37

335 17 10
                                    

"Reena...Roslan," tegur Shahrul apabila sudah berdiri dekat dengan dua orang yang sedang berbual-bual itu.

Azreena dan Roslan berpaling serentak ke arah suara yang menegur mereka. Kelihatan Shahrul berdiri berpeluk tubuh memandang ke arah mereka. Dia memang segak dan begitu tampan dengan baju Melayunya. Apapun wajah Shahrul nampak serius dan merenung tajam wajah Azreena. Mulanya Azreena mengerut kening hairan namun kemudian senyuman perlahan-lahan terukir di bibirnya. Shahrul menahan rasa geram di hatinya. Dia cemburu melihat Azreena berbual-bual mesra dengan Roslan sedangkan dia begitu risau akan keberadaan gadis itu.

"Abang buat apa ke sini?" tanya Azreena. Dia melihat-lihat kalau-kalau Rozita ada bersama tetapi ternyata hanya Shahrul seorang sahaja.

"Boleh pula tanya abang soalan tu? Abang bukan main risau lagi cari Reena. Rupa-rupannya Reena sini sedang leka berbual-bual dengan Roslan," balas Shahrul dengan nada yang geram. Dia kemudian mengambil tempat duduk di sebelah Azreena. Wajah Roslan yang tersengih di hadapannya dipandang dengan perasaan jengkel. Bagi penampar baru tahu.

"Hai bro,tahniah sekali lagi. Mana tunang you?" soal Roslan. Dia dapat melihat perubahan air muka Shahrul. Ada ketegangan pada wajahnya. Tetapi kenapa ya?

"Oh, dia di sana tu. Apa yang you berdua bualkan? Nampak mesra saja. Sampai I datang pun tak perasan." ucap Shahrul kepada Roslan dan Reena. Ada nada cemburu pada kata-katanya.

Roslan memandang Shahrul dengan riak hairan. Lain macam saja tingkah laku Shahrul malam ini. Sepatutnya Shahrul nampak gembira pada malam pertunangannya. Namun apa yang dilihat oleh Roslan, Shahrul nampaknya tertekan. Satu lagi yang membuat Roslan hairan ialah Shahrul sanggup meninggalkan tunangnya dan sanggup pula mencari Azreena sehingga ke situ. Roslan memandang Azreena. Azreena pula berkira-kira ingin berkata kepada Shahrul.

"Kami berbual saja abang. Kebetulan Reena kenal abang Roslan ini."jelas Azreena. Hatinya mula rasa bimbang. Azreena dapat rasakan Shahrul tidak suka dia berbual mesra dengan Roslan.

"Abang Roslan?" tanya Shahrul dan merenung tajam ke anak mata Azreena. Gadis itu sudah mengelabah dan menunduk memandang meja.

" Errr..I yang minta Reena panggil I abang Roslan tu Shah. Yalah..taklah formal sangat berencik-encik bagai. Panggilan abang Roslan lebih santai dan mesra. Lagipun I jauh lebih tua daripada Reena kan" jelas Roslan dengan tenang dan senyum.

Shahrul yang mendengar penjelasan Roslan mengetap giginya. Ada rasa geram dan cemburu bertandang dalam hati. Suka hati saja suruh panggil dia 'abang Roslan'. Shahrul mengutuk Roslan dalam hati dan memandang wajah Azreena yang sudah merona merah.

"Abang dah makan?," tanya Azreena sengaja menukar topik. Dia dapat rasakan tingkah laku dan nada suara Shahrul yang lain. Tidak mahulah jadi pertengkaran atau pergaduhan. Tak sanggup Azreena membayangkannya.

"Belum," jawab Shahrul selamba.

"Belum makan lagi?" soal Roslan kehairanan.

"Belum kenyang lagi. Rasa nak makan lagi. Tadi tak ada selera. Reena, tolong ambilkan abang makanan. Apa-apa je lah," pinta Shahrul.

Azreena segera bangun untuk mengambil makanan untuk Shahrul. Mata Shahrul mengiringi langkah Azreena dan tanpa sedar perbuatannya diperhatikan oleh Roslan.

Roslan pun hairan dengan sikap Shahrul. Nampaknya agak protective terhadap Azreena. Kenapa ya? Ingin dia bertanya tetapi mulutnya berat. Lagi pula Shahrul tu bos dia. Shahrul adalah CEO Mega Holding. Walaupun Roslan kawan rapat Shahrul, namun untuk 'busybody' tentang hal-hal peribadi ada batasnya.

"Jadi mulai malam ni sahlah you jadi tunangan orang. Hmm..membawa gelaran tunang. Bagaimana rasanya Shah? Semua berjalan lancarkan?,"Roslan memulakan kata apabila dilihanya Shahrul mendiamkan diri.

Shahrul mengeluh. Macam yang you lihat. Semua okey," balas Shahrul. Matanya lekat memandang Azreena yang sedang mencedok makanan di sebelah sana.

