17

407 11 0
                                    

Azreena menyediakan empat jenis lauk untuk makan malam. Azreena seorang sahaja yang menyediakan semuanya kerana Mak Kiah bermalam di rumah anaknya. Mak Kiah mungkin akan berada di rumah anaknya dua tiga hari untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan menerima rawatan. Serius juga sakit Mak Kiah. Kesian dia. Azreena berkata dalam hatinya.

Setelah selesai menghidang semuanya di atas meja, Azreena memanggil Dato Nassier dan Datin Maznah yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

" Dah siap hidangannya Reena? Datin Maznah berjalan seiringan menuju ke meja makan. Melihat hidangan di atas meja, Datin Maznah begitu teruja. Senyuman mesra diberikan kepada Azreena.

" Dah Datin, Dato'...silakan" Azreena mempelawa dengan senyuman yang manis.

"Wah, sedap-sedap lauk malam ni kan Maz," Dato Nassier menelan liur. Senyumnya lebar sampai ke telinga. " Kalau macam ni selalu tak lama lagi naik lah berat badan"

" Abang ni, Maz ni kalau makan banyak mana pun body tetap mantain je. Kurus tidak, gemuk pun tidak," Datin Maznah berkata dengan bangganya.

"Silakan Dato, Datin"

"Reena, boleh tolong panggilkan Shah di biliknya? Kenapa belum turun lagi ni?" Ada riak risau pada wajah di wajah Datin Maznah.

Azreena segera menurut arahan itu. Dia naik ke tingkat atas perlahan-lahan. Sampai di bilik Shahrul, Azreena mengetuk pintu perlahan. Tiada respon. Azreena mengetuk pintu sekali lagi. Kali ini lebih kuat. Masih tiada respon. Azreena memberanikan diri memusing tombol pintu. Nampaknya pintu tidak berkunci. Dia membuka pintu perlahan-lahan. Di atas katil Azreena melihat sekujur tubuh yang masih lena tetapi badan ditutup sepenuh dengan selimut sehingga paras bahu. Keadaan bilik sejuk berhawa dingin. Azreena menapak perlahan-lahan mendekati katil. Dipanggilnya Shahrul yang sedang lena tidur itu. Tiada respon juga. Azreena serba salah sama ada untuk menyentuh Shahrul atau tidak. Tetapi akhirnya disentuh bahu Shahrul, berasa panas. Disentuh pula dahi Shahrul...panas. Shahrul tidak menyedari kedatangan Azreena kerana sedang lena. Azreena kemudian bergegas turun untuk memberitahu keadaan Shahrul kepada Dato' Nassier dan Datin Maznah.

"Datin, nampaknya Abang Shahrul demam," Azreena kelihatan cemas.

"Demam?" Dato Nassier dan Datin Maznah serentak menyahut.

Kedua-duanya segera menuju ke tingkat atas untuk melihat keadaan Shahrul. Shahrul masih lena. Datin Maznah segera menyentuh dahi Shahrul. Panas. Terpancar riak riau pada wajahnya.

"Shah demam bang. Panas betul dahi dia ni."

"Macam mana boleh demam ni?", tanya Dato'Nassier.

"Entahlah bang. Tadi okey je" ujar Datin Maznah lantas dulu di kerusi pinggir katil.

Shahrul digerak lagi. Akhirnya ada respon. Shahrul membuka matanya.

" Ibu, ayah...kenapa ada di sini?'Shahrul berkata lemah. Dia mengosok mata kerana masih mengantuk.

" Shah demam ni. Badan Shah ni panas sangat. Kita pergi hospital ya Shah? Datin Maznah membantu Shahrul untuk duduk.

" Tak payah lah ke hospital ibu. Sikit saja demam ni. Makan panadol saja cukuplah bu" ujar Shahrul lemah. Matanya kadang kala pejam kerana kepala yang sedikit pening.

Shahrul membuka lagi matanya. Dia terpandang Azreena yang berada di sebelah Datin Maznah. Shahrul menatap wajah Azreena dan memberikan senyuman untuk gadis itu. Dato' Nassier dan Datin Maznah perasan dan sedar akan pandangan itu. Mereka saling berpandangan.

"Kalau begitu ,Reena ambilkan ubat penabol dalam peti ubat di kabinet dapur ya. Air minuman ada dalam bilik ini" Datin Maznah meminta Azreena segera ke dapur.

Azreena segera menurut perintah. Senang dia mencari peti ubat itu kerana telah diberi tahu oleh Mak Kiah lokasinya sebelum itu. Azreena mengeluarkan satu papan penabol dan kemudian berlari ke atas untuk menyerahkannya kepada Datin Maznah.

" Reena, ambilkan air di atas meja tu,"Datin Maznah menunjukkan air dalam botol di atas meja.

Azreena segera menuang air ke dalam gelas dan memberikannya kepada Datin Maznah.

"Kepala Shah peninglah Bu," adu Shahrul. Dia memicit-micit dahinya.

Datin Maznah mengeluarkan dua biji panadol dan menyuapkannya ke mulut Shahrul. Kemudian Shahrul minum air sehingga habis segelas untuk menolak ubat ke dalam perut. Shahrul baring semula. Matanya dipejamkan.

"Shah rehat dulu ya. Dah makan ubat ni sekejap lagi baik lah tu." Datin Maznah kasihan melihat anak bujang itu.

"Bawa berehat Shah," ujar Dato' Nassier setelah sekian lama senyap.

"Reena, ambilkan tuala kecil, rendam dalam air suam dan letak atas dahi Shah supaya kurang panasnya," arah Datin Maznah. Dia memandang wajah Shahrul. Azreena melakukan seperti yang diarahkan.

"Datin, Dato'...makanan di atas meja makan tu rasanya dah semakin sejuk. Apa kata Datin dan Dato makan dulu" cadang Azreena.

"Baiklah Reena, kami turun dulu ya. Reena tolong tengok-tengokkan Shah sekejap ya. Nanti kami datang balik. Lepas tu Reena pula makan okey." Datin Maznah memberi isyarat kepada suaminya untuk berlalu.

Azreena duduk di kerusi di sebelah Shahrul. Ditatapnya dalam-dalam wajah kacak itu. Begitu tenang wajah itu lena. Hmm...handsome..

Kasih KitaWhere stories live. Discover now