23

500 18 9
                                    

Shahrul tiba di bilik pejabatnya tepat jam 7.30 pagi. Pagi ini dia tiba awal kerana jalan raya yang tidak berapa sesak. Ketika sampai tadi, beberapa meja staf masih kosong tidak berpenghuni termasuklah meja Setiausahanya ,Marlia. Shahrul meletakkan beg bimbitnya di ruangan di sebelahnya. Dia kemudian menuju ke arah tingkap dan meninjau pemandangan yang indah di luar sana. Kedai-kedai dan pusat membeli-belah ada yang masih tutup lagi kerana kebanyakkannya buka jam 8.00pagi atau 9.00pagi. Walaubagaimanapun, jalan raya sudah kelihatan semakin sesak dipenuhi kenderaan. Kenderaan semakin hari semakin banyak di bandaraya ini. Seketika kemudian, Shahrul duduk di kerusi empuknya dan membuka laptop nya. Shahrul senyum apabila melihat wajah yang menghiasi skrin laptopnya itu.

" Morning sayang" ucapnya perlahan. Gambar pada permukaan skrin laptop nya itu adalah gambar seorang gadis yang diambilnya secara curi tetapi sangat cantik dan cute juga.

Shahrul terus mencari dan membuka fail bagi menyambung tugasnya menyiapkan kertas projek pembinaan resort di kawasan tepi pantai yang telah dibeli oleh Mega Holding dua minggu yang lalu.

Bunyi ketukan di pintu menyebabkan Shahrul mengangkat kepalanya. Seperti biasa, Marlia akan masuk menghantar fail dokumen untuk disemak dan ditandatangani. Marlia berjalan ke meja Shahrul dengan lenggang lenggoknya disertai bunyi kasut tumit tinggi. Pakaiannya hari ini nampak lebih sopan walaupun skirtnya masih pendek paras atas lutut.

"Selamat pagi Encik Shahrul," sapa Marlia ceria. Matanya galak merenung wajah tampan lelaki di hadapannya itu. Fail ditangan diletakkan di hadapan Shahrul.

Marlia menghadiahkan senyuman menggoda untuk memikat bosnya itu. Matanya tidak lepas dari memandang wajah CEO Mega Holding itu. Shahrul adalah CEO syarikat yang baru dilantik oleh ayahnya, Dato Nassier. Perlantikan itu akan dirasmikan pada satu majlis makan malam yang akan diadakan bulan hadapan. Perasaan Marlia pada Shahrul semakin menjadi-jadi. Marlia terpikat dengan Shahrul sejak pertama kali lelaki itu masuk ke Mega Holding. Dia sukakan lelaki itu yang bergaya, hensem, berjaya, berkaliber dan kaya. Marlia berazam akan terus menggoda Shahrul dan dia tidak akan berputus asa. Marlia juga tahu lelaki itu bakal bertunang pada hujung minggu ini. Semua staf Mega Holding dijemput ke majlis pertunangan itu. Dia juga akan pergi ke majlis itu. Hmm...setakat bertunang apalah sangat. Orang yang sudah kahwin lagi boleh bercerai. Inikan pula baru bertunang. Marlia mencebikkan bibirnya. Matanya terus merenung Shahrul yang sedang membelek dan membaca dokumen dalam fail.

" Okey, dah.." kata Shahrul setelah menandatangani dokumen tersebut. Dia menyerahkan kembali fail itu pada Marlia.

" Terima kasih Encik Shahrul." balas Marlia manja. Gedik pun ada. "Boleh saya buat air untuk Encik Shahrul?"tanya Marlia lagi. Dia berharap Shahrul menyambut tawarannya kali ini. Senyuman sehabis manis diberikan kepada lelaki itu.

"Tak apa. Saya dah sarapan di rumah. Tak payah susah-susah. Thanks." Shahrul kembali melihat laptop nya. Sekali lagi muncul wajah manis pada skrin itu. Shahrul tersenyum simpul.

Hati Marlia hampa apabila Shahrul asyik menolak tawarannya untuk membuat air kopi ke teh ke... Namun apabila melihat Shahrul senyum, hati Marlia berbunga-bunga riang kerana menyangka Shahrul tersenyum kepadanya. Hmm..parah...perasan lah pula.

" By the way...tahniah Encik Shahrul. Tak lama lagi nak bertunangkan. Beruntunglah perempuan yang dapat berdamping dengan Encik Shahrul kan?"

Shahrul mendongak memandang Marlia. Ingatkan dah keluar, rupanya masih lagi tercegat di situ.

"Dah jodoh," balas Shahrul ...malas.

"Dah jodoh ke dijodohkan?"tanya Marlia selamba.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now