34

330 24 6
                                    

"Jauh lagi ke tempatnya bu? Azreena bertanya lokasi majlis pertunangan itu.

"Tak jauh lagi sayang. Sekejap lagi sampailah kita,"jawab Datin Maznah. Lengan Azreena dipautnya mesra. Kasih sayang terhadap Azreena semakin hari semakin bertambah. Azreena tersenyum.

Sekali-sekala mata Azreena diarahkan kepada cermin pandang belakang di hadapan, melihat wajah Shahrul. Serius sahaja wajah lelaki itu memandu kereta Lexusnya. Mungkin sedang berperang dengan perasaan sendiri. Sejak tadi lelaki itu hanya mendiamkan diri. Azreena juga perasan sekali-sekala lelaki itu memandang ke arahnya melalui cermin pandang belakang juga. Ada ketikanya mata mereka bertembung. Shahrul mengambil keputusan memandu sendiri ke lokasi majlis pertunangannya. Katanya lebih senang begitu.

Seterusnya, Azreena menikmati pemandangan sepanjang jalan menuju lokasi majlis itu. Rasanya laluan ke tempat itu adalah baru baginya. Yalah, Azreena kan dibesarkan di London selama ini dan baru dua bulan lebih saja berada di tanah air.

Seketika kemudian, Shahrul membelok keretanya melepasi pagar dan terus masuk perkarangan sebuah banglo mewah. Di hadapan banglo itu telah didirikan beberapa buah khemah besar yang lengkap dengan kerusi meja yang disusun teratur gaya restoran. Pemandangan sekitar kawasan itu sangat indah dengan perhiasan dan lampu yang berwarna-warni.

Akhirnya Shahrul memparkir keretanya di tempat yang disediakan. Nampaknya sudah ramai saudara mara datang ke majlis pertunangan ini.

" Okay, kita dah sampai. Jom keluar Reena," kata Datin Maznah.Dato'Nassier dan Shahrul sudah pun keluar terlebih dahulu. Azreena mengangguk perlahan lantas membuka pintu disebelahnya. Datin Maznah keluar daripada pintu yang sebelah lagi. Azreena kemudian berdiri di sebelah Datin Maznah. Mereka berempat sudah bersedia untuk masuk ke dalam khemah. Azreena berjalan beriringan dengan Datin Maznah. Dato' Nassier dan Shahrul berjalan mendahului mereka berdua. Seorang penyambut tetamu sedia menanti untuk membawa mereka ke meja utama. Dari jauh lagi Tan Sri Rahman dan Puan Sri Rokiah sudah sedia menanti rombongan bakal besannya di meja utama. Mereka hanya membawa diri sahaja kerana barang-barang hantaran daripada pihak Shahrul sedia dibawa oleh petugas-petugas yang telah ditetapkan masuk ke dalam.

Masuk sahaja ke dalam khemah banyak mata memandang kehadiran mereka berempat. Tumpuan lebih-lebih lagi diberikan kepada Shahrul yang segak bergaya berbaju Melayu. Shahrul mengukir senyuman buat tetamu yang ada. Ramai yang memuji-muji ketampanan Shahrul. Ada juga gadis-gadis yang usha Shahrul. Mereka kelihatan berbisik-bisik sesama sendiri. Yalah...kan tubuh Shahrul tu tegap sasa. Orangnya tinggi pula. Bukan itu sahaja ada juga lelaki-lelaki yang usha Azreena sampaikan ada yang bersiul dan berdehem. Yalah, Azreena memakai gaun warna purple muda dengan sedikit renda yang menyerlahkan lagi kecantikannya. Yang menariknya Shahrul ada ketikanya menoleh ke arahnya yang berjalan di belakang. Cemburu ke apa? Azreena senyum.

Dalam ramai tetamu yang ada, tiba-tiba mata Azreena tertancap pada seorang mak cik. Seorang lelaki duduk di sebelah mak cik itu di meja yang selang dua meja dari meja utama. Serta-merta Azreena tersenyum lebar. Lengan Datin Maznah dipegang oleh Azreena untuk menarik perhatiannya,

"Ibu, itu Mak Kiahlah!" kata Azreena teruja. Rupanya Mak Kiah juga dijemput ke majlis pertunangan Shahrul. Azreena tidak hairan mestilah Mak Kiah dijemput kerana Mak Kiah sudah lama berkhidmat dengan keluarga Dato' Nassier. Malah Mak Kiah mesra dengan Shahrul yang telah mengasuhnya dari kecil lagi.

Mak Kiah yang melihat kehadiran Shahrul dan keluarganya segera menerpa ke arah mereka. Mak Kiah bersalaman dengan Dato' Nassier dan Shahrul. Kemudian Mak Kiah bersalaman dan memeluk Datin Maznah diikuti dengan Azreena. Mak Kiah memperkenalkan anak lelakinya kepada Shahrul dan Azreena kerana mereka belum pernah berjumpanya. Setelah berbual-bual dengan Mak Kiah dan anaknya, Datin Maznah meminta diri untuk pergi ke meja utama.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now