"Perlahan-lahan ya sayang. Hati-hati okey" Puan Sri Rokiah memimpin anaknya untuk duduk di atas katil.
Tengah hari tadi Rozita telah dibenarkan balik setelah doktor berpuas hati dengan tahap kesihatannya. Sebenarnya doktor mengesyorkan agar Rozita tinggal sehari lagi di hopital tetapi Rosita berkeras juga untuk pulang kerana tidak betah berada di bilik wad itu. Dua hari berada dalam bilik tersebut lamanya seperti dua tahun. Begitu membosankan dengan bau ubat-ubatan yang menyengat rongga hidung. Itu yang menyebabkan Rozita tidak sabar hendak keluar dari situ.
"Rozi nak baring ke duduk?"tanya Puan Sri Rokiah. Dia duduk di sebelah anak nya di atas tepi katil. Wajah Rozita yang masih pucat direnung dengan rasa kerisauan.
"Tak apa mummy. Rozi nak duduk dulu. Nanti-nanti Rozi baring." jawab Rozita. Perlahan-lahan Rozita merapatkan badannya menyandar pada kepala katil. Dua kakinya dilunjur agar lebih selesa. Kepala Rozita masih terasa sedikit pening. Dia memicit-micit dahinya untuk mencari kelegaan. Puan Sri Rokiah yang melihat perlakuan Rozita berasa risau.
"Rozi okey tak? Mummy tengok Rozi macam tak sihat lagi. Ni picit-picit dahi ni rasa pening ke? Nak mummy tolong picitkan? Biar mummy picit ya sayang."ujar Puan Sri Rokiah dengan nada bimbang.
"Thanks mummy." Rosita memberikan senyuman.
Rozita membiarkan ibu nya memicit-micit perlahan dahinya. Terasa lembut jari-jemari ibunya memicit-micit membelai dahinya. Terasa sedap dan nyaman disentuh selembut itu.
"Sekarang macam mana rasanya? Ada rasa lega sikit tak?" tanya Puan Sri Rokiah masih lagi memicit-micit dahi anaknya itu.
"Okey sikit . Terima kasih mummy. Rozi rasa nak baring pula."
"Ya, Rozi rehat dulu ya sayang. Bila rasa lebih lega barulah bangun semula. Ini ubat yang doktor bagi. Rozi telan dua biji. Biar cepat sembuh" Wajah anak kesayangan nya itu ditatap dengan simpati.
Puan Sri Rokiah menyuapkan ubat ke mulut Rozita dan memberinya air suam. Rozita kemudian perlahan-lahan berbaring di atas katilnya. Selepas mengalami keguguran ini, Rozita haruslah berhati-hati dan perlukan rehat secukupnya. Petang nanti keseluruhan badan Rozita akan disapu dengan air halia dan kapur. Ini untuk membuang angin dalam badan. Selain itu untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan setelah mengalami keguguran. Pantang-larang orang keguguran ini sama juga seperti merawat orang baru bersalin. Rawatan hendaklah dilakukan betul-betul agar tidak ditimpa sakit meroyan kemudian nanti. Puan Sri Rokiah telah mengupah seorang bidan untuk menguruskan Rozita.
"Rehat ya Rozi. Jangan banyak bergerak. Mummy keluar dulu." Puan Sri Rokiah menyelimuti keseluruhan badan Rozita agar tidak terdedah sangat dengan keadaan bilik yang berhawa dingin. Pendingin hawa itu ditingkatkan lagi suhu nya.
"Okey mummy. Rozi pun rasa ngantuk ni."
"Nanti mummy datang lagi bawa makanan ya." Puan Sri Rokiah mengusap-usap dahi Rozita. Kemudian dia bangun meninggalkan bilik itu.
Rozita cuba memejamkan matanya. Namun fikirannya melayang-layang mengingati Johari yang mungkin mencarinya. Rozita mencapai telefon bimbit yang diletakkan di meja sisi katil. Nama Johari dicari dalam senarai kontek dan ditekan.Ada bunyi deringan di sebelah sana tetapi Johari tidak mengangkat panggilan. Rozita mencuba sekali tetapi seperti tadi juga, panggilan tidak diangkat. Rozita mengeluh. Kenapa Johari tidak mengangkat panggilan? Adakah dia marah kerana Rozita tidak memaklumkan yang dia keluar wad tadi? Rozita tertanya-tanya.
*******
Johari masuk ke dalam biliknya dengan rasa geram. Keadaan dalam bilik tersebut masih seperti yang ditinggalkan kelmarin. Ada sedikit tompokan darah di atas lantai di mana Rozita terjatuh. Johari segera mengambil mop dan air lalu membersihkan tempat tersebut. Dia tidaklah rasa keji kerana kasih sayang terhadap wanita tersebut. Setelah membersih dan menyimpan mop dan baldi kembali ke tempat asalnya, Johari berbaring di atas katilnya. Fikirannya masih memikirkan Rozita dan kata-katanya yang menguris hati terngiang-ngiang di telinganya. Johari mengetap gigi menahan perasaan marah. Matanya terkedip-kedip memandang siling.
" I tak sangka you sanggup mengeluarkan kata-kata begitu Rozi. I yang menghantar you ke hospital. I yang menjaga you semalaman." Johari berkata-kata sendirian. Nafasnya termengah-mengah kerana menahan geram.
