Sejak tiba di bilik pejabatnya tadi, fikiran Shahrul tidak berapa tenang. Ini gara-gara ibunya menimbulkan topik tunang semasa sarapan tadi. Terimbas dalam fikirannya pertemuan dengan Rozita dua hari yang lalu. Rozita telah mendesak untuk mempercepatkan perkahwinan mereka. Mana mungkin Shahrul setuju sedangkan baru hampir tiga bulan mereka bertunang. Itu yang dia pelik tentang permintaan Rozita. Jadi wajarlah Shahrul menolak cadangan tunangnya itu. Shahrul tetap dengan pendiriannya iaitu tempoh bertunang adalah satu tahun. Itupun sudah kira singkat. Ada orang yang bertunang sehingga tiga tahun baru kahwin.
Shahrul mengeluh. Kepalanya disandarkan pada kerusi empuknya. Matanya dipejamkan untuk mencari ketenangan. Lalu terbayanglah satu wajah. Gadis itu semakin menakluki hati lelakinya Dari hari ke hari rasa sayang dan cinta terhadap Azreena semakin mendalam. Tidakkah gadis itu menyedarinya? Shahrul telah memendam rasa sejak kali pertama memandang Azreena. Namun Shahrul tidak dapat meluahkan kata-kata hikmat pada gadis pujaan hatinya itu kerana terhalang oleh statusnya sebagai tunangan orang. Perasaannya terhadap Azreena menyebabkan timbulnya rasa melindungi terhadap gadis itu. Dia cemburu bila ada lelaki lain cuba mendekati Azreena. Sekali lagi Shahrul mengeluh. "Sayang, I love you", bisiknya sendiri.
Bunyi ketukan di pintu mengganggu lamunan Shahrul. Marlia masuk dan menghampiri meja kerjanya.
"Ada apa Mar?" soal Shahrul
"Hari ini Encik Shah ada tiga temujanji."
Marlia pun menyatakan tiga temujanji tersebut. Satu perjumpaan dengan tauke besar dari Kuala Lumpur berkaitan projek pembinaan rumah kedai di satu kawasan yang telah dipersetujui. Satu lagi temujanji dengan seorang pemilik tanah tepi pantai iaitu Encik Suut. Satu lagi perjumpaan dengan seorang kawan yang baru sahaja pulang dari UK. Nampaknya jadual Shahrul hari ini agak padat. Hmm...menjadi seorang CEO ini bukan senang.
"Taipkan dan letak atas meja supaya senang saya rujuk untuk hari ini" arah Shahrul. Memang begitulah, dia akan meminta info lebih lanjut dan lebih jelas daripada Marlia agar perbincangan berjalan lancar.
"Ada apa-apa lagi Encik Shah?"tanya Marlia.
"Tak ada apa-apa. Mar boleh pergi." Shahrul menghidupkan laptop untuk memulakan kerja. Dia mengeluh perlahan.
"Encik Shah macam tak sihat saja. Macam letih," komen Marlia. Dia baru hendak melangkah pergi tetapi sempat melihat Shahrul mengeluh. Kenapa agaknya?
Shahrul mendongak semula kepalanya. Rupa-rupanya Marlia masih terpacak berdiri menghadapnya.
"Er, saya okey je. Don't worry. Awak boleh pergi," pinta Shahrul. Seolah-olah menghalau Marlia.
"Encik Shah nak minum apa-apa ke? Saya buat air?"
"No. Tak perlu. Saya dah sarapan tadi," Shahrul menolak. Matanya beralih memandang skrin laptopnya.
"Okay, saya keluar dulu. Kalau ada apa-apa, Encik Shah panggil saja. Jangan lupa appointment Encik Shah ya." Marlia sekali lagi mengingatkan bos nya itu. Dia terus berjalan ke arah pintu.
Shahrul mengeluh. Setiausahanya itu memang tidak pernah putus asa menarik perhatiannya. Hendak diberhentikan kerja, tidak sampai hati pula. Walaupun gedik, Marlia cekap membuat kerja.
****
"Ju, Reena ada call ke?" Dato' Nazaruddin bertanya kepada isterinya. Dia sedang membaca surat khabar setelah selesai bersarapan.
"Tak ada bang. Tetapi Ju ada call Reena dua hari lepas. Dia sihat je bang. Sibuk agaknya tu" jelas Datin Juriah. Dia pun rindukan anak gadisnya itu. Agak lama tidak balik ke Villa Sukma. Setiap kali ujung minggu, ada sahaja aktiviti di tempat kerjanya.
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...