"Apa-apapun I doakan yang terbaik untuk you bro. Semoga pertunangan you ini memberi kegembiraan dan kebahagiaan membawa ke jinjang pelamin."

Roslan menghabiskan makanan di pinggannya. Akhirnya dia meneguk airnya sehingga habis. Hmm..kenyang rasanya.

Shahrul hanya mengangguk mendengar kata-kata Roslan. Apalah yang Roslan tahu tentang perasaannya. Roslan tidak tahu jiwanya yang berkecamuk, yang tidak tentu arah. Pada zahirnya Shahrul memang nampak tenang dan okey. Namun perasaannya terdera. Dia tak rela dan dipaksa menerima pertunangan ini. Dia terpaksa menerima jodoh yang ditentukan oleh orang tua. Kalau Shahrul boleh menangis, ingin dia menangis di hadapan Roslan. Tetapi dia lelaki sejati. Mana mungkin dia menunjukkan kelemahannya di situ. Shahrul mengeluh, merepek apa dia ni.

Azreena datang membawa makanan dan minuman untuk Shahrul. Pinggan makanan dan gelas minuman diletakkan di hadapan lelaki itu. Kemudian dia duduk di sebelah Shahrul tetapi tidaklah rapat sangat. Gelagat Azreena yang melayan Shahrul diperhatikan oleh Roslan. Dalam hatinya tertanya-tanya.

"Makanlah abang," jemput Azreena. Wajah Shahrul dipandang dengan senyuman.

"Thanks sayang," balas Shahrul spontan.

Tanpa sedar kata-kata Shahrul menyentakkan hati Roslan yang duduk di hadapannya. Bulat mata Roslan memandang Shahrul. Dilihatnya Shahrul berselera je menyuap makanannya. Azreena di sebelahnya hanya memerhati.

"Mesranya Shah dengan Reena. Siap panggil 'sayang' lagi,"tegur Roslan. Kononnya untuk mengusik saja. Tapi dia mahu juga melihat reaksi Shahrul. Wajah Azreena di sebelah sudah merona merah.

"Oh, I dah biasa panggil Reena 'sayang'. Diakan adik I . So apa yang pelik?" soal Shahrul selamba.

"Tak takut ke tunang tu marah?" duga Roslan.

"Nak marah apa?" soal Shahrul. Dia menyuap lagi makanan ke mulutnya.

"Marahlah. You faham maksud I bro." jawab Roslan.

Roslan membesarkan matanya apabila seseorang melangkah ke arah mereka. Shahrul tidak menyedarinya kerana tunduk makan. Roslan menelan air liurnya. Azreena juga tidak sedar kerana dirinya dilindungi badan sasa Shahrul.

"Rupanya di sini you Shah. Puas I cari sana sini. Rupanya sedang berborak di sini sambil makan-makan. Eh, you makan lagi?" soal Rozita kehairanan. Namun perasaan geram menguasai mindanya.

Shahrul segera menoleh apabila mendengar seseorang menyebut namanya. Dia terkejut melihat Rozita yang berdiri berpeluk tubuh mengadapnya. Senyuman diberikan kepada tunangnya itu.

"Rozi, kenalkan ini Roslan iaitu Pegawai di Mega Holdings.Ini pula Reena, adik I.," jelas Shahrul.

Roslan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Rozita. Rozita dengan segera menyambut tangan Roslan. Namun apabila Azreena menghulurkan tangan untuk bersalam, Rozita menyambut salam itu dengan hujung jarinya sahaja. Rozita memandang Azreena dari atas ke bawah. Pandangan tajam diberikan kepada Azreena. Dalam hatinya tertanya-tanya Azreena adik Shahrul? Biar betul? Kenapa dia tidak tahu? Menurut daddy dan mummy, Shahrul anak tunggal. Bagaimana pulak boleh ada adik? Gadis itu memang cantik dan menimbulkan perasaan cemburu dalam diri Rozita.

Tanpa memperdulikan Azreena dan Roslan yang melihat, Rozita memaut lengan Shahrul untuk membawanya pergi dari situ. Shahrul yang terpinga-pinga lantas berdiri.

"Jom, saudara-mara I nak jumpa you. Mereka nak berkenalan dan berbual dengan you iaitu tunang I," lantas Rozita menarik lengan Shahrul dan membawanya ke dalam.

Tanpa sempat berkata apa-apa Shahrul terpaksa menurut kehendak Rozita. Roslan dan Azreena hanya mendiamkan diri dan membiarkan sahaja Shahrul berlalu bersama Rozita. Apabila melihat adegan itu, timbul rasa sayu dalam hati Azreena. Sebelum air matanya jatuh, Azreena turut meminta diri dan meninggalkan Roslan di situ. Sudah tiba masanya Azreena untuk pulang ke Villa Sukma malam ini . Rasanya, Pak Mat sudahpun menunggunya di luar pagar banglo itu.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now