Perbualan yang kelihatan tegang menghentikan langkah Azreena yang hendak ke ruang tamu kedua. Ruang tamu kedua itu umpama mini theatre untuk seisi keluarga. Di tangan Azreena terdapat dulang berisi teko air teh, tiga biji mug dan sepiring kek buah. Azreena tertanya-tanya mengapa perbualan itu nampak serius daripada reaksi Dato' Nassier, Datin Maznah dan Shahrul. Shahrul beberapa kali dilihat melurut rambut ke belakang dengan tangannya dan mengetap giginya. Dia nampak resah gelisah dan terganggu sekali. Datin Maznah juga kelihatan memuncungkan mulutnya dan menjeling tajam Sharul sambil ditenangkan oleh Dato' Nassier. Ada ketikanya suara Shahrul kedengaran tinggi nadanya seolah-olah melepaskan rasa tidak puas hati. Wajah ibu dan ayahnya direnung meminta pengertian.
Azreena yang berdiri di tepi meja makan teragak-agak sama ada terus melangkah atau tidak. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tunggu dahulu sehingga keadaan menjadi reda. Hidangan diletakkan di atas meja makan. Azreena tidak mahu mengganggu perbualan penting tiga beranak itu. Dia duduk di kerusi meja makan seketika dan mengeluarkan telefon bimbitnya daripada kocek seluarnya. Jari-jemarinya yang runcing mencolek-colek permukaan handphone itu. Dalam masa yang sama telinganya cuba menangkap perbualan di antara majikannya dengan anak bujang mereka.
" Ibu, ayah...mestikah Shah teruskan rancangan pertunangan ni? Soal Shahrul untuk kedua kalinya. Dia mengeluh keras. Rambutnya dilurut lagi ke belakang sehingga sedikit berserabut. Matanya dipejamkan seketika untuk mencari ketenangan. Dia berasa geram...
"Shah, pertunangan ni tidak boleh dibatalkan dan mesti diteruskan. Shah telahpun bersetuju dulu. Ingat tu. Tinggal kurang seminggu lagi majlis ni. Jadi kita tidak dapat batalkan." Datin Maznah memujuk Shahrul. Dalam pada itu dia perlu bertegas juga.
Shahrul mendengus kasar memikirkan masalah nya itu. Dia terpaksa. Dia tidak rela bertunang dengan Rozita !.Hatinya merintih membantah kehendak orang tuanya itu. Dia tidak cintakan Rozita! Dia tidak berapa kenal Rozita ! Rozita tidak menepati ciri-ciri wanita pilihan hatinya. Setakat ini pun hanya sekali dua sahaja bertemu Rozita kerana kesibukan kerja. Lagi pula Rozita sering keluar negara kerana kerjaya nya sebagai model. Mengapa ibu dan ayah tidak memahaminya. Shahrul memejamkan lagi matanya. Mereka bertiga mengadap skrin televisyen besar itu tetapi tumpuan tidak pada ceritanya.
"Shah, kita dah berjanji dengan Tan Sri Rahman dan Puan Sri Rokiah tu. Mereka dahpun membuat persediaan. Apa kata Tan Sri dan Puan Sri nanti kalau mereka tahu Shah nak batalkan majlis pertunangan ini. Lebih-lebih lagilah Rozita? Shah fikirkanlah itu. Mereka dahpun setuju dengan syarat yang dipinta oleh Shah dulu tu," pujuk Dato Nassier pula. Dia bangun dan duduk di sebelah anaknya. Bahu Shahrul dipegang lembut.
Shahrul yang menerima sentuhan di bahunya membuka semula matanya. Matanya diarahkan ke televisyen tetapi renungannya seolah-olah menembusi skrin televisyen tersebut. Fikirannya kusut.
"Shah tak ada perasaan cinta pada Rozita tu," ucap Shahrul perlahan. Dia tunduk memandang lantai.
"Kenapa? Shah dah ada pilihan lain?" Dato' Nassier cuba mengorek rahsia. Dia memandang isterinya. Datin Maznah terus memandang Shahrul.
Shahrul mendiamkan diri seketika. Matanya terus merenung televisyen yang bunyinya sejak tadi diperlahankan. Perlukah dia menyatakan apa yang tersimpan dalam hatinya? Apakah reaksi ibu dan ayahnya nanti? Sanggupkah dia menghampakan harapan orang tuanya? Dia sebenarnya boleh sahaja berkeras membantah kehendak ayah dan ibunya tetapi dia bimbang penerimaan mereka.
Memang Shahrul sudah ada pilihan hati. Hatinya berbunga-bunga cinta yang wujud sejak sekian lama. Sejak dia menemui gadis idamannya itu. Dan ternyata orangnya bukan Rozita. Bukan bakal tunangnya itu. Sanggupkan dia mengorbankan perasaan sucinya itu? Oh tidak!.
"Kalau Shah katakan Shah ada pilihan lain adakah ayah dan ibu akan setuju dan membatalkan majlis pertunangan ini?"
Shahrul memandang wajah Dato' Nassier dan Datin Maznah silih berganti. Shahrul dapat melihat reaksi terkejut pada wajah keduanya. Reaksi risau pun ada. Shahrul menunggu jawapan dengan jiwa yang bergelora. Jantungnya berdegup kencang.
"Shah ada pilihan lain?" tanya Datin Maznah. Matanya bulat memandang Shahrul.
"Siapa? Soal datin Maznah lagi.
