2

699 23 5
                                    

Puas mengiring ke kiri dan ke kanan, matanya tetap tidak mahu lena. Fikirannya melayang-layang. Bayangan wajah itu memenuhi ruang mata dan mindanya.

Tengahari tadi sejam sebelum pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, ketika membuka mata setelah terlena seketika, dia terperasan kehadiran seorang gadis yang duduk di barisan kerusi sebelah kiri yang dipisahkan oleh jalan laluan penumpang. Tindak-tanduk gadis itu telah menarik perhatiannya. Gadis itu banyak termenung melayani perasaannya. Kadang-kala dilihatnya gadis itu tersenyum sendirian sambil mendengar walkman. Dia terus- menerus merenung gadis itu tanpa jemu.

Shahrul tertarik dengan personaliti gadis itu. Seraut wajahnya yang bujur sirih, hidung mancung, bulu mata yang lentik dan kulit putih halus. Bagaikan seorang sang puteri. Perasaan Shahrul tiba-tiba berdebar-debar.

'Siapa gadis itu ?.' desis hatinya.

Kesempatan di saat-saat akhir digunakan apabila Shahrul berjaya menyapa gadis itu. Satu perkenalan yang cukup ringkas, sekadar mengetahui sepatah nama sahaja. Gadis itu bernama Azreena.

"Azreena siapa? Eh! Susahnya," gerutu Shahrul sendirian.

Shahrul berharap dengan izin Tuhan agar dia dapat bertemu dengan gadis itu lagi. Shahrul cuba melelapkan matanya semula. Bayangan gadis itu muncul lagi. Shahrul senyum namun untuk seketika. Kemudian dia tersedar satu perkara dan mengeluh perlahan.

Satu lagi masalah yang timbul menghuni jiwanya. Ini semua gara-gara hasrat ayah dan ibunya. Masih tergiang-ngiang perbualan mereka selepas makan malam tadi.

"Shah, balik cuti ni lama ke?" tanya ibunya,Datin Maznah.

" Kenapa ibu bertanya begitu?" tanya Shahrul pula.

" Ibu Shah tu bukan apa, dia tak sanggup melihat Shah lama-lama bekerja dan menetap di negara orang. Lagipun ayah perlukan Shah di sini untuk menguruskan syarikat kita.", ujar Dato' Nassier.

Sememangnya Dato' Nassier sangat mengharapkan Shahrul untuk mengambil alih pentadbiran Mega Holdings yang telah sekian lama ditubuhkannya. Mega Holdings adalah sebuah syarikat pemaju perumahan dan pembekal bahan-bahan binaan. Shahrul merupakan satu-satunya anak lelaki tunggal yang menjadi harapan Dato' Nassier untuk meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan. Dia akan melantik Shahrul sebagai CEO menggantikan dirinya.

Apapun Shahrul agak degil orangnya. Setelah menamatkan pengajiannya di United Kingdom, Shahrul tidak segera pulang ke tanah air. Sebaliknya dia terus menetap di sana dengan alasan ingin bekerja di negeri orang untuk mencari pengalaman terlebih dahulu. Inilah yang membimbangkan Dato' Nassier dan Datin Maznah.

" Shah pun terfikir nak berkhidmat di sini. Sebenarnya kontrak Shah dengan syarikat tempat Shah kerja baru saja tamat hujung bulan lepas.", kata Shahrul.

" Baguslah kalau begitu Shah. Itu yang ayah mahu," ujar Dato' Nassier senang hati.

" Shah, ibu nak cakap pasal satu perkara.," Datin Maznah kelihatan ragu-ragu untuk memulakan kata. Dipandangnya Dato' Nassier, lelaki itu mengganggukkan sahaja kepalanya.

" Harap Shah tunaikanlah hasrat ayah dan ibu ni,"tambah Datin Maznah lagi.

" Apa dia tu bu?,"soal Shahrul kehairanan.

"Shah, ibu kau berkenan pada Si Rozita, anak gadis rakan perniagaan ayah," kata Dato' Nassier tersenyum.

Shahrul mula berasa tidak senang hati. Dipandangnya tepat wajah ibu dan ayahnya itu.

" Apa maksud ayah ?,"tanya Shahrul serius.

" Sebenarnya ayah dan ibu berkenan dengan Rozita, anak gadis Tan Sri Rahman yang sebaya dengan Shah tu. Dia tu lulusan universiti luar negara, kat Amerika tu. Baru je balik setahun yang lalu.,"terang Datin Maznah dengan riak muka yang teruja.

" Jadi apa halnya bu?', soal Shahrul lagi. Shahrul memang tidak sedap hati dengan gelagat ayah dan ibunya yang sedari tadi agak mencurigakan. Bercakap pula tergagap-gagap teragak-agak.

