6

452 17 1
                                    

Tepat jam 8.00 pagi Azreena sudah tercegat di hadapan pintu pagar banglo yang besar itu. Badannya berpeluh-peluh kerana terpaksa berjalan dalam jarak yang agak jauh. Pak Mat diarahkan menurunkannya di sebuah perhentian bas berdekatan biarpun pemandunya itu menawarkan untuk menghantar Azreena sampai ke pintu pagar.Azreena tidak mahu sesiapa di banglo itu tahu identitinya yang sebenar. Pagi itu Azreena berpakaian ringkas dengan memakai seluar jean dan kemeja-T.berbunga-bunga.

Cuaca yang sememangnya panas semakin terasa bahangnya.Azreena mengesat peluh pada wajahnya dengan sapu tangan. Sekali lagi Areena membaca papan tanda yang mengiklankan "Pembantu Rumah Diperlukan". Papan tanda itu disangkut di hadapan pintu pagar yang berukir indah. Petang semalam ketika lalu di kawasan itu, Azreena telah ternampak papan iklan itu. Dia meninjau-ninjau halaman banglo besar itu dari luar pintu pagar tetapi tidak melihat sesiapapun. Akhirnya Azreena menekan loceng pada tiang pagar.

Seketika kemudian kelihatan seorang wanita gempal terkocoh-kocoh menuju ke pintu pagar. Wanita itu melemparkan senyuman manis ke arah Azreena. Azreena membalas senyuman itu. Tangannya memegang besi  pintu pagar.

"Assalamualaikum ! Cik nak cari siapa? "Ramah wanita itu bertanya.

" Wasalamualaikum mak cik . Saya ternampak iklan mencari pembantu rumah ni. Saya berminat nak bekerja di banglo ini. Jawatan tu masih kosong ke?" tanya Azreena lembut Dalam hati Azreena berharap mudah-mudahan kerja itu masih kosong. Kalau tidak sia-sialah dia datang kemari dalam keadaan cuaca yang semakin panas ini.

Wanita itu memandang Azreena dari atas ke bawah. Hatinya berkata-kata biar betul gadis ini hendak menjadi pembantu rumah. Gadis ini sangat cantik dan putih bersih kulitnya. Wanita itu merenung wajah Azreena seketika. Azreena berdehem sehingga menyentakkan wanita itu.

"Kalau begitu cik masuklah dulu. Oh ya panggil mak cik Mak Kiah saja. Tunggu sebentar Mak Kiah nak buka pintu yang kecik ni."

Azreena kemudian mengikuti Mak Kiah menuju ke pintu masuk banglo. Hati Azreena begitu kagum keindahan halaman banglo yang luas itu. Kawasan sekitarnya dijaga dengan rapi dan bersih. Terdapat pelbagai tumbuhan pokok-pokok rendang dan bunga-bungaan menghiasi kawasan banglo itu.

"Cik tunggu dulu ya, biar Mak Kiah panggilkan Datin," ujar wanita itu lantas naik ke tingkat atas.

" Ya Mak Kiah"

Azreena yang masih berdiri memerhatikan keliling ruang tamu yang luas itu. Keadaannya memang mewah dengan hiasan barang-barang antik dan perabot-perabot mahal. Lampu kristal besar yang bergemerlapan di tengah siling menambahkan seri ruang tamu itu. Azreena begitu asyik memerhatikan keindahan sekelilingnya tanpa menyedari kedatangan tuan rumah.

" Datin, cik inilah yang nak mintak kerja tu," suara Mak Kiah menyedarkan Azreena. Segera dia menoleh ke belakangnya. Lantas Azreena melemparkan senyuman buat Datin itu.

" Cik, nilah Datin Maznah, pemilik banglo ini." Mak Kiah memperkenalkan.

" Assalamualaikum Datin. Saya Azreena binti Nazaruddin. Saya berminat nak bekerja sebagai pembantu rumah di sini. Harap-harap masih ada kekosongan," Azreena menghulurkan tangan bersalam mesra. Salam dan huluran tangannya disambut oleh Datin Maznah. Azreena memberikan senyuman manisnya. Terpana seketika Datin Maznah. Wajah itu seperti pernah dilihatnya tetapi entah di mana.

"Oh.... Cik nilah yang nak kerja kat sini ye Mak Kiah? Er... Mak Kiah tolong buatkan minuman dan bawa ke mari," arah Datin Maznah.

