42

326 16 0
                                    

Shahrul memanggil Marlia dan Roslan masuk ke biliknya. Ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengan mereka. Setelah kedua-duanya tiba, Shahrul lantas memulakan bicara.

"Ada perkara yang I nak you berdua uruskan dan I nak you kendalikan dengan baik dan lancar," ujar Shahrul serius. Wajah Marlia dan Roslan dipandangnya.

"Apa yang Encik Shah nak kita uruskan? Kita akan buat yang sebaik mungkin," kata Marlia dengan riak teruja. Matanya galak memandang Shahrul kerana keterujaannya itu. Badannya ditundukkan mengambil buku dan pen yang telah diletakkannya di atas meja.

Roslan menelan air liur melihat lurah dada Marlia yang kelihatan sedikit. Maklumlah bahagian dada Marlia agak terdedah. Roslan memandang wajah Shahrul. Shahrul senyum sinis.

"Begini. Tiap-tiap tahun syarikat kita akan mengadakan Hari keluarga. Tahun ini pun samalah. Jadi I nak you berdua kendalikan Hari Keluarga tahun ini. Tarikh dua minggu dari sekarang. Tapi I nak ianya dibuat di resort tepi pantai okey," jelas Shahrul.

"Wow best!" Marlia terjerit. "Mesti best nantikan. Kita bawa family kita" Marlia mengangkat keningnya.

"So you rasa boleh uruskan tak? You tubuhkanlah AJK untuk tolong you berdua," tambah Shahrul lagi.

Marlia senyum meleret mendengar kata-kata Shahrul. Bestnya nanti Hari Keluarga ni!. Tambah pula ini Hari Keluarga kali pertama yang disertai oleh Shahrul. Hmm...tak sabarnya.

"So semua staff kita terlibatkan?" tanya Roslan.

"Ya, sudah semestinyalah. Kita akan bermalam dua malam iaitu hari Sabtu dan Ahad. Hari Isnin balik sebab hari tu cuti umum."

"So aktiviti kita?" tanya Roslan.

"You berdua rangkalah aktiviti-aktiviti yang patut seperti sukan, pertandingan, hiburan dan sebagainya yang sesuai."

"Yes! I tak sabar nak pergi Encik Shah. I dapat bayangkan bestnya hari itu nanti" Marlia memegang dagunya dan memejamkan matanya. Seolah-olah membayangkan keseronokan itu nanti.

"Hei , you ni tak sabar langsung. Gedik gitu" tegur Roslan bila melihat gelagat Marlia yang mengada-ngada.

"Eh, suka hati l lah. I gedik ke apa you peduli apa? Tapikan..bestnya sebab bos kita first time ikut aktiviti ini tau!" Marlia tersengih.

Roslan yang melihat gelagat Marlia hampir sakit jantung. Tak malunya wanita ini. Bukan dia tidak tahu Marlia ini syok dekat Shahrul. Naik menyampah pula melihat gelagat Marlia yang laparkan lelaki itu.

"Kamu berdua ni, sudahlah tu. Jadi pastikan semua berjalan lancar okey. You buat notis pemberitahuan dahulu dan uruskan tempahan. Itu saja. Terima kasih," ucap Shahrul memandang dua orang staff itu.

"Program dan perbelanjaan nanti kita orang rangka dan anggarkan dulu. Kemudian barulah bagi Shah tengok" cadang Roslan.

"Yes, nanti you bagi I tengok" Shahrul mengangguk kepalanya.

"Ada apa-apa lagi yang Encik Shahrul perlukan?" tanya Marlia.

"Tak ada apa lagi. Terima kasih" ucap Shahrul. Dia kembali ke mejanya.

Selesai perbincangan, Marlia dan Roslan keluar dari bilik Shahrul. Shahrul menyandar pada kerusi empuknya. Ada sesuatu dalam fikirannya. Shahrul tersenyum.

***

" Ini semua you punya pasal!" Rozita berkata geram. Wajah Johari dipandang dengan rasa menyampah.

Rozita duduk di birai katil dengan memegang kepalanya. Sebelum datang ke apartment itu tadi, kepalanya elok sahaja. Sekarang kepalanya agak pening. Dia rasa hendak muntah. Cepat-cepat Rozita berlari ke bilik air dan muntah ke dalam mangkuk tandas. Johari datang mengurut-urut belakang Rozita. Kemudian dia memapah Rozita kembali duduk di birai katil.

"Kenapa you salahkan I sayang? Bukankah kita berdua sama-sama rela melakukannya?" tanya Johari lembut.

Johari duduk di sebelah Rozita. Dia memaut tubuh Rozita supaya bertentangan dengannya. Mata Rozita direnung dalam-dalam. Perlahan-lahan wajahnya didekatkan pada wajah Rozita lantas bibir Rozita dikucup perlahan. Johari ingin menenangkan perasaan kekasih hatinya itu. Tiba-tiba Rozita bangun berdiri membelakangi Johari.

