50

306 12 13
                                    

"Masak apa?"

Suara yang menegur dari belakang memeranjatkan Azreena yang sedang leka mengacau mee hoon dalam kuali. Bahunya terangkat dek kerana terkejut. Sempat Azreena melatah "Mak kau!" sambil mengusap dadanya yang sedang bergendang kencang. Ledakan bunyi ketawa yang terbahak-bahak membuatkan Azreena mengetap giginya geram. Ini tak lain tak bukan mesti abang Shah yang suka sangat mengacaunya itu. Azreena segera memusingkan badan ke belakang menghadap empunya suara ketawa itu. Shahrul masih menggigil ketawa menampakkan giginya yang putih itu.

"Jahatnya abang! Abang buat apa kat sini!," Azreena menjerit halus. Matanya dijegil memandang lelaki yang masih dengan sisa-sisa ketawa itu. Amboi! Tak habis-habis ketawa. Iklan gigi ke?

Azreena menyambung kerjanya mengoreng mee hoon membelakangkan Shahrul. Shahrul melangkah berdiri di sebelah Azreena. Matanya memandang wajah gadis cantik itu. Walaupun tanpa secalit solekan dia tetap cantik. Kecantikan semula jadi.

"Abang janganlah dekat sini. Pergilah depan sana tu. Nanti Reena hidangkan mee hoon goreng ini atas meja okey." Tangan Azreena ligat mengacau mee hoon yang hampir masak itu. Azreena tidak tidak selesa apabila Shahrul begitu dekat dengannya.

"Saja usik sayang abang ni. Saja nak tengok apa yang sayang masak untuk abang. Hmm...sedapnya bau. Abang laparlah " Shahrul meromantikkan suaranya. Matanya tak lepas memandang wajah gadis kesayangannya itu walaupun dari sisi.

Azreena tidak senang dengan kehadiran Shahrul di dapur ketika itu. Berdua-duaan dengan lelaki itu di tempat sunyi itu menyesakkan jiwanya. Azreena ingin segera menghalau Shahrul dari situ. Kalau dilihat oleh Datin Maznah dan Dato' Nassier bukankah naya nanti. Shahrul masih tercegat di sebelah Azreena. Mee hoon yang digoreng juga sudah masak. Azreena mengeluh dan beralih menghadap Shahrul. Mata Shahrul dipandang tepat.

"Abang, boleh tak abang keluar dari sini. Duduk dulu di meja makan tu. Reena nak hidangkan makanan ni." Azreena memanjakan suaranya.

"Reena halau abang ya?" Shahrul menjongketkan bulu keningnya. Tangan sudah bersilang di dada.

"Taklah. Abang tolonglah keluar okey. Tak manis abang berada di sini. Dahlah kita berdua. Sunyi pula. Pleaselah abang. Keluar dulu ya. Sekejap lagi Reena hidangkan mee hoon ni. Pergilah cepat abang. Please okey" pujuk Azreena lagi. Degilnya lelaki ini.

Puas mengusik Azreena, kesian pula melihat gadis itu yang seperti cacing kepanasan. Akhirnya Shahrul keluar dari ruang memasak itu. Sampai di muka pintu, Shahrul melihat kedua orang tuanya menuruni tangga menuju ke meja makan.

"Morning ayah, ibu." tegur Shahrul. Ucapannya dibalas mereka.

Dato' Nassier dan Datin Maznah mengambil tempat duduk masing-masing.

"Shah nampak santai je pagi ni? Tak turun ke pejabat ke?" Dato' Nassier melihat penampilan anaknya yang hanya memakai T-shirt dan berseluar jean. Namun anaknya tetap segak dan tampan. Dato' Nassier tersenyum memandang Shahrul.

"Hari ini Shah cuti ayah. Lagipun tidak banyak kerja di pejabat tu. Semuanya telah diuruskan sebaiknya" balas Shahrul bersahaja.

Dato Nassier mengganggukkan kepalanya. Memang patut pun anaknya itu mengambil cuti. Sejak berkhidmat di Mega Holdings, belum sekali pun dia mengambil cuti selain daripada cuti hujung minggu. Itupun kadang-kadang Shahrul terpaksa bekerja juga menemui klien sehingga ada masanya travelling ke tempat lain.

"Tak apa. Ayah faham. Ikutlah budi bicara kamu. Kamukan CEO Mega Holdings." kata Dato Nassier.

Azreena keluar menghidangkan mee hoon goreng di atas meja. Dia mencedok mee hoon ke atas pinggan satu persatu dan meletakkannya di hadapan mereka bertiga. Begitu juga minuman dituangkan dalam cawan. Pagi ini Azreena menyediakan minuman kopi dan milo. Shahrul dan Dato' Nassier suka minum kopi manakala Datin Maznah lebih suka minum milo.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now