" Datin, semalam masa saya lalu di kawasan ni saya terpandang papan notis yang mencari pembantu rumah. Jadi saya pun ada hatilah nak mengisi jawatan itu. Masih kosong ke Datin?" ramah Azreena berkata-kata.

"Ada tu memang ada sebab Mak Kiah dah nak berhenti,"jawab Datin Maznah.

Seketika kemudian Mak Kiah membawa minuman oren dan sedikit kuih. Azreena dijemput minum. Terasa segar sedikit tekak yang haus akibat cuaca panas sebentar tadi. Datin Maznah turut minum sama. Matanya tidak lepas daripada merenung tubuh badan Azreena. Dalam fikiran Datin Maznah timbul persoalan.

" Betul ke nak jadi pembantu rumah? Sebab saya lihat daripada perwatakan dan peribadi awak ni nampaknya kurang sesuai dengan tugas ini," ujar Datin menyuarakan pendapatnya.

Datin Maznah seperti tidak percaya yang gadis semuda dan secantik Azreena sanggup memohon kerja sebagai pembantu rumah. Walaupun berpakaian biasa-biasa sahaja dan tanpa sedikitpun calitan alat solek di wajahnya, tetapi kejelitaaan gadis itu sangat terserlah di mata Datin Maznah. Daripada penampilan Azreena dengan kulitnya yang putih melepak serta jari-jarinya yang halus runcing maka terdetik di hati Datin Maznah gadis di hadapannya ini seperti tidak pernah menjalankan kerja-kerja rumah.

"Kerja-rumah rumah dan kerja-kerja dapur saya boleh buat Datin. Saya ada sedikit pengalaman. Saya akan buat kerja-kerja rumah yang diarahkan dan boleh masak sikit-sikit," Azreena merendah diri dan cuba untuk meyakinkan Datin Maznah.

" Awak asalnya orang mana?"

" Panggil saya Reena saja Datin .Saya orang sini juga Datin. Saya orang biasa saja .Saya berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh sekiranya diterima bekerja di sini," ujar Azreena merayu walaupun terpaksa berbohong sedikit.

"Baiklah. Saya terima Reena bekerja di sini. Reena perlu tahu bidang tugas yang dilakukan iaitu mengemas rumah dan memasak. Saya juga nak ingatkan Reena supaya bekerja dengan jujur dan ikhlas. Saya sangat mementingkan kejujuran dan saya rasa Reena pun faham maksud saya. Reena juga kena jaga tingkah laku ketika berada di banglo ini."

" Terima kasih banyak-banyak Datin. Reena faham dan berjanji akan bekerja dengan jujur di sini," senyuman memikat Azreena mengkagumkan Datin Maznah yang memandangnya.

"Untuk lebih memudahkan tugas ,nampaknya Reena kena tinggal di sini.Tetapi sekiranya tidak ada apa-apa majlis pada hujung minggu,Reena boleh balik rumah kalau mau,"penerangan dan keizinan daripada Datin Maznah melegakan Azreena. Dapatlah dia kembali ke Villa Sukma di hujung minggu.

Azreena diminta memulakan tugas pada hari Isnin iaitu lusa. Sebentar kemudian dia memohon diri untuk pulang ke rumahnya. Isnin nanti bermulalah satu lagi episod dalam hidupnya sebagai pembantu rumah. Hatinya sungguh girang dan rasanya tidak sabar untuk memaklumkan berita baik ini kepada papa dan mamanya. Setelah berada di luar pagar Azreena mula menekan-nekan butang telefon bimbitnya memanggil Pak Mat menjemputnya di perhentian bas tadi. Azreena mula melangkah ke perhentian bas tersebut dalam cuaca panas terik. Namun hatinya puas dicampur dengan rasa gembira.

Setelah lima minit menunggu akhirnya Pak Mat muncul dengan Mercedez Benz hitam papa. Azreena cepat-cepat masuk ke dalam kereta mewah itu. Dalam kepala Azreena sudah merangka-rangka apa yang akan dilakukan petang nanti. Petang nanti dia akan pergi ke pusat membeli-belah membeli barang-barang keperluannya.Dia akan menyamar sepanjang berada di banglo Datin Maznah dengan penampilan yang lain daripada biasa. Malam nanti dan seharian esok Azreena akan berguru lagi dengan Mak Pah belajar memasak beberapa jenis lauk yang popular di Sarawak. Azreena juga akan membeli dan membawa beberapa buah buku resipi masakan Melayu untuk kegunaannya ketika di banglo itu. Akhirnya Azreena tersenyum sendiri membayangkan pengalaman yang akan ditempuhinya nanti.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now