9

400 10 0
                                    

"Dah siap barang-barang yang nak dibawa?" tanya Datin Juriah sebaik sahaja Azreena duduk mengadap meja makan. Datin Juriah memandang sebuah beg besar di tepi tangga yang kelihatan agak lusuh.

"Dah mama," jawab Azreena ringkas. Dia mula menyuap nasi goreng ke mulutnya.

"Mama pun tak tau le, apalah yang merasuk Reena sehingga terfikir nak buat kerja macam tu. Mama tak mau Reena susah. Kita di sini dah cukup segala-galanya," Datin Juriah mengeluh, sedikit kesal dengan rancangan dan hasrat hati Azreena.

"Mama, Reena nak cari pengalaman. Tak lama mama. Cuma enam bulan je. Lepas tu Reena tolong papa di syarikat kita okey. Reena janji kan papa ?"ujar Azreena manja minta sokongan papanya. Dato' Nazaruddin meletakkan surat khabar yang dibaca dan mengganggukan kepala.

"Entah-entah di rumah Dato' Datin tu nanti ada pulak orang bujang yang cuba nak pikat anak gadis kita ni," Dato' Nazaruddin mengusik anaknya.

" Baguslah. Cepat pulak kita dapat menantu, cepat pulak kita dapat cucu," sambung Datin Juriah.

"Alah papa dan mama jangan cakap macam tu. Reena masih muda lagi tau. Maaflah nak kahwin awal-awal. Lagipun jodoh ditangan Tuhan," Azreena cuba menangkis kata-kata orang tuanya. Akhirnya dia sendiri tergelak.

"Yalah tu," sambung papanya.

"Tapikan kerja sebagai pembantu rumah ni berguna juga supaya nanti bila kahwin tak susah-susah sangat. Reena boleh menyediakan diri jadi isteri yang serba boleh tau," Azeena tersenyum memandang papa dan mamanya. Niat hatinya ingin mengusik orang tuanya.

"Tapi mama kesian pula tengok Reena terpaksa pakai macam ni," Datin Juriah melihat pakaian anaknya yang sangat sederhana.

Azreena mengubah cara berpakaiannya bersesuaian dengan tugasnya nanti. Azreena memakai T-shirt yang dipadankan dengan seluar jean . Rambutnya yang separas bahu diikat satu seperti ekor kuda. Azreena tidak mengenakan alat solek kecuali mencalitkan sedikit gincu nipis di bibir supaya tidak nampak pucat. Namun wajahnya yang cantik semulajadi tetap terserlah cantik biarpun tanpa alat solek dan berpakaian simple begitu Datin Juriah bangga dengan kecantikan anak gadisnya. Azreena mewarisi kecantikan Datin Juriah pada masa mudanya. Badan Azreena yang tinggi lampai dan ramping sesuai menggunakan apa sahaja fesyen pakaian.

Ketika zaman anak daranya, Datin Juriah juga terkenal dengan kejelitaannya. Bukan sedikit anak muda di kampungnya yang menaruh minat padanya. Tetapi salah seorang anak muda itu berjaya memikat hatinya. Itulah cinta pertamanya. Anak muda itulah yang menjadi suaminya hingga kini iaitu Dato' Nazaruddin Haji Mahli. Setelah setahun berkahwin mereka dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Azlan Azamin.Mereka sekeluarga berhijrah ke London dan di sana mereka suami isteri dikurnia pula seorang puteri yang comel, Azreena. Seperti sirih pulang ke ganggang, setelah begitu lama menetap di London, mereka kembali semula menetap di tanah air.

" Mama, Reena dah nak pergi ni," kata Azreena memancung lamunan Datin Juriah.

"Anak mama jaga diri baik-baik ya. Ingat pesan mama. Jaga tingkah laku dan elakkan buat perkara tak baik. Jangan lupa solat.," pesan Datin Juriah dengan nada sayu.

"Reena akan selalu ingat pesan mama. Reena akan jaga diri baik-baik. Mama tak usah risau ya"

"Jangan lupa call mama. Kalau boleh hujung minggu kenalah balik," tambah Datin Juriah lagi.

Setelah berpelukan dan bersalaman dengan mama dan papanya, Azreena masuk ke dalam Mercedes yang dipandu Pak Mat. Akan bermulalah satu episod baru dalam kehidupan Azreena sebagai pembantu rumah atau dengan kata lainnya orang gaji.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now