39

306 22 3
                                    

Pagi yang cerah , Azreena berlari-lari anak di tepi pantai. Dia berhenti kemudian menyedut udara laut yang segar dan menghembusnya perlahan-lahan. Diulangnya beberapa kali sehingga berasa lega. Badan Azreena cukup berpeluh. Azreena kemudian membuat senaman badan dengan merenggangkan otot-ototnya. Ah! Betapa dia merindui tempat ini yang bebas daripada pencemaran.Pemandangan laut yang luas terbentang  menyejukkan mata memandang. Ada beberapa buah kapal perikanan nun jauh kelihatan di tengah-tengah laut. Ini satu pemandangan yang cukup indah. Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa dari arah laut memukul-mukul lembut badan Azreena. Azreena menoleh ke arah sebuah banglo yang tersergam indah di atas tebingan pantai. Itulah Villa Sukma milik keluarganya.

Di bahagian  kanan kawasan hujung  pantai, rupa-rupanya ada sebuah resort. Kelihatan beberapa chalet yang dibina menghadap laut. Dari tempat dia berdiri, Azreena dapat melihat beberapa orang penghuni chalet sedang berjalan mengambil udara pagi yang segar. Ada juga yang sedang berjoging. Ah! Istimewanya tempat ini. Begitu indah alam ciptaanNya . Azreena begitu bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan kepada dirinya dan keluarga. Seketika kemudian Azreena berjalan pulang ke Villa Sukma.

"So papa, mama..macam mana kehidupan semasa Reena kerja ni?" soal Azreena. Dia mengadap papa dan mamanya di meja makan. Mereka mula menikmati sarapan pagi.

Azreena mengucapkan terima kasih kepada Mak Pah yang telah mencedok dan meletakkan sepinggan mee hoon goreng di hadapannya. Setelah membaca doa Azreena mula menyuap mee hoon goreng itu ke mulutnya. Hmm...sedapnya masakan Mak Pah.

" Semua okey saja Reena. Sayang papa macam mana pula? Kerja okey?" tanya Dato' Nazaruddin pula.

" Kerja Reena bagus papa. Banyak yang Reena pelajari dari pengalaman bekerja di banglo itu. Layanan majikan Reena pun okey," terang Azreena dengan nada yang ceria.

"I can see that..,"ujar Dato' Nazaruddin senyum. Dia menghirup perlahan kopi panas kegemarannya. Kemudian dia menyuapkan mee hoon ke mulutnya.

" Abang, semalamkan kita dah dengar perbualan Reena dengan anak majikan dia itu. Siapa namanya? Shahrul? Bukan main prihatin lagi kan." kata Datin Juriah tersenyum.

"Abang Shahrul memang prihatin sejak kebelakangan ini mama. Dato' dengan Datin pun okey juga. Mereka layan Reena dengan baik," jelas Azreena lagi.

"Jeles nya mama, kan abang" Datin Juriah mencebikkan bibir nya pura-pura cemburu. Ini membuatkan Azreena tergelak.

" Apa mama jeles? Dalam dunia ni Reena sangat sayang papa, mama dan abang Azlan serta family nya. Tanpa papa dan mama, Reena tak akan lahir ke dunia ini. I love you so much papa and mama." kata Azreena. Dia sangat bersyukur memiliki papa dan mama yang sangat menyayanginya.

Dato' Nazaruddin memandang wajah anak gadisnya itu. Ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengannya. Dato' Nazaruddin telahpun membincangkan perkara ini dengan isterinya, Datin Juriah malam tadi.

"Reena, ada perkara yang papa nak cakapkan."

"Ada apa papa?" Azreena mula merasakan dadanya berdebar-debar dengan apa yang hendak dikatakan oleh papanya. Air milo di dalam cawan diminumnya. Azreena menunggu kata-kata Dato' Nazaruddin seterusnya.

"Papa nak tau boleh tak Reena berhenti kerja di banglo itu dan mula berkhidmat di syarikat kita pulak sayang?" tanya Dato'Nazaruddin perlahan dan lebih kepada memujuk anaknya itu.

Kalau boleh Dato' Nazaruddin ingin Azreena berhenti sahaja daripada bekerja sebagai pembantu rumah. Dia merasakan pekerjaan itu tidak sesuai dengan Azreena. Azreena tidak layak untuk bekerja di rumah orang. Daripada terus bekerja di banglo itu lebih baik Azreena mula mengendalikan Naza Metro Holdings. Dengan itu lebih cepat Azreena belajar selok belok perniagaan dan mengendalikan syarikat mereka itu. Azreena juga boleh menggunakan segala pengetahuan dan kemahiran daripada bidang kursus yang dipelajari di universiti untuk membantu meningkatkan lagi prestasi syarikat yang memang sedia maju itu. Lagi pula gaji yang akan Azreena dapat jauh lebih baik daripada apa yang dia dapat sekarang.

Kasih KitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang