Shahrul mengambil keputusan untuk berjalan-jalan seketika di mall tersebut. Alang-alang dia sudah sampai di situ, baik dia meneroka mall tersebut. Bagus juga kadang-kadang berjalan seorang diri. Bukan selalu dia berpeluang jalan-jalan seorang diri seperti ini kerana sering sibuk dengan tugasnya. Hilangkan rasa stress sekejap sambil-sambil mencuci mata melihat gelagat orang yang lalu lalang. Shahrul senyum. Ada juga beberapa gadis yang berpapasan dengannya memberikan senyuman dan berbisik-bisik. Maklumlah Shahrul kan handsome. Hmm...puji diri sendiri.
Seketika kemudian, Shahrul melalui Kafe Secret Recipe di sebelah kanannya. Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu yang menarik perhatiannya di dalam kafe tersebut. Serta merta terukir senyuman meleret di bibir Shahrul. Yes! Laju langkahnya memasuki Secret Recipe dan menuju ke arah satu meja yang terletak di sudut kanan kafe tersebut. Shahrul segera menarik kerusi duduk di sebelah ibunya dan berhadapan dengan Azreena. Datin Maznah dan Azreena masing-masing terkejut dengan kehadiran Shahrul yang tiba-tiba. Mereka tidak sedar kehadiran Shahrul kerana sedang asyik melihat buku menu untuk memesan makanan. Shahrul tergelak melihat reaksi terkejut Azreena dan ibunya.
"Dari mana Shah ni tetiba saja muncul? Seorang saja kah? Mana Rozita?" tanya Datin Maznah bertubi-tubi. Matanya memandang sekeliling kalau-kalau Rozita ada bersama. Hmm...tak ada.
"Dia tak adalah bu. Dah balik," balas Shahrul. Matanya kemudian diarahkan menatap wajah gadis di hadapannya.
Shahrul senyum sengih melihat gelagat Azreena. Gadis itu yang perasan dirinya diperhatikan meletakkan buku menu dan membalas pandangan Shahrul. Senyuman manis diberikan kepada lelaki kacak itu. Ini membuatkan Shahrul terpana seketika. Pertembungan pandangan ini melekakan dan mendebarkan jantung Shahrul dan Azreena. Azreena kemudian menundukkan kepala memandang meja. Dia tidak mahu Datin Maznah perasan tingkah lakunya. Shahrul juga melarikan pandangan daripada wajah Azreena. Wajah gadis itu memang tidak jemu-jemu dipandang.
"Shah dan Rozita dah cuba cincin tunang kamu tu?" tanya Datin Maznah tanpa selindung. Wajah Shahrul di sebelah dipandangnya.
"Dah bu, sekejap tadi. Dah ambil pun," jawab Shahrul. Wajahnya serius. Dia tidak gemar berbicara tentang hal pertunangan di depan Azreena. Dikerlingnya gadis itu. Gadis itu selamba saja memandangnya.
"Bagaimana?" soal Datin Maznah lagi.
"Bagaimana apa bu?" Shahrul kurang faham.
" Bagaimana cincin pertunangan kamu berdua? Cantik tak?" Datin Maznah ingin tahu.
"Bolehlah. Puan Sri Rokiah yang tempahkan? Jadi ikut cita rasa dia lah. Shah ikut saja lah.", balas Shahrul perlahan.Shahrul sekali memandang Azreena. Gadis itu diam sahaja. Shahrul tertanya juga apa yang ada di fikiran gadis itu.
Shahrul tidak selesa sama sekali apabila ibunya membangkitkan hal pertunangan yang semakin dekat. Dia tidak punya pilihan selain daripada menurut kehendak orang tua nya. Hati Shahrul semakin memberontak bila semakin dekat tarikh tersebut. Tidak lama lagi status nya akan bertukar menjadi tunangan orang. Shahrul mengeluh. Shahrul sayangkan gadis di hadapannya itu. Dia harap status sebagai tunangan tidak akan membataskan hubungan mesranya dengan Azreena. Shahrul tak dapat bayangkan jika gadis itu hilang di sisinya. Jika benar tiada jodoh di antara mereka, sekurang-kurangnya Shahrul ingin mendampingi dan melindungi Azreena sebagai adiknya.
'Shah...kenapa ni?"tanya Datin Maznah. Dia hairan melihat reaksi Shahrul yang agak lama mendiamkan diri. Datin Maznah juga perasan Shahrul kerap merenung wajah Azreena. Apa yang ada di fikiran anak bujang itu agaknya?
"Tak ada apa-apa ibu. Ibu dan Reena dah order makanan? tanya Shahrul.
"Belum lagi Shah. Baru nak order ni." Datin Maznah lantas memanggil petugas untuk memesan makanan.
![](https://img.wattpad.com/cover/109583092-288-k79434.jpg)
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...