Azreena duduk bersendirian di pondok rehat di luar banglo itu. Cahaya bulan menerangi malam dengan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa begitu menyamankan suasana alam. Azreena menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan. Diulangnya beberapa kali demikian sehingga berasa lega. Kemudian badannya diregang agar longgar sedikit otot badannya. Hmm...baru rasa selesa sikit.
Azreena melihat jam tangannya. Baru jam 8.30 malam. Setelah selesai mencuci pinggan mangkuk tadi, Azreena meminta izin untuk duduk dalam pondok ini untuk mengambil udara segar. Hanya Dato' Nassier, Datin Maznah dan dirinya sahaja yang menikmati makan malam tadi. Shahrul pula tidak kelihatan kelibatnya. Mungkin sibuk menyediakan diri untuk majlis pertunangannya yang akan berlangsung pada malam esok. Agaknya saat ini Shahrul sedang bersama-sama bakal tunangnya Rozita. Azreena mengeluh...Novel yang baru dibelinya semalam dibawa bersama untuk dibaca. Hmm...lampu dalam pondok cukup terang untuk membolehkan Azreena membaca novel cinta itu. Salah satu hobinya adalah membaca novel.
Tiba-tiba fikiran Azreena melayang pula teringatkan Mak Kiah. Sudah lama dia tidak berjumpa Mak Kiah. Apa khabar agaknya Mak Kiah sekarang. Bagaimana agaknya keadaan Mak Kiah kini? Azreena rindu hendak berbual-bual dengan Mak Kiah. Nampaknya Mak Kiah tidak dapat meneruskan khidmatnya di banglo itu. Anak lelakinya tidak membenarkan Mak Kiah bekerja lagi kerana kesihatan Mak Kiah tidak mengizinkan. Apapun Azreena berdoa dan berharap supaya Mak Kiah akan sembuh dan sihat. Harap-harap Mak Kiah adalah dijemput ke majlis pertunangan Shahrul malam esok. Kalau ada dapatlah Azreena berjumpa dan berbual-bual dengan Mak Kiah. Azreena senyum sendiri.
Azreena membaca buku novelnya. Jalan cerita novel itu menarik. Sedang dia membaca novelnya, tiba-tiba Azreena perasan permukaan skrin telefon bimbitnya berkelip-kelip. Hatinya teruja apabila melihat terpampang perkataan 'mama' di situ. Azreena segera menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum mama !" jawab Azreena. Gembiranya dia dan senyumannya menjadi lebar. Rindu dengan mama dan papanya.
"Waalaikumsalam sayang mama. Reena apa khabar? Sihat?" tanya Datin Juriah di hujung talian. Rindunya dia pada anak daranya itu.
"Reena sihat mama. Mama dan papa apa khabar?" tanya Azreena ceria.
"Mama sihat sayang. Papa pun sihat juga. Rindunya mama pada puteri mama ni" balas Datin Juriah.
"Reena pun rindu mama dan papa. Sorry mama...hampir seminggu tak dengar suara mama."
"Tak apa sayang. Mama dan papa tau Reena busykan? Jadi, Reena bila nak balik? Minggu ini boleh balik tak? Esok?" Datin Juriah mencadangkan kepada anaknya itu.Datin Juriah berharap anak gadisnya itu dapat balik hujung minggu ini.
Mendengar pertanyaan mamanya itu lantas Azreena bangun dan berjalan mundar-mandir dalam pondok itu. Azreena diam seketika berfikir menyusun kata.
"Reena," sapa Datin Juriah apabila Azreena mendiamkan diri seketika. Risau dia Azreena lambat respon.
"Ma..minggu ini tak dapat balik lah mama," ujar Azreena perlahan.
"Kenapa?" soal Datin Juriah pula.
Azreena serba salah mendengar pertanyaan mamanya. Azreena sedar dia sudah agak lama berada di banglo Dato' Nassier itu dan selama itu juga dia belum lagi balik ke Villa Sukma. Dia belum lagi berjumpa papa dan mamanya. Sudah lebih sebulan ,hanya telefon bimbit sebagai penghubung. Memang Azreena rindu dengan orang tuanya itu. Setiap kali hujung minggu ada sahaja halangan untuk dia balik ke Villa Sukma. Lagi pula Azreena tidak mahu rahsianya terbongkar. Dia tidak mahu Shahrul, Dato' Nassier dan Datin Maznah tahu siapa dirinya. Belum tiba masanya. Belum cukup enam bulan lagi seperti yang dijanji kepada papa dan mamanya. Itulah satu sebab Azreena pendamkan dulu hasrat untuk balik ke Villa Sukma. Rasanya cukuplah kalau pulang sebulan sekali.
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...