" Apa ni !" bentak Rozita sambil menunjukkan mesej yang dihantar oleh Johari kepadanya.
Rozita berjalan mundar-mandir di hadapan lelaki itu. Rasa hatinya yang geram semakin membuak-buak di dada. Gigi diketap menahan rasa marah. Matanya menjeling berkali-kali lelaki yang duduk di sofa itu. Rasa panas hati Rozita masih belum surut sejak tiba di apartment itu tadi. Johari pula hanya memandang tindak-tanduk wanita kesayangannya itu dengan selamba.
"Sekarang you cakap dengan I, apa yang penting sangat you nak jumpa I ni!" tanya Rozita dengan nada yang tinggi. Dia berdiri berpeluk tubuh di hadapan Johari.
"Sayang, janganlah marah I. I love you so much. I miss you. Dah berapa hari I tak jumpa you," pujuk Johari cuba memegang tangan Rozita. Namun, Rozita menepis tangan Johari dengan kasar.
Rozita menghampiri tingkap dan memandang keluar. Hatinya masih panas terhadap lelaki di belakangnya. Tidak ada mood untuk bermesra-mesra. Rasa jengkel terhadap Johari semakin bertambah.
"You tau tak, I busy sangat. Seharusnya you tak kacau hidup I sekarang!" Rozita menjerit kecil. Dia masih memandang keluar dan tidak mempedulikan perasaan Johari. Rozita mengeluh kasar.
"Busy dengan pertunangan you tu kan? Tadi I nampak you berjalan dengan lelaki itu menuju ke kedai emas. Bukan main mesra lagi. You siap pegang-pegang lengan dia dengan erat." luah Johari geram.Diketapnya gigi kerana geram. Dia cemburu. Rambut dilurut ke belakang dengan tangan. Mata Johari tidak lepas memandang Rozita.
Rozita berpaling ke belakang memandang Johari. Dia tidak sangka Johari melihatnya dengan Shahrul tengah hari tadi. Pandangan tajam diberikan pada lelaki itu. Rozita mengeluh keras. Perasaan geram menguasai diri.
"Jadi tadi you ikut gerak-geri I? You intip I?" soal Rozita dengan nada kasar. Dia sudah berdiri bercekak pinggang menghadap Johari.
"Sayang, please...I cemburu lihat you dengan lelaki lain. I cemburu bila dengar you nak bertunang. I tak sanggup lihat you dengan lelaki lain. Tolonglah batalkan pertunangan you...," Johari memujuk teman wanitanya itu. Dia mencapai tangan Rozita lalu dikucupnya. Tangan Rozita digenggam erat. Sekali lagi dikucupnya tangan wanita itu.
Johari menarik Rozita agar duduk di sebelahnya di atas sofa. Kemudian dia duduk mengadap Rozita. Mata wanita kesayangannya itu direnung dalam-dalam. Rozita juga membalas renungan Johari. Lama renungan mereka bersatu.
"Jo, berapa kali I cakap, I tak boleh membatalkan pertunangan I dan Shah. Persiapan telahpun dibuat oleh mummy I.Tetamu telahpun dijemput oleh kedua belah pihak. Pertunangan ini mesti diteruskan seperti yang dirancang. You tak faham kah huh?" ucap Rozita semakin bosan. Dia tidak faham dengan sikap Johari. Lelaki itu sengaja tidak memahami.
Johari memandang wajah Rozita dengan perasaan tertekan. Stres dia dengan pertunangan kekasihnya yang bakal berlangsung. Walau dipujuk bagaimanapun Rozita tetap mahu meneruskan pertunangan itu. Kononnya dijodohkan oleh ibu bapa. Johari tidak mengerti bagaimana Rozita sanggup bertunang dengan lelaki itu. Adakah lelaki itu boleh bersikap terbuka menerima Rozita yang memang tidak suci itu lagi. Johari mengeluh...
"Jo ! Jo!" jerit Rozita untuk mengejutkan lelaki di hadapannya yang sempat termenung. Rozita menolak perlahan bahu kanan kekasihnya itu untuk menyedarkannya.
Johari yang tersentak terus menatap anak mata Rozita. Serta-merta dia berdiri dan menarik Rozita ke dalam pelukannya.Rindunya dia pada kekasihnya sedikit sebanyak terubat setelah beberapa hari tidak berjumpa. Rozita seolah-olah menjauhkan diri daripadanya. Pelukan dilonggarkan dan kedua-dua tangan Johari memegang kedua-dua bahu Rozita. Dagu Rozita pantas didongakkan sehingga renungan mereka bersatu. Ada sesuatu yang ingin dikatakan pada wanita kesayangannya itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/109583092-288-k79434.jpg)
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...