" Begini Shah. Baru-baru ini Tan Sri Rahman ada menyuarakan hasrat untuk menjodohkan Shah dengan anak gadisnya, Rozita.," dengan tenang Dato' Nassier berkata. Shahrul tersentak.

" Eh.. Shah belum terfikir lagi untuk berumah tangga. Jadi macam mana boleh padan-padan macam tu saja!,"protes Shahrul.

Walaupun di United Kingdom Shahrul mempunyai ramai teman wanita sehingga pernah digelar playboy oleh teman-teman rapatnya,tetapi tidak satupun di antara wanita-wanita itu yang serius dengannya. Pada Shahrul dia belum lagi berjumpa dengan seseorang yang istimewa. Cuma adalah sekali itu, hatinya hampir terpaut pada seorang pelajar universiti yang membuat praktikal di syarikat tempat dia bekerja. Tetapi sayangnya gadis itu seorang yang liar sebenarnya. Sejak itulah Shahrul mematikan dahulu niat untuk bercinta selagi belum berjumpa dengan gadis yang benar-benar layak menjadi teman hidupnya.

"Shah lihatlah dulu orangnya. Lagipun ibu telah berjumpa sendiri dengan Rozita. Orangnya boleh tahan, cantik, bergaya dan ibu kira sesuailah dengan Shah.," Datin Maznah nampaknya berkenan benar dengan anak Tan Sri Rahman itu.

" Tapi Shah belum bersedia bu!. Dalam masa terdekat ini Shah belum mahu diikat lagi. Shah belum mahu ada komitmen dalam perkahwinan. Shah masih muda lagi, belumpun 30 tahun," bantah Shahrul keras.

Hati Shahrul belum terbuka untuk mencari pasangan hidup. Shahrul tahu sebenarnya ini adalah satu cara dan alasan semata-mata agar dirinya tidak lagi menetap jauh di luar negara seperti sebelumnya. Idea ini satu cara untuk mengikat Shahrul supaya terus menetap di Sarawak.

"Mana mungkin Shah terima sebab Shah tak cinta dia bu. Lagipun Shah tak kenal dia. Cinta tak boleh dipaksa-paksa !," ujar Shahrul geram. Dia melurut rambutnya ke belakang.

"Cinta tu kan boleh datang kemudian .Selepas bertunang dan berkahwin. Macam ayah dan ibu dahulu. Ha..kekalpun sampai sekarang", Datin Maznah memujuk Shahrul.

"Tunaikanlah permintaan kami ni. Lagipun ayah dan ibu dah setuju dengan niat mereka," kata Dato' Nassier menyokong isterinya.

Shahrul menjadi bengang dan keliru dengan keadaan ini. Direnungnya wajah kedua orang tuanya silih berganti untuk mencari suatu kepastian. Fikirannya buntu. Shahrul merasakan tindakan ibu bapanya itu tidak adil buat dirinya.

" Syarikat kita banyak bekerjasama dengan Syarikat Teguh Megah milik Tan Sri Rahman, Shah. Ayah hendak terus menyambung usahasama ini. Lagipun kaulah satu-satunya anak lelaki ayah yang bakal ayah serahkan tanggungjawab mengendalikan Syarikat Mega Holdings itu apabila ayah bersara nanti," Dato' Nassier menerangkan tujuan sebenarnya.

"Kalau Shah menolak, susahlah syarikat kita. Mega Holdings akan rugi. Klien kita akan berkurangan," sambung Dato' Nassier lagi.

Nampaknya ayah dan ibu Shahrul begitu benar-benar berusaha memujuknya menerima cadangan mereka. Perkara ini sangat bertentangan dengan kehendaknya. Shahrul mengeluh berat.

" Baiklah Shah bersetuju dengan permintaan ayah dan ibu. Tapi Shah ada syarat. Sekiranya terjadi sesuatu dalam perhubungan sama ada dalam pertunangan atau perkahwinan ini nanti, janganlah salahkan Shah.," ujar Shahrul memandang tepat wajah orang tuanya. Kata-katanya berbau amaran.

Akhirnya senyuman puas terukir pada wajah Dato' Nassier dan Datin Maznah. Sedangkan di jiwa Shahrul bergelora bagaikan ombak lautan yang menganas.

Tiada siapa yang mengerti perasaan Shahrul pada saat ini. Shahrul mengeluh lagi. Dalam keheningan malam yang berjuta bintang, wajah gadis yang ditemuinya dalam pesawat siang tadi menjelma di ruang mata. Fikirannya menerawang jauh. Entah pukul berapakah akhirnya Shahrul terlelap juga.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now