Johari bangkit dan terus berjalan ke arah cermin dinding nya. Dia berdiri memperhatikan dirinya di situ. Rasa marah dan geram Johari belum reda menyebabkan dia menjerit dan menumbuk cermin di hadapannya itu.
"Tak guna punya perempuan! Tidak mengenang budi !"Johari menjerit lagi.
Johari melihat darah yang mengalir di celah-celah jarinya yang luka. Terasa pedih luka tersebut, sepedih hatinya sekarang.
"Kenapa you berbohong tentang I Rozi. Kenapa? Adakah I tidak layak diperkenalkan kepada orang tua you? Tidak layak kah I hah!"Johari berkata sendiri dan mengetap giginya.
Johari melihat jari nya yang cedera. Begitulah luka dihatinya. Johari segera ke bilik air dan membasuh tangan nya itu. Terasa pedih nya namun ditahan kesakitannya. Cermin yang pecah dibiarkan dahulu. Johari kembali berbaring di katil. Ingatannya kembali semula ke peristiwa awal pagi tadi.
Sebaik tiba di hadapan pintu bilik rawatan Rozita, Johari berhenti seketika apabila mendengar suara orang bercakap dari dalam bilik. Dia pasti itu ibu bapa Rozita setelah dia memaklumkan berita mengenai Rozita kepada mereka. Johari ingatkan hendak masuk dan berkenalan dengan Tan Sri Rahman dan Puan Sri Rokiah. Namun hasratnya terbantut mendengar kata-kata bohong Rozita.
"Sampai hati you Rozi. I bersusah payah menemani dan menjaga you di bilik wad. Inikah balasan you pada I. Tak mengenang budi betul!" kata Johari geram.
Beberapa panggilan daripada Rozita tadi tidak dilayannya. Nak minta maaflah tu. Jangan haraplah Johari hendak jawab sekarang. Perasaannya masih sakit.
"Tak apa, biarkan dulu. Kita lihat apa akan jadi nanti" bisik Johari pada diri sendiri. Dia cuba menyabarkan diri.
Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib Johari hari ini. Johari banyak termenung sehingga menjejaskan pemanduannya. Disangkanya kenderaan di hadapan sudah bergerak maka Johari kenderaan mula bergerak. Sekali terdengar bunyi dentuman yang kuat bila kenderaan yang dipandu Johari melanggar belakang kereta di hadapannya. Tergamam seketika Johari di dalam keretanya. Pemandu kereta yang kena langgar itu segera keluar untuk melihat kerosakan di belakang keretanya. Johari juga keluar untuk melihat kerosakan di hadapan keretanya. Dengan bengis nya pemandu Cina itu memarahi Johari yang dikatakan cuai sehingga melanggar belakang keretanya. Bumper belakang kereta lelaki Cina itu pecah sementara lampu depan kereta Johari juga pecah. Oleh kerana depan keretanya rosak maka Johari pun tidak mahu mengakui salah. Mereka bertengkar dan bertekak di tengah-tengah kesesakan jalan raya. Akibatnya mereka saling menyalahkan antara satu sama lain dan menyebabkan kesesakan di tempat kejadian. Panjang barisan kenderaan dan pergerakan pun sangat perlahan. Dalam pada bertengkar dengan lelaki Cina tersebut, Johari tidak semena-mena terpandang seorang lelaki di dalam sebuah kereta yang sedang melalui kawasan kemalangan itu. Johari seperti kenal lelaki itu. Barulah dia teringat itulah tunang Rozita yang bernama Shahrul itu. Hmm...boleh tahan kacaknya. Patutlah Rozita tergila-gila lelaki itu. Namun yang Johari rasa pelik ada seorang wanita di sebelah Johari. Wanita yang cukup jelita pada pandangan matanya. Johari memandang tajam wanita tersebut dan di dalam hatinya tertanya-tanya siapakah dia? Johari dapat merasakan pandangan tajamnya menyebabkan wanita itu serba tidak kena.
"Siapa wanita itu? Johari bertanya sendiri. Dia tidak dapat menafikan kejelitaan wanita di sisi Shahrul itu.
Johari mengambil telefon bimbit kerana hendak membuat panggilan kepada Rozita. Jarinya sudah berkira-kira menekan nama Rozita pada senarai kontek namun membatalkan hasrat kerana ini mungkin bukan masa yang sesuai untuk menghubungi wanita tersebut yang baru keguguran. Johari melihat gambar-gambar Rozita pada telefon bimbitnya. Johari senyum dan mengusap-usap gambar Rozita tersebut.
"Sayang, I tak akan melepaskan you. You tetap milik I. Suka atau tidak suka, Rozi tetap milik I" Johari ketawa terbahak-bahak sendirian.
Sebentar kemudian hati Johari merasa panas kembali mengingat kata-kata Rozita. Dia mengetap gigi kerana geram. Mata Johari terasa mengantuk kerana tidak cukup tidur semasa menjaga Rozita semalaman di bilik rawatan. Johari menutup telefon bimbit dan akhirnya berbaring di atas katil sehingga terlelap.
YOU ARE READING
Kasih Kita
عاطفيةPertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...