Menjelang petang mereka sampai di banglo itu. Hampir seharian di pusat membeli belah, banyak juga barangan yang dibeli seperti pakaian, makanan dan barang-barang keperluan lain. Azreena membantu Shahrul membawa beg-beg plastik masuk ke dalam banglo. Di ruang tamu, sudah sedia ada Dato' Nassier dan Datin Maznah yang duduk di atas sofa menonton televisyen. Cerita Melayu yang mereka tonton.
"Ayah...ibu" Azreena menyapa dengan senyuman.
Azreena membawa barang-barang yang dibeli ke dapur dan meletakkan di atas meja dapur. Dia membancuh air teh untuk minum petang. Setelah selesai, dia mengeluarkan cucur pisang yang dibeli dan diletakkan dalam pinggan.Azreena kemudian membawa hidangan itu ke ruang tamu.
"Hmm...sedapnya bau cucur pisang ni," puji Dato' Nassier. Sebaik sahaja Azreena meletakkan talam di atas meja kopi, Dato' Nassier terus mencapai cucur pisang lalu disuap ke mulutnya.
"Abang ni tak sabar," komen Datin Maznah. Dia memang arif dengan sikap suaminya yang kadang-kadang bagai budak kecil.
"Sedap." kata Dato' Nassier selamba.
" Banyak barang yang dibeli tadi Reena?" tanya Datin Maznah. Dia memang nampak Azreena menjinjing beberapa beg plastik.
"Adalah ibu. Tapi kebanyakan barang itu abang Shah yang punya. Dia yang beli." jawab Azreena. Dia mempersilakan Dato' Nassier dan Datin Maznah minum.
"Mana ada abang punya. Kebanyakannya keperluan Reena. Sayang beli, abang bayar," kedengaran suara Shahrul yang datang dari atas menyampuk. Dia sengaja mengusik Azreena.
"Abang!. Semua tu abang punya lah." Azreena menjeling Shahrul yang kian mendekat.
"Yalah, yalah...abang punya. Nanti abang bawa naik atas." ujar Shahrul senyum. Kasihan juga tengok wajah gadis kesayangannya itu kemerah-merahan.
"Shah ni tak sudah-sudah nak mengusik Reena ni kenapa?" tanya Datin Maznah. Hmm...nampak sangat perasan. Tidak ingat diri tu sudah bertunang.
Setelah menghidangkan teh untuk Shahrul, Azreena meminta diri untuk ke biliknya. Barang-barangnya turut dibawa masuk. Sesampai di dalam bilik, Azreena duduk di atas katilnya. Terasa mengantuk pula petang-petang begini. Azreena menoleh ke arah jam di dinding biliknya. Hmm..baru jam 4.00 petang. Masih sejam lagi untuk dia menyediakan makan malam. Azreena mengeliat untuk melegakan badannya. Dia ingin berbaring sebentar. Bagaimana pun fikiran Azreena melayang mengingati peristiwa di mall tadi.
Orang ramai membanjiri pusat membeli belah yang baru sahaja dibuka dua hari yang lalu. Mall 3 tingkat itu sangat besar yang mengandungi banyak kedai yang menjual pelbagai barang mengikut seksyen masing-masing. Oleh kerana mall ini baru dibuka, maka banyak tawaran potongan harga dilakukan untuk mempromosikannya. Begitu ramai pengunjung. Azreena tidak berapa suka keadaan yang sesak ini. Kalau dialah, dia tak akan pergi ke mall yang baru sahaja dibuka. Azreena akan menunggu sehingga berminggu-minggu dulu sebelum mengunjugi mall itu , sehingga keadaan sesak reda. Sekiranya pergi terlalu awal mall akan penuh sesak seperti mana sekaranglah. Apakah daya kalau Shahrul dah bawa dia tak boleh menolak.
Keadaan yang sesak menyukarkan pergerakan. Azreena meletakkan beg tangan di hadapannya kerana takut beg tangannya itu dicopet. Dia berjalan dekat dan seiring dengan Shahrul. Azreena terkejut apabila tiba-tiba berasa ada tangan yang memegang lengannya. Hampir-hampir dia menjerit namun Shahrul sempat mencekup lembut mulutnya. Terbeliak mata Azreena diperlakukan sedemikian.
"Apa abang ni?"
"Shhh.di sini ramai orang. Abang terpaksa pegang Reena takut terlepas dan sesat. Jalan dekat dengan abang dan jangan jauh. Shahrul memegang pergelangan tangan Azreena dan mereka berlalu dari situ.
![](https://img.wattpad.com/cover/109583092-288-k79434.jpg)
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...