32

336 20 14
                                    

Azreena menilik dirinya di hadapan cermin. Dia tersenyum lebar melihat penampilan dirinya. Sekali lagi Azreena memusingkan badannya sehingga dia berasa puas hati. Seketika kemudian, kedengaran bunyi ketukan pada pintu biliknya. Azreena lantas membuka pintu biliknya.

"Dah siap sayang? Cantiknya anak ibu ni!" Datin Maznah terpegun melihat kecantikan Azreena yang berada di hadapannya itu. Lantas dipeluknya Azreena. Kecantikan yang menyerlah dengan solekan yang nipis. Azreena tersenyum manis.

"Ibu pun cantik juga. Awet muda ibu." Azreena memuji Datin Maznah. Sememangnya wanita itu masih mengancam dan anggun walaupun sudah berusia.

"Kalau Reena dah sedia jom keluar. Sekejap lagi kita perlu bertolak ke tempat majlis tu," ujar Datin Maznah.

Datin Maznah memaut lengan Azreena dan menariknya keluar. Di ruang meja makan, Dato' Nassier sudah sedia menunggu.

"Wah! Cantiknya Reena...bagai puteri kayangan," puji Dato Nassier. Dia tersenyum memandang Azreena. Maklumlah inilah kali pertama mereka semua melihat penampilan Azreena begini.

"Ya, memang cantik bang," sokong Datin Maznah. Tangannya masih memegang lengan Azreena. Seketika kemudian barulah dia melepaskannya.

"Hmm..Maz, abang tak hairanlah nanti banyak yang sangkut pada Reena ni. Mesti ramai jejaka yang ushar Reena ni nanti dalam majlis tu kan?" Dato' Nassier mengusik Azreena.

" Kalau orang muda yang ushar Reena ni apa salahnya. Asal jangan yang tua bangka dan berusia macam abang" perli Datin Maznah seraya mengusik suaminya itu. Dia menjeling Dato' Nassier yang sedang tersenyum.

"Ke situ pulak fikiran Maz ni. Abang sekadar cakap je" Dato Nassier tergelak. Bahu Datin Maznah dipeluknya tanda sayang.

"Shah ni mana pulak bang ? Belum turun lagi dari atas tu?" tanya Datin Maznah. Mata nya dihala ke arah tangga. Kelihatan Shahrul sedang menuruni anak tangga dari tingkat atas.

" Panggil Shah? I am here." ujar Shahrul memandang tiga orang di hadapannya satu persatu. Shahrul kelihatan segak berpakaian baju Melayu warna ungu muda atau light purple. Patutlah beria-ia menyuruh Azreena membeli pakaian sama warna. Rupanya ingin memakai warna sedondon. Azreena senyum .Shahrul kelihatan tampan sekali. Beruntunglah bakal tunangnya.

Shahrul terpegun melihat seorang gadis jelita yang sedang berdiri di sebelah ibunya itu. Dia terpaku dan kelu. Dada Shahrul lantas berdebar-debar melihat kejelitaan Azreena di hadapannya itu. Tergugat sedikit iman lelakinya. Namun segera Shahrul beringat dan menenangkan dirinya. Kepalanya ditundukkan sebentar sambil berdehem.Air liurnya ditelan dua tiga kali. Dahsyat betul perasaannya ini. Setelah dapat menenangkan diri, Shahrul memandang semula wajah Azreena.

"Cantiknya bidadari abang. Ini yang buatkan abang semakin sayang" Shahrul berkata spontan. Senyuman diberikan kepada gadis kesayangannya itu.

Kata-kata Shahrul membuatkan mereka yang lain segera memandangnya. Dato' Nassier berdehem. Datin Maznah pula terbeliak sedikit matanya. Azreena sudah merona merah wajahnya. Adui ! Abang Shahrul kenapa merepek sahaja. Wajah Shahrul ditenung dengan riak tidak percaya. Namun Shahrul hanya selamba sahaja. Wajah Azreena begitu ralit direnungnya.Bukan hanya wajah tetapi keseluruhan penampilan Azreena. Tidak dapat dinafikan Azreena persis seorang puteri raja.

"Maz..lama lagi kah kes tenung-merenung ni? Tanya Dato' Nassier. Saja untuk menyedarkan Shahrul yang dah lupa dunia.

"Shah, sudah- sudah lah tu tenung anak dara orang. Tenung bagai nak telan tu kenapa?" Datin Maznah menepuk lengan Shahrul untuk menyedarkannya. Angau betul Shahrul ni sedangkan orang yang ditenung tu sudah menunduk.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now