54

96 2 0
                                    

     Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Syukur dengan hari dan cuaca yang baik pada pagi ini. Pagi yang cerah dengan mentari yang memancar terang menyinari alam semesta. Semua peserta sudah berkumpul di stesen bas di hadapan bangunan Mega Holding. Tepat jam 7.00 pagi Encik Roslan pun mula mengarahkan semua peserta naik bas yang sudah tiba awal di situ.

     "Reena naik dulu ya, nanti abang ikut kemudian okey." Shahrul menyapa dari belakang Azreena.

     Azreena menggangguk walaupun dia sebenarnya masih keberatan untuk mengikuti Program Hari Keluarga tersebut . Namun Shahrul tetap berkeras mahukan dia turut serta dalam aktiviti tersebut. Tidak dapat tidak tapi wajib ikut. Azreena mengeluh. Dia menaiki bas dengan hati yang berdebar. Azreena berhenti sebentar di hadapan bas untuk melihat tempat duduk yang sesuai untuk nya. Kebanyakan tempat duduk di hadapan dan di tengah bss telah penuh. Namun demikian, di bahagian belakang masih banyak kerusi yang kosong. Azreena segan bila semua mata memandang nya. Tidak seorang pun yang dia kenali di situ. Dengan senyuman yang manis Azreena melangkah ke bahagian belakang bas. Ada beberapa penumpang lelaki yang mempelawa Azreena duduk di kerusi sebelah mereka yang masih kosong. Namun Azreena hanya senyum sahaja dan terus menuju ke belakang. Dia lebih suka duduk seorang diri di kerusi belakang. Azreena meletakkan bakul makanan di loker bahagian atas bas. Kemudian Azreena mengambil tempat duduk di tepi tingkap. Ini supaya dia dapat melihat pemandangan luar sewaktu dalam perjalanan ke tempat yang dituju nanti. Azreena berharap Shahrul duduklah di kerusi lain yang masih kosong. Bas tersebut dapat memuatkan seramai 45 orang penumpang. Ada dua bas yang disediakan dan jumlah keseluruhan peserta adalah dalam seramai 82 orang.

      Shahrul masih lagi berada di luar bas. Dia memerhatikan Roslan yang sibuk mengendalikan para peserta dua buah bas tersebut mengambil tempat masing-masing. Segala beg yang besar diletakkan di tempat menyimpan barang di bahagian bawah bas. Selain Roslan, orang yang sibuk mengatur itu dan ini, mengarah itu dan ini adalah Cik Marlia. Sebab itulah Shahrul cukup percaya Roslan dan Marlia dapat mengatur perjalanan program dengan jaya nya.

     "Encik Shahrul tak naik bas lagi?" sapa Marlia yang datang menghampirinya.

      Barang-barang Marlia telah awal diletakkan di kerusi bas. Ini supaya orang lain tidak duduk di kerusi tersebut yang kononnya direserve awal. Hari ini Marlia memakai t-shirt potongan badan dan seluar jean fit. Dia berharap penampilan itu dapat memikat jejaka khasnya Encik Shahrul. Tak patutlah tak tergoda walau sedikit pun.

      "Semua peserta dah naik bas? tanya Shahrul. Kelihatan hanya dia, Roslan dan Marlia yang masih berada di luar bas.

     "Jom  kita naik bas sekarang. Mar naik bas yang mana?"tanya Roslan. Dia berharap Marlia naik bas yang sama dengan nya.

     "I naik bas yang ni. Sama dengan Encik Shahrul. Roslan naiklah bas yang lagi satu." arah Marlia. Bukan apa, dia ingin duduk dekat dengan Shahrul seandainya ada peluang.

     Marlia merasa cemburu bila mendapat tahu Shahrul membawa seorang gadis jelita menyertai Program Hari Keluarga tersebut. Shahrul memperkenalkan gadis tersebut sebagai adik angkatnya. Marlia hairan sejak bila pula Shahrul mempunyai adik angkat. Setahu Marlia, lelaki itu adalah anak tunggal yang menjadi pewaris Mega Holding. Apapun, satu hal yang pasti, gadis itu memang cantik.  Itu memang tidak dapat dinafikan walaupun tanpa solekan, kecantikannya terselah. Marlia mengeluh perlahan. Dia terkejut apabila terasa bahunya kena tepuk.

     "Hei! sempat termenung. Naiklah bas sebab kita nak bertolak sekarang." ujar Roslan sambil tersengih.

     Marlia membeliakkan mata memandang Roslan kerana terkejut. Shahrul tersenyum melihat gelagat dua orang stafnya ini. Shahrul mempersilakan Marlia naik bas dahulu. Dia mengikut dari belakang. Marlia mengambil tempat duduk di bahagian tengah yang telah diletakkan begnya tadi.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now