Rozita keluar dari lif di tingkat 7 seperti mana yang diberitahu oleh Shahrul kepadanya dalam whatsapp. Dia berhenti seketika untuk melihat keadaan di sekitarnya. Ruang pejabat itu agak luas. Para Staf sibuk di meja masing-masing menjalankan tugas mereka. Rozita mencari-cari orang untuk dia bertanya. Matanya memandang sekeliling dan tiba-tiba dia melihat ada satu pintu utama bilik yang bertentang dengannya. Terdapat ukiran cantik pada permukaan pintu tersebut. Begitu juga terdapat tanda nama CEO terlekat pada pintu tersebut. Rozita pasti itulah bilik Shahrul. Dia pun berjalan ke arah pintu tersebut dengan yakinnya. Ada beberapa orang staf yang memerhatikan lenggang-lenggoknya. 'Ada ku kesah' desisnya dalam hati.
Mata Rozita memandang seorang wanita yang duduk di meja paling hampir dengan pintu utama bilik tersebut. Wanita itu kelihatan sedang khusuk memandang laptop nya. Terdapat sengihan pada wajah wanita tersebut. Apa yang menarik pada permukaan laptopnya pun Rozita tidak tahu. Rozita kemudiannya mengambil keputusan untuk bertanya kepada wanita yang duduk di hadapannya itu.
" Hmm...morning puan, I nak jumpa dengan Shahrul. Dia ada dalam bilik kan ? Rozita meneliti wajah dan penampilan wanita di hadapannya itu. 'Boleh tahan juga dia ni. Seksi. Mungkin dia inilah PA Shahrul agaknya', kata Rozita dalam hatinya. Ada sedikit cemburu bertandang dalam hatinya.
Marlia mendongak apabila terasa ada orang menyapanya. Ternganga dia seketika melihat wanita yang ada di hadapannya. Bergayanya persis seorang model. Marlia memandang wanita itu dari atas ke bawah dan ke atas lagi. 'Cantik'...hmm jeles ke aku?
"Hello ! " Rozita meninggikan sedikit suaranya. Dia berasa pelik dengan gelagat PA di hadapannya itu. Macam tak pernah tengok orang. Apa yang pelik?
Rozita melambai-lambai tangan di muka Marlia. Tindakannya menyedarkan Marlia.
"You !. Macam mana you layan tetamu yang datang sini hah? Takkan you nak biarkan I tercegat berdiri kat sini je !", Rozita geram dengan tingkah laku Marlia. Kemudian mata Rozita meninjau meja Marlia. Rupanya ada tag nama di ditu. Marlia.
"Puan Marlia, I datang nak jumpa Shahrul." perasaan marah Rozita semakin membara.
"Excuse me...I ni bukan Puan tau...status I ni CIK"
"Okey..you ada buat appointment dengan Encik Shahrul?" tanya Marlia lagi. Dia rasa jengkel dengan wanita ini. Nampak sombong.
"Look here Cik Marlia. I tak perlu buat appointment untuk jumpa Shahrul. I boleh datang jumpa bos you bila-bila I suka." Rozita menjawab dengan angkuh. Siapa wanita ini hendak menghalang dia berjumpa dengan bakal tunangnya. Rozita menjeling dan mencebik bibir sebagai tanda meluat dengan PA perasan di hadapannya itu.
"Berapa lama I nak tercegat dekat depan you ni? Suara Rozita sudah meninggi.
Geram betul rasa hati Rozita. Ingin rasa ditampar-tamparnya pipi wanita itu. Selamba saja muka Marlia tanpa rasa bersalah.
" Kalau nak jumpa Encik Shahrul kenalah buat appointment dulu. Bukannya main terjah macam tu saja," Marlia berkata sinis. Dia menjeling Rozita. Ambik kau! Ingat dia seorang saja yang boleh menunjukkan sombong...huh!
Rozita membesarkan mata memandang Marlia. Biadap betul PA Shah ni. Begitukah cara melayan pelawat? Rozita melihat keliling pejabat. Ada staf yang sudah terpandang-pandang ke arahnya. Gelagat dirinya dan Marlia telah menarik perhatian orang lain. Rozita memandang wajah Marlia dengan geramnya.
" Hey! You dengar sini ya. Sama you benarkan atau tidak I tetap akan masuk dalam bilik ni! You tak boleh halang I ,"Rozita meninggikan suaranya sehingga membuatkan Marlia berdiri.
Tanpa menunggu balasan daripada Marlia, Rozita berjalan ke arah pintu utama itu. Dia segera menolak tombol pintu dan terus masuk ke dalam.
"Shah!," jerit Rozita sebaik sahaja dia terpandang Shahrul yang sedang leka membuat kerjanya.