"I nak gugurkan kandungan ini."Kata-kata Rozita mengejutkan Johari.

"Apa you cakap? Johari tercengang tidak percaya.

"I cakap I nak gugurkan kandungan ni. You pekak ke tak dengar!" tengking Rozita. Dia berjalan menuju ke tingkap dan melihat pemandangan luar.

Johari lantas berdiri dan berjalan ke arah Rozita. Dengan agak kasar Johari mengalih badan Rozita menghadapnya. Matanya tajam menatap mata Rozita. Johari mendengus kuat dan nafasnya turun naik kasar.

"You dah gila ke? Kenapa you nak gugur nyawa yang tak bersalah ni. I tak benarkan!" balas Johari pula. Dia memegang kedua-dua bahu Rozita dengan kejap.

"You tak perlu pedulikan I . You tak perlu kisah apa I nak buat! ," jerit Rozita. Air matanya mula mengalir.

"Janin dalam perut sayang ni adalah anak I. I takkan benarkan you gugurkan kandungan ni."

"I tak perlukan anak ini" Suara Rozita bergetar menyatakannya.

"Sayang, please...kita kahwin. Ya, kita besarkan anak ini sama-sama. I love you" rayu Johari. Dia memang mencintai wanita itu sepenuh hati. Dia memang ingin bertanggungjawab di atas perbuatan mereka.

Johari menarik Rozita ke dalam pelukannya. Kening Rozita dikucup perlahan. Dia mahu menyakinkan Rozita agar menerima dirinya.

"You tak fahamkan? Masih tak faham-fahamkan? Rozita berkata sinis. Dia meleraikan pelukan Johari.

"Apa yang I tak faham?" sayu suara Johari. Dia masih berusaha memujuk Rozita.

"I ni dah bertunang. I tunang Shahrul. I nak kahwin dengan dia?"

"You boleh putuskan pertunangan dengan dia. Kahwin dengan I"pujuk Johari lagi. Dia seboleh-bolehnya cuba berlembut dengan Rozita. Dia cuba guna kaedah diplomasi.

Rozita menjadi geram dengan kata-kata Johari. Lelaki ini memang menyusahkan dan menjadikan keadaan bertambah kusut. Rozita mengetap giginya geram. Kepalanya masih pening lagi. Rozita hampir tumbang tetapi sempat dipegang Johari. Perlahan-lahan Johari mengiring Rozita ke arah katil.

Rozita merenung wajah Johari. Hatinya jadi sebak pula. Dia tahu lelaki itu jujur mencintainya namun keadaan memaksa dia menolak cinta lelaki itu. Rozita sayangkan Johari yang telah sekian lama bersamanya. Namun kehendak daddy dan mummynya tidak boleh dibantah. Rozita perlu ikut kehendak orang tuanya.

"I tak boleh putuskan pertunangan ini. You jangan berangan yang daddy I boleh terima you. Not at all. I tetap akan kahwin dengan Shahrul.

"I sanggup jumpa orang tua you. I...."

"No! Jangan fikir nak jumpa daddy I ."

Johari geram dan kecewa pada masa yang sama bila mendengar kata-kata Rozita. Dia merengus dan memandang lama ke wajah Rozita.

"Sayang, pandang mata i " Johari memegang dagu Rosita dan mendongak memandang matanya.

"You dengar baik-baik apa yang I kata ni. You jangan sekali-kali gugurkan kandungan you walau apa pun yang terjadi. Kalau you ingkar arahan I, I akan buat you menyesal dan merana. You faham tak? Soal Johari tanpa senyum.

"Tapi..."

" Tak ada tapi-tapi. Ingat apa yang I katakan ini. You jangan buat sesuatu yang boleh menyebabkan i hilang sabar dan hilang kawalan terhadap you. Jangan ingkar arahan I tentang kandungan you ini. It's mine. Ingat tu."

Rozita perlahan-lahan menggangguk kepalanya. Air matanya berlinangan mendengar kata-kata Johari. Johari lantas menarik Rozita ke dalam pelukannya. Belakang Rozita diusap perlahan-lahan. Johari berjanji pada dirinya, dia tidak akan putus asa untuk memiliki wanita itu. Namun buat masa ini biarlah Johari mengalah seketika. Dia tahu Tan Sri Rahman seorang yang berpengaruh. Oleh itu Rozita tidak boleh membantah jodoh yang ditentukan ini. Rozita tidak mahu sesiapa tahu tentang kandungannya kecuali dia sendiri dan Johari. Johari membaringkan Rozita di atas katil untuk berehat. Kepalanya pening lagi.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now