46

196 10 0
                                    

Puan Sri Rokiah sedang menikmati minum petang bersama Tan Sri Rahman di ruang makan banglo mereka. Pembantu rumah telah menyediakan bubur kacang hijau untuk hidangan petang itu. Sambil menikmati bubur kacang hijau itu, mereka berbual-bual.

"Abang, Kay risaulah tentang anak kita Rozi. Apa nak jadi dengan anak kita bang?" Puan Sri Rokiah berkata dengan nada yang bimbang. Dia memandang wajah suaminya yang sedang leka menyuap bubur kacang ke mulutnya.

Tan Sri Rahman mendengar luahan kata-kata isterinya, tapi dengan selambanya tetap menikmati bubur kacang hijau yang sedap itu. Memang pandai pembantu rumah mereka memasak bubur kacang hijau. Kalau diharapkan isterinya, memang tidak merasalah bubur kacang hijau sesedap itu. Tan Sri Rahman menyuap lagi sesudu bubur hijau ke mulutnya. Pertanyaan daripada isterinya dibiarkan sahaja. Tan Sri Rahman sudah malas bila hal anaknya Rozita dibangkitkan oleh isterinya. Dia sudah tidak peduli tentang Rozita. Apa yang penting Rozita mengikut kemahuannya untuk berkahwin dengan Shahrul. Apa cara sekalipun boleh digunakan asal kahwin.

Namun Tan Sri Rahman sangat marah apabila mengetahui anaknya itu telah mengandung anak luar nikah. Hal itu memang tidak menghairankan dia kerana dia tahu sangat perangai anaknya yang liar itu. Sepatutnya Rozita tidak harus sampai ke tahap mengandung tetapi itulah yang terjadi. Kandungan itu yang semakin membesar dan lama-kelamaan tidak dapat disembunyikan lagi. Tan Sri Rahman dapat membayangkan musnahnya harapannya untuk bermenantukan Shahrul yang tampan dan berwibawa itu. Lagi yang penting harapannya untuk bekerjasama dengan Dato' Nassier dalam perniagaan tidak akan menjadi kenyataan. Tan Sri Rahman tidak akan membiarkan keinginannya musnah begitu sahaja. Dia mesti mencari jalan untuk memujuk atau memaksa Rozita meneruskan perkahwinan yang telah dirancang itu. Perniagaannya mesti dikukuhkan melalui perkahwinan Shahrul dan Rozita.

"Abang! Apa yang abang termenung ni?, tegur Puan Sri Rokiah seraya menampar lengan suaminya.

"Apa ni Kay? Terkejut abang", jerkah Tan Sri Rahman. Nasib baik tidak mempunyai penyakit jantung. Dia memandang tajam wajah isterinya.

"Pertanyaan Kay ni abang tak jawab lagi. Ingat Kay ni tunggul kayu ke duduk sini?" tutur Puan Sri Rokiah dengan nada geram. Orang tua ini buang tebiat termenung petang-petang begini.

"Apa yang Kay tinggi-tinggikan suara ni? Abang dengar apa yang Kay tanya", Tan Sri Rahman menjeling isterinya.

"Kalau dengar kenapa tak terus jawab? Kenapa menung? Abang tak ambil berat tentang anak kita? Abang tak sayang anak kita? Soal Puan Sri Rokiah bertalu-talu. Matanya dijegilkan tanda tidak puas hati terhadap reaksi suaminya.

"Siapa kata abang tak peduli? Siapa kata abang tak sayang anak kita? Abang ni kecewa tau tak Kay. Hati abang marah sangat. Abang tak kira. Macam mana sekalipun caranya, Rozita tetap kahwin dengan Shahrul"

"Tapi abang, bukanlah Shahrul tu liat sikit orangnya? Kita pula kena ikut syarat yang telah dia tetapkan. Abangpun dengar dulu syarat diakan?" Puan Sri Rokiah mengakui Shahrul bukan senang untuk dipengaruhi. Dia seorang yang sangat berpendirian.

"Abang tahu tu", Tan Sri Rahman mengeluh. Dia sedia maklum Shahrul itu tegas orangnya.

"Habis abang nak buat macam mana?" tanya Puan Sri Rokiah dengan nada risau.

"Kita mesti teruskan perkahwinan mereka ni walau bagaimana sekalipun. Kalau tidak, Kay nak kita malu ke?" Tan Sri Rahman merenung mata isterinya.

"Memanglah tak mahu malu. Sebab itu Kay nak tanya dan bincang dengan abang." terang Puan Sri Rokiah lembut.

"Nanti abang fikirkan caranya. Kay tak usah risau" balas Tan Sri Rahman dengan senyuman sinis.

Puan Sri Rokiah sedikit lega mendengar kata-kata suaminya. Namun ada sesuatu yang mengganggu fikirannya sejak malam tadi. Daripada malam tadi lagi Puan Sri Rokiah tidak melihat kelibat Rozita. Hatinya mulai risau. Pagi tadi, Puan Sri Rokiah telah mengetuk pintu bilik Rozita namun tidak berjawab. Pintu yang tidak berkunci itu dibuka perlahan-lahan namun bilik itu kosong. Puan Sri Rokiah tertanya-tanya ke mana perginya Rozita itu. Dia mengandaikan anaknya itu keluar rumah awal kerana mungkin ada perkara yang mustahak dilakukannya. Bukan kali ini sahaja malah sebelum-sebelum ini pun Rozita sering keluar awal terutama apabila mengejar penerbangan awal pagi. Tetapi selalunya Rozita akan memaklumkan kepadanya tetapi kali ini tidak pula. Puan Sri Rokiah mula rasa tidak sedap hati. Naluri seorang ibu menyatakan sesuatu telah berlaku kepada anaknya itu. Sekiranya sehingga malam nanti Rozita tidak pulang juga, dia akan mendesak suaminya melaporkan kepada pihak polis.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now