25

449 21 4
                                    

        Suasana di Mall itu agak sesak.Ramainya orang pada waktu ini, mungkin kerana sekarang waktu tengahari. Hmm..lunch time. Azreena melihat sekitar nya. Agaknya satu lagi faktor ramai orang di Mall itu kerana kebanyakan premis menawarkan jualan murah . Peratus potongan harga sehingga 70%.

      Azreena berjalan beriringan dengan Datin Maznah. Kalau dilihat , bagai anak dan ibu kandung sahaja gaya mereka. Datin Maznah memaut lengan Azreena agar berjalan lebih rapat dengan nya. Maklumlah ramai orang. Mereka sedang berada di tingkat bawah Mall tersebut. Ada beberapa butik di tingkat bawah tetapi mereka baru masuk ke dalam dua butik. Setakat ini Datin Maznah mahupun Azreena belum lagi berjumpa baju yang berkenan di hati.

     "Ibu, kita pergi sana pulak," Azreena menunjuk ke arah sebuah butik di hadapan mereka. Azreena memaut lengan Datin Maznah memasuki butik tersebut. Butik Jenny, itulah namanya.

    "Ada yang ibu berkenan?" tanya Azreena. Tangan nya menyelak-nyelak baju-baju di hadapannya. Belum lagi jumpa yang memenuhi seleranya.

     "Tak ada lah Reena. Dah tiga butik kita masuk, nampaknya ibu belum jumpa yang sesuai lagi." Datin Maznah mengeluh.

     Mereka keluar dari butik tersebut. Mata Azreena memandang di sekitarnya. Datin Maznah pun sudah berasa lenguh kakinya kerana lama berjalan dan berdiri.

   " Ibu duduk dulu di sini okey. Sekejap lagi lenguh kaki ibu akan kurang," ujar Azreena lalu duduk di sebelah Datin Maznah. Datin Maznah memandang wajah gadis kesayangannya itu. Dia senang bila Azreena mengambil berat akan dirinya.

    "Susah juga nak cari baju ni kan Reena? Ibu kena cari juga. Ibu memang ada baju kurung yang dah ditempah tapi nak juga cari kalau-kalau ada yang sesuai dan terus beli. Lagipun ibu nak jalan-jalan dengan Reena." Datin Maznah memegang bahu Azreena.

    " Ibu nak naik tingkat atas sekarang? Ada lagi butik di atas tu bu." ujar Azreena senyum.

   "Ibu masih letih ni Reena. Apa kata kalau kita duduk rehat sebentar. Jom kita lunch dulu sayang. Ibu pun dah rasa lapar ni," cadang Datin Maznah. Azreena bersetuju.

     Azreena menarik lengan Datin Maznah menuju ke arah Kafe Secret Recipe yang tidak jauh dari tempat mereka. Azreena pun dah lapar...

***

     Setelah memarkirkan keretanya. Rozita dan Shahrul berjalan beriringan ke arah Mall tersebut. Sebaik sahaja memasuki Mall tersebut Shahrul berasa cukup segar dan lega menikmati keadaan yang sejuk daripada penghawa dingin. Agak ramai pulak orang waktu tengahari ini.

   " Shah sayang, jom lah cepat sikit. Lambatnya you ni," Rozita merengek manja. Lengan Shahrul terus dipaut dan ditarik agar berjalan seiring dengan nya.

   Shahrul kurang senang diperlakukan begitu tetapi membiarkan sahaja kerana tidak mahu memalukan Rozita di khalayak ramai. Rozita yang perasan Shahrul tidak membantah terus memaut lengan Shahrul lebih erat lagi. Senyuman Rozita lebar ke telinga.

   "Kenapa pegang I ketat sangat ni? Agak rimas tau tak? Tegur Shahrul memandang tajam wajah Rozita. Dia berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan. Dia meleraikan perlahan pautan tangan Rozita pada lengannya.

   " Kenapa I tak boleh pegang you? Kita kan dah nak bertunang. You tu akan jadi tunang I ." Rozita menunjukkan muka cemberut. 'Dia peduli apa kes pegang-pegang ni. Lebih dari pegang pun dia pernah buat'. Rozita berkata dalam hatinya.

   "Tunang bukan lesen untuk pegang-pegang okey." balas Shahrul. Sengaja menyakitkan hati Rozita. Gedik betul perempuan ini.

   " Ada kukesah...you ni berlagak alim je" kata Rozita perlahan tetapi dapat didengar oleh Shahrul.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now