Mama Rose meneliti wajah gadis di hadapannya itu. Dia kagum dengan kehalusan kulit wajah Azreena yang bersih tanpa sebarang jerawat atau jeragat. Tanpa solekan pun sebenarnya wajah gadis ini memang cantik. Kecantikan semulajadi. Solekan yang nipis sahaja sudah cukup untuk menyerlahkan keanggunan Azreena.
Sebelum menyolek Azreena, tadinya Mama Rose telah menyolek dan menghias Datin Maznah terlebih dahulu. Datin Maznah telahpun masuk ke biliknya untuk mengenakan pakaian. Mama Rose sering dipanggil oleh Datin Maznah untuk menyolek dan menghiasnya sekiranya ada majlis-majlis istimewa. Malah ketika hari raya juga Datin Maznah menggunakan khidmat Mama Rose sebagai juru solek. Kiranya Datin Maznah ini adalah pelanggan tetap Mama Rose.
Mama Rose memiliki pusat kecantikan sendiri iaitu Mama Rose Beauty Care. Selain daripada itu Mama Rose juga mengeluarkan produk-produk kecantikan sendiri. Jari-jemari Mama Rose begitu ligat menyolek wajah Azreena sambil berceloteh. Mama Rose seorang yang peramah. Beberapa soalan ditanya pada Azreena agar keadaan tidak terlalu sunyi. Senyuman tidak pernah lekang daripada bibir Mama Rose.
"Halusnya kulit dear ni. Selalu ke pakai mekap?" tanya Mama Rose. Setelah selesai mengenakan 'blusher', Mama Rose merapikan bulu kening Azreena yang cantik melengkung.
"Ada juga mama. Sekali sekala kalau ada majlis." balas Azreena senyum.
"Reena tau tak, Reena ni cantik sangat. Ni mesti ramai jejaka yang terpikat kat Reena. Reena ada boyfriend? Tak patut tak ada kan?" tanya Mama Rose. Saja ingin tahu.
"Setakat ni Reena tak ada boyfriend lah mama." jawab Azreena senyum.
"Tak ada boyfriend? Tak patut lah gadis secantik Reena ni tak ada teman lelaki"
" Kawan lelaki banyak mama. Tetapi teman lelaki istimewa tu susah sikit nak cari." balas Azreena perlahan.
"Kenapa? Reena pernah kecewa?" tanya Mama Rose. Daripada nada Azreena, dia dapat rasa gadis itu seperti menyimpan sesuatu memori kenangan lalu.
Azreena mengeluh mendengar pertanyaan Mama Rose. Entahlah. Azreena sendiri pun rasa hairan hari ini mudah sahaja dia ingin bercerita dengan Mama Rose yang peramah di hadapannya itu. Mungkin sebab hari ini Abang Shahrul bertunang kot dan kebetulan pula hari ini adalah hari ulang tahun kelahirannya. Jadi perasaan Azreena jiwang sedikit. Hmm...
Teringat kembali peristiwa dua tahun lalu...
" Reen, Jeff nak jumpa petang ni boleh?" sapa Jeffrey di hujung talian. Jeffrey atau nama penuhnya Jeffrey Hisham Bin Dato' Khalid. Jejaka yang sudah dikenali hampir tiga bulan oleh Azreena. Mereka belajar di universiti yang sama.
" Jumpa kat mana?" tanya Azreena. Kedengaran suara Jeffrey agak lain di hujung talian.
" Tempat biasa kat taman di Trafalgar Square. Jam 3 petang ni." beritahu Jeffrey.
" Okey. Nanti jumpa" Azreena bersetuju.
Jadi petang itu seperti yang dijanjikan mereka bertemu di sebuah taman berdekatan. Azreena yang tiba terlebih dahulu. Selalunya macam tu lah setiap kali perjumpaan mereka, Azreena selalu nya akan datang lebih awal. Sesudah 10 minit menunggu barulah Jeffrey muncul. Azreena perasan yang tingkah laku Jeffrey agak berbeza daripada biasa. Jeffrey kelihatan runsing sejak dia tiba tadi. Mereka duduk di kerusi yang sama dan diam agak lama. Azreena menunggu Jeffrey memulakan kata kerana dia yang minta hendak berjumpa. Tapi Jeffrey tetap diam.
"Jeff, apa yang you nak beritahu ni. Kenapa nak jumpa Reen sekarang?" tanya Azreena lembut. Dia rasa tidak sedap hati terhadap lelaki di sebelahnya itu. Lelaki itu tidak seceria dan semesra selalu.
Jeffrey memandang gadis di sebelah itu. Dia rasa serba salah untuk memberitahu gadis itu tentang apa yang berlaku kepada dirinya. Hubungan kasih mereka masih baru lagi. Namun Jeffrey sangat menyayangi Azreena. Bagaimana harus dia berterus terang dengan gadis itu. Jeffrey menguak rambutnya ke belakang dengan kedua-dua tangannya berkali-kali kerana fikirannya kusut sekarang ini. Jeffrey nekad untuk memberitahu Azreena walaupun ini akan mengecewakan Azreena. Malah dia sendiri juga kecewa. Namun apa boleh buat perkara yang telah berlaku tidak boleh ditarik balik. Jeffrey mengeluh berat...
![](https://img.wattpad.com/cover/109583092-288-k79434.jpg)
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...