" Lambat balik dari pejabat petang ni Shah? Tegur Datin Maznah sebalik sahaja Shahrul menghadap meja makan.
" Banyak kerja bu,"jawab Shahrul ringkas. Matanya memerhatikan lauk-pauk di atas meja. Masakan Mak Kiah malam ini memang menyelerakan. Sekurang-kurangnya rasa letihnya semakin hilang bila menikmati nasi dengan lauk kegemarannya iaitu kari kepala ikan.
"Kerja memang banyak.Lagipun Shah masih baru lagi di pejabat tu. Banyak yang perlu dipelajari tentang hal-hal bisnes. Ayah percaya pengalaman Shah bekerja di negara orang tu dapat membantu meningkatkan prestasi dan kemajuan syarikat kita," ujar Dato' Nassier memberikan semangat kepada Shahrul.
" Kerja tu kerja juga, tapi kesihatan tu kena jaga. Susah kalau sampai sakit," Datin Maznah mengingatkan.
" Yalah bu. Pandai-pandailah Shah bahagikan masa."
Datin Maznah meletakkan nasi di pinggan Shahrul. Shahrul segera mencedok kari kepala ikan ke pinggannya. Selepas membaca bismillah Shahrul memulakan suapan.Dato?Nassier dan Datin Maznah yang melihat gelagat Shahrul makan saling tersenyum.
" Perlahan sikit Shah, nanti tercekik pula. Hati-hati ya, kepala ikan tu banyak tulang," kata Datin Maznah sedikit cemas. Berselera benar anak bujangnya itu makan pada pandangannya.
Shahrul tersenyum. "Takkan le sampai tercekik bu. Shah bukan budak kecil lagi,"Shahrul menambahkan lauknya."Tapikan,yang ni baru buat Shah rasa nak tercekik...," Shahrul menyambung kata.
"Ha ! dah tercekik dah ? Cepat minum air!," dengan wajah yang cemas Datin Maznah menghulurkan air sirap sarsi.
" Bukan tercekik ikan lah bu ,"Shahrul tergelak.
" Habis tu kenapa?" Datin Maznah ingin tahu.
Shahrul mengerutkan dahinya. " Entahlah, kadang-kadang tu rasa rimas jugak. Setiausaha di pejabat kita tu, nampak lain macam je."
"Lain macam mana tu," tanya Dato' Nassier senyum-senyum.
"Nampak sangat nak menggoda ke apa lagaknya. Pakaian pula memang seksi le ayah. Perangai juga mengada-ngada dan tergedik-gedik gitu," Shahrul mengadu.
" La..kenapa pulak ? Kan perkara kecil tu. Anak ayah tak boleh handle ke ?" tanya Dato' Nassier cuba mengusik anak bujangnya.
"Kan anak bujang ibu ni kacak orangnya. Siapa-siapa pandang pun pasti terpikat. Yalah apa nak hairan,"Datin Maznah memuji.
Tidak dapat dinafikan rupa kacak Shahrul memang diwarisi daripada Dato'Nassier sendiri yang mempunyai darah kacukan Melayu –Inggeris.Ibu Dato' Nassier seorang wanita Inggeris yang telah lama menetap di Sarawak. Dato' Nassier sendiri pun tidak kurang kacaknya, berwajah Pan-Asian . Pasangan suami-isteri itu masih mengekalkan ketampanan dan kecantikan biarpun usia semakin meningkat senja. Bagi Dato' Nassier sendiri, dia tidak lupa bagaimana sukarnya hendak memikat Datin Maznah ketika zaman gadisnya. Maklumlah Datin Maznah ketika itu memang anak kesayangan keluarga dan dikawal gerak-gerinya. Datin Maznah daripada keluarga berada sedangkan Dato' Nassier ketika itu hanyalah seorang duda yang mempunyai seorang anak. Dato' Nassier seorang lelaki yang bercita-cita tinggi dan rajin dalam pekerjaannya. Maka kesungguhan inilah yang membuka ruang di hati Datin Maznah untuk menerimanya sehingga membawa ke jinjang pelamin.
" Kalau Shah tak layan, lama-lama sedarlah perempuan tu nanti. Lagipun Shahkan dah nak bertunang tak lama lagi. Jadi tak adalah masalahnya.," ujar Dato' Nassier cuba menyakinkan Shahrul.
"Jangan-jangan perangai anak Tan Sri tu pun macam tu jugak. Anak orang kaya berpangkat Tan Sri hidup serba mewah dan moden. Tergedik-gedik dan sosial.. Lagipun Shah tak cinta dan tak kenal dia,"komen Shahrul seraya meluahkan rasa tidak puas hatinya.
" Habis tu, takkan Shah nak ambil gadis kolot pulak? Gadis kampung yang tinggal di hulu-hulu sana tu?" tingkah Datin Maznah. Terbeliak matanya memandang Shahrul.
"Bukan begitu bu. Sekiranya boleh, Shah tidak maulah dipaksa-paksa begini. Tapi nanti ibu kata anak derhaka pula. Shah tak kenal tingkah laku Rozita tu, jadi macam mana nak terima dia?" bantah Shahrul cuba mengubah hasrat ibu bapanya.
"Shah kan dah lihat semalam. Taklah tak senonoh. Lagipun ayah lihat Rozita tu pun tunjuk minat juga kat Shah."
"Tan Sri dan isterinya pula memang berkenan betul dengan Shah untuk dijodohkan dengan anak gadisnya,"sokong Datin Maznah.
"Mungkin Rozita tu nampak moden dan sosial tetapi bila dah kahwin nanti Shah bolehlah membimbing dan membentuk peribadi dia," tambah Dato 'Nassier lagi.
"Mungkin boleh, mugkin tidak," jawab Shahrul selamba.
" Ayah dan ibu terima rancangan nipun untuk kebaikan Shah juga., untuk kebaikan kita sekeluarga. Ikatan perkahwinan ini dapat memajukan perniagaan kita. Inilah peluang yang tidak harus ditolak. Keluarga Tan Sri Rahman tu memang kaya raya. Lagipun Tan Sri memang sangat berkenan pada Shah.," pujuk Datin Maznah cuba melembutkan hati Shahrul.
" Tapi ayah dengan ibu kena ikut syarat Shah macam yang Shah tetapkan semalam tu. Jangan pulak nanti bila hari pertunangan tempohnya berubah pulak. Shah tidak mahu perkahwinan dilangsungkan begitu cepat. Bertunang dalam tempoh setahun supaya Shah dapat mengenal hati budi Rozita tu dulu,"sekali lagi Shahrul menegaskan syaratnya.
" Shah jangan khuatir. Syarat Shah tu dahpun dipersetujui semalam kan? Apa yang penting Shah bersetuju saja. Ayah yakin anak gadis Tan Sri Rahman tu baik orangnya dan boleh dibentuk."
Shahrul kehilangan kata-kata. Fikirannya melayang jauh mengingati tingkah laku Rozita semalam. Rozita seorang yang manja, cantik dan menggoda. Adakah itu ukuran budi bahasannya? Akhirnya Shahrul meminta diri untuk berlalu ke kamarnya. Shahrul perlahan-lahan bangun lalu meninggalkan ruang makan tersebut dengan satu keluhan perlahan. Fikirannya bercelaru dan keliru. Dato' Nassier dan Datin Maznah hanya memandang dengan perasaan yang serba salah tetapi apa yang boleh dilakukan. Inilah satu pengorbanan yang diperlukan demi untuk mengekalkan kestabilan syarikat perniagaan keluarga mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/109583092-288-k79434.jpg)
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...