Shahrul segera mengangkat kepalanya apabila terdengar namanya disebut. Berkerut keningnya siapa lah yang datang, Shahrul terus berdiri. Dia hairan melihat Rozita yang mara ke arahnya dengan muka merah padam menahan marah. Marlia yang mengikuti dari belakang nampak cemas.
"Kenapa ni?" tanya Shahrul apabila Rozita sudah berada di sisinya. Dia sedikit terkejut apabila tangan Rozita memaut lengannya tetapi dibiarkan sahaja. Shahrul memandang Rozita dan Marlia silih berganti, meminta penjelasan.
"Shah, you punya PA ni biadap betul dengan I . Dia halang I masuk jumpa you,"Rozita merengek mengadu. Dia mencebik-cebikkan bibir memandang Marlia. Padan muka...
"Dia tak buat appointment dengan Encik Shahrul. Saya baru nak masuk bagi tahu Encik Shahrul tetapi tak sempat. Cik ni terus masuk je," Marlia mempertahankan diri nya. Marlia pun bijak menyusun kata . Matanya memandang Shahrul dan Rozita silih berganti. Marlia juga melihat pautan tangan Rozita pada lengan Shahrul. Dia geram dan cemburu melihat pautan itu. Encik Shahrul ni pun satu. Suka lah dia tu dipegang-pegang tu.
Shahrul yang sudah faham duduk perkara senyum dan berjalan ke arah Marlia. Rozita turut sama mengikuti langkah Shahrul. Hmm...seorang PA nya dan seorang bakal tunangnya. Dua-dua nya cantik dan seksi. Salah faham ini mesti diselesaikan.
"Marlia, kenalkan ni Rozita, bakal tunang saya. Rozi, ini pula Marlia, Setiausaha merangkap PA I.
Shahrul meminta kedua-dua wanita itu bersalaman tanda berdamai. Marlia menghulurkan tangannya namun disambut dan dilepas dengan segera oleh Rozita.
"By the way Marlia, sebenarnya saya dah tahu Rozita ni nak datang sini. Anyway, tak apalah. Ini salah faham saja. Masalah dah selesai."
"Baik Encik Shahrul. Saya keluar dulu." Tanpa menunggu lama Marlia terus keluar. Sempat juga dia menghadiah sebuah jelingan pada Rozita.
Shahrul mengeluh...perempuan. Macam-macam hal nya. Shahrul melepaskan lengannya daripada pautan tangan Rozita. Dia kembali duduk menyelesaikan sedikit lagi kerja pada laptop. Rozita pula disuruh duduk di sofa dalam biliknya itu.
"Bukan main lagi PA you tu. Berlagak betul, macam syarikat ini bapak dia punya." Rozita masih lagi tidak berpuas hati terhadap Marlia.
"Sudahlah tu. Tadikan dah bermaaf-maafkan? Kenapa nak sebut lagi hal ni?" soal Shahrul memandang tajam wajah Rozita.
"I tak suka dia. Mesti dia pernah cuba mengorat you kan? Yalah kan you ni handsome,berpangkat dan kaya." Rozita masih lagi tidak puas hati.
Shahrul diam sebentar mendengar pertanyaan Rozita. Memangpun Marlia sentiasa cuba mengambil hatinya. Namun dia tidak pernah melayan tindakan Marlia itu. Apapun takkan Shahrul hendak mengiakan pertanyaan Rozita. Memang taklah!
"Kenapa diam? Yalah tu kan" soal Rozita lagi. Giginya digertap tanda geram.
"Cukuplah Rozi...bukanlah dalam tiga hari lagi kita akan bertunang? Apa yang you bimbang?" Shahrul sudah mulai bosan dengan sikap Rozita. Asyik membebel saja.
Rozita berasa kelat mendengar kata-kata Shahrul. Baik dia diam sebelum kata-kata nya menimbulkan kemarahan pada bakal tunangnya itu. Oleh itu segera dia memaniskan mukanya untuk mengambil semula hati Shahrul.
"So kita keluar sekarang?" tanya Rozita dengan lembut.
"Ya, tunggu sekejap," Shahrul menutup laptop nya.
"Jom," kata Shahrul. Mereka berjalan beriringan keluar dari bilik.
"Marlia, saya nak keluar sebentar. Apa-apa perkara penting tolong catatkan dan nanti bagi pada saya"
"Baik Encik Shahrul," balas Marlia Suaranya sengaja dilunakkan. Dia menjeling tajam Rozita.
Shahrul dan Rozita kemudian berlalu menuju lif. Marlia yang memandang pasangan itu menahan perasaan geramnya. Rasa meluat dan jengkel pun ada, khasnya kepada bakal tunang bosnya yang gedik bagai itu. Marlia mencebik bibir nya.
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...