Rozita cuba berdiri namun terduduk semula di birai katil kerana keadaannya yang tidak stabil. Dia memegang kepala untuk mengurangkan denyutan kepalanya.
"Kenapa rasa lain saja ni" bisik Rozita kepada dirinya sendiri. Dia menoleh ke arah jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 8.10 malam. Nampaknya sudah agak lewat sekarang. Rozita menarik nafas dalam-dalam dan kemudian menghembusnya perlahan. Diulang beberapa kali sehingga dia rasa sedikit lega.
Rozita cuba bangun lagi dan berjalan terhuyung-hayang ke meja soleknya. Dia duduk dan memandang dirinya pada cermin itu. Wajah Rozita sudah selesai disolek Cik Noami sejak lebih sejam yang lalu. Sepatutnya dia sudah boleh keluar untuk acara menyarung cincin tunang yang telah ditetapkan di atas pentas di hadapan semua hadirin. Tentu daddy dan mummy serta rombongan Shahrul tertunggu-tunggu di luar sana. Namun ada sesuatu yang menghalang Rozita untuk keluar dari biliknya. Sejak tadi lagi dia rasa pening kepala. Dia pun tidak tahu kenapa. Dia tahu kalau tiada solekan sudah pasti wajahnya nampak pucat sekarang. Rozita dapat merasakan peluh dingin mengalir pada dirinya. Rozita menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan. Dia kembali melangkah ke katilnya. Kepalanya masih berasa pening. Dia rasa lemah seluruh badan namun Rozita cuba bertahan. Kepalanya rasa berat lantas Rozita memejamkan matanya. Tanpa sedar dia terlelap.
Di luar sana Puan Sri Rokiah berasa gelisah sejak tadi lagi. Hatinya rasa tidak sedap. Puan Sri Rokiah memandang wajah suaminya dengan pandangan yang risau. Jam di tangan dilihat dengan riak yang gelisah. Waktu sudah menunjukkan pukul 8.20 malam. Kelibat Rozita belum lagi muncul dari dalam banglo. Puan Sri Rokiah tahu rombongan pihak lelaki dan para jemputan sudah tertunggu-tunggu untuk acara menyarung cincin dan acara hantaran.
"Bang, mana Rozi ni? Kenapa lama sangat tak keluar-keluar lagi?" bisik Puan Rokiah kepada suaminya.
"Kenapa Kay?" tanya Tan Sri Rahman
"Kay tak sedap hatilah bang. Biar Kay tengok ke dalam. Kenapalah Rozi ni lambat," bisik Puan Sri Rokiah lagi.
"Pergilah tengok. Dah sedia bawa keluar. Acara kita dah nak mula ni. Para jemputan pun mungkin dah lapar tu," ujar tan Sri Rahman perlahan.
Puan Sri Rokiah memohon ke bilik untuk melihat keadaan anaknya. Sebaik saja membuka pintu bilik Rozita, Puan Sri Rokiah sangat terkejut apabila melihat anaknya itu masih terbaring di atas katil. Dengan perasaan yang kesal Puan Sri Rokiah meluru ke arah katil dan mengejutkan Rozita. Anaknya masih tidak sedarkan diri. Oleh yang demikian, Puan Sri Rokiah mengoncang lebih kuat lagi tubuh anaknya itu.
"Rozi! Kenapa ni Rozi!? Kenapa sayang? Jangan takutkan mummy!" Puan Sri Rokiah menjerit sedikit sambil mengoncang-goncang lagi tubuh Rozita. Dia panik.
Setelah beberapa kali digoncang barulah Rozita menggerakkan badan. Matanya dibuka dengan keadaan yang masih lemah. Rozita memandang wajah mummynya.
"Kenapa ni Mummy?"tanya Rozita terpinga-pinga.
"Rozi pengsan. Kenapa ni sayang? Pucat sangat muka tu. Mari duduk," lantas Puan Sri Rokiah membantu Rozita duduk menyandar pada kepala katil.
"Kepala Rozi pening mummy," adu Rozita, Tangannya memicit-micit dahi untuk mengurangkan rasa sakit.
Puan Sri Rokiah mengambil air suam dan memberikan kepada Rozita untuk diminum.
"Minum Rozi. Biar rasa lega sikit. Kenapa boleh pengsan ni?" tanya Puan Sri Rokiah bimbang melihat keadaan Rozita. Hatinya tertanya-tanya.
"Entahlah mummy. Stres agaknya" Rozita memberi alasan.
Setelah beberapa ketika, Rozita berasa lega sedikit. Puan Sri Rokiah menutup aircon bilik dan membuka kipas. Biar peluh Rozita kering dan Rozita rasa lega.
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...