melarang. Degupan jantung Azreena semakin kencang. Janganlah dia pengsan.

"Stay close. Jangan buka lagi," ujar Shahrul

Shahrul memandang kedua-dua wajah Dato' Nassier dan Datin Maznah yang terpinga-pinga dengan tindakannya. Suspen...memang drama ini.

Shahrul menyeluk poket seluarnya. Dia mengeluarkan kotak baldu dan membukanya. Perlahan-lahan dia menyarungkan cincin ke jari manis Azreena. Cincin bermata berlian itu dibelinya tempoh hari semasa mengambil cincin tunang bersama Rozita. Shahrul menghembuskan nafas lega. Nasib baik muat. Cincin itu tampak begitu cantik dan indah di jari manis Azreena yang putih halus dan runcing itu.

Dato' Nassier dan Datin Maznah yang melihat tidak terkata apa-apa. Mereka faham isi hati anak lelaki mereka. Umpama peribahasa 'Sudah terang lagi bersuluh'. Hendak dimarahpun tiada gunanya. Mereka ingin mendengar alasan Shahrul. Dato Nassier mengangkat kening minta penjelasan. Shahrul menghela nafas dan menghembusnya perlahan.

"Sayang, buka mata," arah Shahrul.

Sebaik sahaja membuka matanya Azreena terus memandang jari manisnya itu.Dia terkejut dan terlopong melihat sebentuk cincin pada jari manisnya itu. Lantas wajah Shahrul ditatapnya dengan penuh tanda tanya.

"Kenapa abang...?" Azreena tidak menghabiskan ayatnya lantas perasaan yang sudah tidak keruan. Terharu dan malu. Tindakan Shahrul di luar jangkaan.

"Kenapa apa sayang? This is for your birthday. Khas buat Reena sempena hari lahir Reena." jelas Shahrul tenang. "Suka tak?"tanya Shahrul lagi. Dia tersenyum.

"Kenapa bagi cincin? Reena tidak layak menerimanya abang. Reena tak nak terima," bantah Azreena kemudian memandang Datin Maznah dan Dato' Nassier. Mereka hanya diam.

"Shhh...jangan banyak cakap. Terima sahaja. Abang ikhlas."

"Tapi abang, cukuplah saja kek. Tak perlulah nak bagi cincin. Reena tahu cincin ni mahal,"suara Azreena bergetar menahan rasa.

Azreena kemudian cuba menanggalkan cincin daripada jarinya. Namun secepat itu juga Shahrul menggenggam tangan Azreena. Azreena terpempan dengan tindakan Shahrul. Ternganga mulutnya.

"Jangan buka sayang. Abang ikhlas." Bantah Shahrul apabila Azreena ingin mengeluarkan cincin tersebut dari jarinya.

"Sayang, abang Shah dah bagi itu terima saja lah ya. Abang Shah kamu tu ikhlas dengan pemberiannya."pujuk Datin Maznah memegang bahu Azreena.

"Yalah Reena, Terimalah ya . Khas untuk Reena tu," sokong Dato' Nassier. Dia dapat melihat keikhlasan Shahrul.

Dato' Nassier dan Datin Maznah tahu ada suatu makna di sebalik hadiah cincin yang diberikan oleh Shahrul kepada Azreena. Yalah, mereka orang tua dan dulu makan garam. Sudah semestinya mereka tahu maksud tindakan Shahrul. Namun Dato' Nassier dan Datin Maznah tidak pula menghalang tindakan Shahrul memberikan cincin kepada Azreena. Apa yang penting ialah majlis pertunangan Shahrul dan Rozita tetap diteruskan malam ini. Segala yang berlaku pasti ada hikmah nya. Jodoh ditangan Tuhan. Mereka menerima apa yang akan ditentukan oleh Yang Maha Esa. Tiba-tiba Dato' Nassier berasa sebak pula. Dia memandang wajah isterinya. Datin Maznah juga menunjukkan reaksi yang sama.

" Marilah kita bergerak sekarang. Dah lambat dah ni" gesa Dato' Nassier. Dia pun menarik lengan Datin Maznah untuk melangkah. Hmmm...Cantik isterinya malam ini, umpama Ratu.

Azreena mula hendak melangkah apabila tiba-tiba lengannya ditahan oleh Shahrul. Azreena terkejut. Wajah Shahrul dipandangnya.

"Jangan pernah tanggalkan cincin yang abang hadiahkan ini selagi ada rasa sayang Reena buat abang." bisik Shahrul.

Kata-kata yang penuh makna diucapkan pada gadis yang disayanginya itu. Kemudian lengan Azreena dilepaskan dan dia terus menuju ke arah pintu utama banglo.

Azreena yang mendengar kata-kata Shahrul terpaku seketika. Kata-kata itu jelas pada pendengarannya. Tiba-tiba hati Azreena rasa terharu dan sebak. Air mata yang bergenang di tubir matanya ditahan agar tidak mengalir. Perasaan halus yang istimewa semakin bercambah di dalam jiwanya. Azreena menghela nafas. Kemudian dia meneruskan langkah mengikuti mereka bertiga menuju ke arah kereta yang sedia menunggu.

******

Hai semua...

Saya masih lagi dengan mood jiwang... Isi dalam chapter 33 ini perlu ditulis kerana ianya ada kesinambungan dari chapter yang dulu. Chapter seterusnya nanti barulah kisah pertunangan Shahrul dan Rozita dipaparkan. Sabar ya sebab saya tengah mengarang idea. Teruskan baca, vote dan komen. Thanks..

Kasih KitaWhere stories live. Discover now