Hampir dua jam berlalu, Azreena duduk di samping Shahrul yang masih lena. Sudah dua kali Azreena merendam dan membilas tuala untuk diletakkan di atas dahi Shahrul. Azreena dapat rasakan panas badan Shahrul semakin kurang. Sekali-sekala ada pergerakan dilihat pada diri Shahrul. Azreena memandang sahaja.
'Lama juga Dato dan Datin ni makan.' desis hati Azreena. Dia melihat jam tangannya. Sudah menunjukkan jam 9 malam. Perutnya terasa lapar dan mula berkeroncong.
Azreena terus menatap wajah Shahrul. Sungguh tenang wajah itu tidur. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Azreena asyik meneliti setiap inci wajah tampan itu. Mata, hidung,bibir semuanya sempurna. Almaklumlah ada darah kacukan, semestinya kacak. Ditambah lagi tubuh badan yang tinggi dan tegap. Agaknya Shahrul ni selalu workout pergi gym. Begitu juga dia mempunyai jawatan yang tinggi di syarikat ternama. Apabila Dato Nassier bersara tidak lama lagi, Shahrul bakal memegang jawatan CEO syarikat. Shahrul mempunyai pakej yang lengkap untuk menarik perhatian wanita. Siapalah yang tidak tergoda.
"Beruntunglah gadis yang akan menjadi suri hidupmu nanti abang Shah" bisik Azreena perlahan. Dia menyentuh lagi dahi Shahrul untuk memeriksa panasnya. Hmm..sudah normal.
Tiba-tiba Shahrul membuka matanya perlahan-lahan. Renungan pertamanya tepat ke wajah Azreena. Azreena terkejut mendapati Shahrul sedang merenungnya. Cepat dialihkan tangannya dari dahi Shahrul. Laju degupan jantung Azreena dengan renungan itu. Wajah merona merah.
"Sorry abang, Reena nak rasa panas badan abang dah kurang ke belum" jelas Azreena.
" Reena.." bisik Shahrul. Matanya kuyu tetap memandang wajah Azreena. Kesian Shahrul, masih lemah lagi.
"Abang dah okey?"
" Abang rasa okey sikit"
"Shah dah sedar? Syukurlah...." Kedengaran suara Datin Maznah.
Azreena segera menoleh ke arah pintu. Dato' Nassier dan Datin Maznah beriringan masuk ke bilik Shahrul. Jelas kelihatan riak lega pada wajah mereka. Azreena berdiri dan memberi ruang untuk Datin Maznah duduk. Dato Nassier di sebelahnya. Azreena beralih berdiri di hujung katil Shahrul.
"Shah dah okey?" Datin Maznah menyentuh dahi Shahrul.
" Okey sikit bu" jawab Shahrul lemah.
"Terima kasih Reena dah jaga Shah ni. Maaf sebab Reena tunggu lama. Tentunya Reena laparkan. Pergilah makan ya." Lembut tutur kata Datin Maznah.
"Takpe Datin, Reena boleh makan kemudian", jawab Azreena...hmm...padahal perut terus bekeroncong. Sabarlah...
" Thanks Reena" ucap Shahrul. Matanya menatap dalam wajah di hujung katilnya itu. Begitu polos wajah itu. Mata mereka bertatapan agak lama.
"Abang Shah nak makan? Boleh Reena bawakan makanan ke sini?" Azreena memandang Shahrul. Kesian, wajah itu masih kelihatan kurang bermaya.
"Abang tak ada selera nak makan. Tapi kalau Reena nak masakkan abang bubur boleh juga. Abang rasa nak makan bubur," Shahrul merenung wajah Azreena. Wajah itu begitu cantik pada pandangannya walaupun tanpa sebarang make-up. Tak jemu mata memandang.
Datin Maznah dan Dato' Nassier saling berpandangan. Mereka tahu erti renungan Shahrul pada Azreena. Begitu mendalam. Mungkinkah Shahrul sudah menaruh perasaan terhadap Azreena. Tidak mustahil dengan sikap dan layanan Azreena yang lemah lembut dan bersopan santun. Datin Maznah sendiripun sudah semakin mesra dan sayang terhadap Azreena. Dato Nassier juga senang dengan sikap Azreena. Dia bukan sahaja manis dipandang tetapi juga pandai mengambil hati. Datin Maznah memandang wajah suaminya. Dalam hati Datin Maznah terdetik rasa bimbang. Datin Maznah mengalih pandangan kepada Shahrul. Dahinya berkerut.
"Ibu!" Shahrul memanggil.
"Err....ya Shah? Nak nak makan bubur ya? Emm...Reena sayang,tolong buatkan ya." Azreena segera menggangguk dan turun ke dapur. Bubur apa nak masak? Bubur ayam ke bubur ikan? Azreena membuka peti sejuk mencari bahannya. Akhirnya, dia mengambil keputusan masak bubur ayam. Pantas tangannya menyiapkan bahan-bahan dan terus memasak bubur.
