22

498 15 0
                                    

     Nampaknya suasana tegang tadi sudah beransur reda. Azreena memanjangkan leher meninjau keadaan di ruang mini theatre itu. Rasanya dia sudah boleh menghantar hidangan yang tergendala tadi. Azreena menatang dulang dan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah tiga orang individu yang sedang leka menonton televisyen. Hmm...cerita apa tu? Rupanya filem The Mummy di HBO. Tengah bahagian yang suspen, patutlah senyap. Datin Maznah duduk rapat menghimpit Dato' Nassier. Tangannya kejap memegang lengan suaminya itu. Kecil besar kecil besar saja mata Datin Maznah menonton adegan suspen tersebut. Azreena senyum melihat gelagat itu.

     Azreena memandang ke arah Shahrul pula. Lelaki itu duduk hampir baring menyandar di sofa. Kedua-dua tangan diletak di belakang kepala. Matanya menuju skrin televisyen tetapi pandangan itu nampaknya seperti tembus sahaja. Hmm...sedang berkhayal tu. Azreena yang berhenti seketika tadi terus mara dan meletakkan hidangan di atas meja kopi.

     "Hmm...ibu, ayah dan abang Shah, sila minum,"jemput Azreena lalu menuangkan air teh ke dalam cawan dan kemudian diletakkan di hadapan mereka.

     " Terima kasih Reena. Mari minum sama,"ajak Datin Maznah.

     " Dah minum tadi bu,"balas Azreena.

    " Jomlah duduk sini," Shahrul menepuk bahagian kerusi di sebelahnya yang kosong. "Best cerita ni," tambah nya lagi. Azreena duduk di bahagian hujung sofa panjang itu.

    Shahrul minum teh yang disediakan Azreena dan kemudian menyuap pula kek buah ke mulutnya. "Hmm...sedap air teh dan kek buah ni. Pandai Reena buat,"puji Shahrul. Dia mengenyitkan mata pada Azreena. Mulalah merona merah wajah gadis itu.

    Setelah duduk seketika, Azreena mula menimbang-nimbang untuk memulakan kata. Dia memandang wajah Dato' Nassier dan Datin Maznah yang sedang asyik menonton filem The Mummy ini. Azreena kemudian menoleh wajah Shahrul yang pada masa yang sama sedang memperhatikan wajah Azreena. Azreena tergamam seketika dan pandangan mereka bersatu sebelum Azreena menunduk. Hajat di hati perlu dinyatakan dan Azreena rasa inilah masa yang sesuai.

     " Er...Ibu, ayah, abang Shah...." Azreena memulakan kata.

    " Ada apa Reena?" soal Datin Maznah dengan lembut. Kini tumpuan anak beranak itu dihala kepada Azreena.

     " Er...er...", Azreena masih teragak-agak berkata.

    " Apa yang er...er...?,"soal Shahrul tidak sabar. Saja untuk menyakat gadis cantik itu.

    " Hmm..apa dia Reena?", soal Datin Maznah lagi. Dia menjeling anak bujangnya.

    " Em..."

    " Apa em...em...?" potong Shahrul lagi. Dia sudah tersengeh-sengeh memandang Azreena. Sukanya dia melihat wajah mengelabah Azreena. Comel...cantik. Hai lah hati..apa dah jadi dengan engkau hati?

   " Shahhh," Datin Maznah menjeling tajam ke arah Shahrul. Apa kena dengan budak ni? Tadi bukan main tension lagi. Sekarang ni menyakat je kerjanya.

    " Bahaya tu Maz," sampuk Dato Nassier senyum.

  " Shah ni dah buang tebiat agak nya. Tak baik tau potong cakap orang" ujar Datin Maznah. Matanya dijegilkan memandang Shahrul.

   " Okey, okey...," Shahrul sudah angkat tangan, surender. Namun dia masih tersengeh-sengeh lagi. Lepaskan rasa hati yang penasaran buat seketika. Lega sedikit rasanya. Lupakan sebentar hal pertunangan yang baru tadi dibincangkan.

     Azreena mengigit bibir bawahnya. Dia sudah merasakan darah sudah naik ke kepala. Dia rasakan kulit mukanya sudah tebal berinci-inci. Belum sempat meneruskan kata disakat pula lelaki bertuah di sebelahnya itu. Jelingan maut diberikan kepada Shahrul yang masih tersenyum. Aduh ! hensemnya dia. Lesung pipit tu menambahkan ketampanan wajah lelaki itu. Geram tengok cik abang ni. Kalau tak ada Datin Maznah dan Dato'Nassier di situ, tentunya sudah dilontarkan dengan bantal muka si Shahrul ni. Azreena merenung wajah lelaki di sebelahnya tanpa menyedari ada dua lagi individu yang melihat tingkah lakunya. Renungan Azreena dibalas oleh Shahrul. Dikenyitkan mata kanan untuk mengusik Azreena menyebabkan gadis itu tersedar dan terus menunduk ke bawah. Malu...

Kasih KitaWhere stories live. Discover now