"Siapa Shah?" tanya Dato' Nassier pula. Dalam fikirannya dia mula memikirkan siapa yang dimaksudkan oleh Shahrul.
Fikiran Shahrul mula terbayangkan gadis idamannya itu. Wajahnya... dari matanya yang berwarna coklat cerah, bulu mata yang lentik,hidung yang mancung, bibir, dagu dan terus ke leher. Shahrul terus membayangkan tubuh gadis itu yang ramping dan bahagian dadanya yang mekar. Jari-jemarinya yang halus runcing. Yang Shahrul paling suka adalah apabila melihat wajah gadis itu yang merona merah apabila malu-malu atau gabra. Segala gerak geri gadis itu memikat dan memukau Shahrul. Dia sudah angau sendiri. Dalam matanya yang masih terpejam itu, Shahrul senyum..
"Shah! Tidur pun boleh senyum pula dia" Datin Maznah separuh menjerit.
Datin Maznah menepuk bahu Shahrul menyebabkan Shahrul terkejut dan membuka semula matanya.Wajah Shahrul diperhatikan dan Datin Maznah tahu ada sesuatu yang dipendam anak bujangnya itu. Datin Maznah memandang suaminya. Dato' Nassier membalas pandangan itu.
"Ibu, ibu tak tahu apa yang Shah rasa sekarang ni. Macam-macam rasa bu. Shah dalam dilema ibu, ayah." Shahrul meluahkan perasaannya yang bercampur-aduk geram, kecewa,sayu, sedih. Hmm...berkecamuk hati lelakinya.
"Ibu minta maaf Shah. Bukan ibu dan ayah tak faham perasaan Shah. Ya,kami faham. Walau siapapun gadis yang telah bertahkta di hati Shah,majlis pertunangan Shah dan Rozita tetap dijalankan. Kita tidak mahu imej keluarga kita terjejas. Kita tidak mahu hubungan dengan Tan Sri dan Puan Sri terjejas dan renggang. Teruskan dulu majlis pertunangan ini ya Shah. Kamu ada masa satu tahun atau lebih untuk menilai peribadi Rozita . Kemudian barulah kamu membuat keputusan sama ada untuk meneruskan ke alam perkahwinan atau tidak. Tetapi untuk membatalkan majlis pertunangan ni di saat-saat akhir tidak dapat Shah. Tolong jangan...jangan malukan ibu dan ayah." panjang lebar Datin Maznah berhujah. Merayu pun ya...
Dato' Nassier menepuk-nepuk lagi bahu Shahrul untuk memberi kekuatan. Kasihan memang kasihan dia melihat kegelisahan anaknya itu. Rasa bersalah pun ada. Namun apa boleh buat janji mesti ditepati. Sekurang-kurangnya bersetuju untuk bertunang dahulu. Sama ada ke jinjang pelamin atau tidak itu perkara kedua.
"Huh...kalau Shah tak nak teruskan majlis pertunangan ni pun tak jadi masalah kepada perniagaan kita kan ayah? Sejak Shah masuk Mega Holding, dah ada dua syarikat luar negara yang sanggup bekerjasama dengan syarikat kita kan ? Shah percaya, tanpa pertunangan ni pun syarikat kita akan terus maju." Shahrul masih cuba mempengaruhi Dato Nassier dan Datin Maznah.
Pada masa yang sama dia bangga juga dengan prestasi kerjanya di Mega Holding. Segala pengalaman dan kemahiran bekerja di luar negara digunakan sepenuhnya untuk menaikan pencapaian syarikat mereka."Ya, Shah benar. Ayah sangat bangga dengan kamu."
"Kamu jangan macam-macam Shah. Abang pun !" Datin Maznah hampir menjerit.
"Tolonglah ibu...Shah tak rela" Shahrul merintih. Perkara ni tak sepatutnya begitu sukar. Cakaplah tidak jadi bertunang, Itu saja kan?
"Shah kena buka hati dan perasaan tu. Bersedialah ya kerana majlis pertunangan itu akan berlangsung hujung minggu ini. Shah patut hubungi dan ajak Rozita keluar. Cincin tunang telah ditempah dan perlu dicuba. Baju untuk majlis bertunang terpulang kepada kamu berdua menentukannya.
"Shah malas bu,"
"Tak ada malas-malas. Ibu dengar Rozita baru balik dari Itali. Shah perlu call dia."
" Baru balik dari Itali?" soal Shahrul
"Bakal tunang sendiri ke luar negara pun Shah tak tau? Pelik Shah ni" Komen Datin Maznah .
"Shah mana rapat dia dengan dia" balas Shahrun geram.
" Sekarang memanglah tak rapat ,tapi lama-lama nanti mana tau bertambah rapat" ujar Dato' Nassier separuh mengusik.
"Tak jamin" kata Shahrul ringkas
" Shahrul..." Datin Maznah membulatkan matanya.
"Baiklah. Shah akan turutkan kehendak ibu dan ayah. Sekurang-kurangnya sampai ke tahap bertunang dulu. Shah tak mahu memalukan ibu dan ayah."
"Terima kasih Shah,"ucap Dato' Nassier. Dia tersenyum dan berasa lega. Begitu juga Datin Maznah.
Untuk kesekian kalinya Shahrul mengeluh. Mata Shahrul mencari-cari kelibat seseorang. Di mana?" Tanyanya pada diri sendiri.
Tanpa disedari segala perlakuan dan perbualan mereka bertiga menarik perhatian seorang gadis...
![](https://img.wattpad.com/cover/109583092-288-k79434.jpg)
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...