Setengah jam kemudian, bubur ayam masak dengan sempurnanya. Rasanya pun sedap. Ceh...puji diri sendiri. Azreena mencedok bubur ke dalam mangkuk dan diletakkan di atas talam. Dia segera naik ke tingkat atas, ke bilik Shahrul. Sesampai di bilik Shahrul Azreena mendapati Dato' Nasssier dan Datin Maznah masih berada di sisi Shahrul. Mereka kelihatan seperti baru lepas berbual dengan Shahrul. Shahrul kelihatan resah ketika memandang Azreena. Kenapa agaknya? Azreena tertanya-tanya. Dia berdiri di hujung katil memegang bubur yang panas. Shahrul memejamkan matanya seketika dan membukanya semula. Datin Maznah dan Dato' Nassier memberikan ruang kepada Azreena duduk di kerusi di samping Shahrul. Dia meletakkan mangkuk bubur di atas meja terlebih dahulu.
" Abang Shah nak makan bubur sekarang?" tanya Azreena. Azreena mengukir senyuman untuk Shahrul. Hatinya berdebar-debar.
"Shah, Reena dah sediakan bubur. Shah makanlah ya. Tak banyak, sedikit pun jadilah." Datin Maznah menyentuh tangan Shahrul.
Shahrul berusaha untuk bangun. Azreena bertindak spontan memegang lengan Shahrul untuk membantunya duduk menyandar pada kepala katil. Agak berat juga tubuh lelaki sasa itu. Datin Maznah dan Dato' Nassier sekadar memerhati. Hmm...manja dan mengada-ngada juga anak bujang mereka apabila sakit.
"Reena suapkan...," pinta Shahrul.
" Ahh?" Azreena terkejut.
" Reena suapkan ke mulut abang bubur tu," pinta Shahrul lagi. Wajah memohon simpati ditunjukkan kepada Azreena.
Azreena memandang wajah Datin Maznah dan Dato' Nassier. Kedua -dua serentak menggangguk. Azreena memandang Shahrul semula. Terukir senyuman di wajah itu. Hmm...manjanya.
"Reena, Shah. Kami keluar dulu ya. Nampaknya Shah dah pun baik sikit. Reena tolong suapkan anak manja ni. Lepas makan rehat ya Shah. Jangan lebih-lebih pula ya. Pintu tu biar buka" Datin Maznah menarik lengan suaminya untuk berlalu.
" Abang, makan bubur," Azreena meniup bubur dalam sudu dan menyuakan ke mulut Shahrul. Shahrul mengunyah bubur perlahan-lahan. Matanya lekat memandang Azreena. Azreena jadi tidak keruan.
" Abang, jangan pandang Reena gitu," ujar Azreena lagi. Dia tidak selesa dengan renungan maut Shahrul. Renungan itu bisa mencairkan hatinya. Namun Azreena sedar lelaki itu sudah ada yang punya.
" Abang rindukan Reena" Shahrul meluahkan rasa dan menatap wajah gadis yang semakin mendapat tempat di hatinya itu.
" Kenapa abang rindukan Reena? Abang tak boleh rindukan Reena."
"Kenapa tak boleh"
"Sebab Reena ni kan adik angkat abang. Abang dah ada yang punya."
" Reena tak paham. Reena tak..."
" Abang makan lagi." Azreena memotong percakapan Shahrul. Dia menyuap lagi bubur ke mulut Shahrul. Azreena cuba berlagak setenang mungkin. Kalau lelaki itu dapat membaca hatinya ketika ini, tentu lelaki itu akan mengetahui perasaan yang terpendam dalam dirinya. Tuhan saja yang tahu...
Shahrul membuka mulut dan menyambut bubur yang diberikan Azreena. Melihat wajah Azreena membuatkan Shahrul jadi leka. Lupa dia akan pertunangannya dengan Rozita yang akan berlangsung pada hujung minggu hadapan. Shahrul lupa peringatan yang diberikan oleh Datin Maznah sebenar tadi. Shahrul makan separuh daripada bubur dalam mangkuk. Cukup...dia sudah rasa kenyang. Shahrul berbaring semula.
"Abang tidur ya. Haripun dah lewat ni. Esok abang kerja." Azreena menarik selimut menutupi dada Shahrul. Sebaik sahaja Azreena ingin berdiri, tangannya dicapai oleh Shahrul. Azreena terduduk kembali.
"Reena...terima kasih sebab jaga abang. Reena belum makan lagikan? Tentu Reena lapar. Maafkan abang sebab susahkan Reena," Shahrul berkata perlahan. Suaranya agak serak.
"Takpe abang. Abang rehatlah ya. Selamat malam. Reena keluar dulu."
Cepat-cepat Reena bangun menuju ke pintu. Sesampai di muka pintu, dia melihat semula ke belakang. Shahrul telahpun memejamkan matanya. Hati Azreena terasa sebak. Air mata mengalir perlahan di pipinya...
![](https://img.wattpad.com/cover/109583092-288-k79434.jpg)
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...