20

424 11 0
                                    

Azreena menghidangkan minuman dan cucur cempedak di atas meja makan. Kemudian dia memanggil Dato' Nassier, Datin Maznah dan Shahrul untuk minum petang.

"Sedap cucur cempedak ni," puji Shahrul. Senyuman diberi kepada si pembuatnya. Siapa lagi kalau bukan Azreena. Shahrul mengambil lagi lalu disuap ke mulutnya.

"Dengar tu Maz, Ada orang dah memuji-muji." Dato Nassier mengusik isterinya. Datin Maznah menjeling suaminya.

"Abang tu, makan je cucur tu. Tak usah nak mengusik bagai," Mulut Datin Maznah mencebik. Geram dia dengan usikan suaminya. Dato Nassier tergelak.

Azreena baru hendak melangkah ke dapur apabila namanya dipanggil. Dia memandang Datin Maznah. Ada apa?

"Reena nak ke mana tu? Marilah duduk sama. Minum sama-sama," Jemput Datin Maznah menunjukkan kerusi kosong di sebelahnya.

" Reena, jom makan minum sama. Sedap cucur cempedak ni."puji Shahrul lagi. Dia tidak lepas memandang Azreena.Wajah gadis itu tidak jemu dipandang.

Azreena duduk mengadap Shahrul. Dia menuang air teh ke dalam cawan untuk dirinya sendiri. Sebenarnya dia telah pun makan cucur cempedak itu sambil menorengnya. Memang sedap...cewah, Puji diri sendiri. Mereka minum sambil berbual. Ada satu hasrat yang hendak diutarakan oleh Datin Maznah sebentar lagi. Dia menunggu semuanya selesai menikmati minum petang. Datin Maznah memandang suaminya. Dato Nassier mengangkat keningnya dan mengangguk memberikan sokongan kepada isterinya.

"Err Shah, Reena...ibu ada perkara nak cakap," Datin Maznah memulakan kata. Dia memandang Shahrul dan Azreena silih berganti. Mereka juga memandangnya hairan. Ada tanda tanya pada wajah Shahrul dan Azreena.

"Ada apa bu? Soal Shahrul. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang serius ingin disampaikan oleh Datin Maznah.

"Ada perkara yang ingin ibu sebutkan di sini. Minta ayah cakapkan tetapi ayah suruh ibu pula." Datin Maznah memandang suaminya tetapi suaminya mengangguk kepala sahaja.

Dato Nassier memang begitu. Kebanyakan hal yang menyentuh keluarga dia lebih suka kalau isterinya yang mengendalikannya. Dato Nassier percaya isterinya mampu membuat keputusan setelah berbincang bersama. Selalunya isterinya itu yang akan bersuara kecuali kalau hal itu begitu serius,Dato Nassier pula akan bersuara dan menyelesaikan nya. Dato Nassier sentiasa percaya dan menyokong isteri kesayangannya itu. Dato Nassier memegang tangan isterinya seketika kemudian melepaskannya. Romantik gitu...

"Begini Shah , Azreena...Ibu tak tau bagaimana nak mula, tapi dengarlah ya,"

" Apa dia bu?" soal Shahrul lagi.

"Ibu dan ayah sayangkan kamu Shah. Kamulah satu-satunya anak kami,"

" Itu Shah tau ibu, ayah. Kenapa ni?" Macam pelik sahaja kata-kata Datin Maznah pada pendengaran Shahrul. Tetapi dia cuba berfikiran positif.

Datin Maznah beralih memandang Azreena. Dada Azreena berdebar-debar dengan pandangan itu. Dua pasang mata juga turut memandang Azreena. Suspen..

" Reena, walaupun Reena belum lama berada di sini, tetapi ibu selesa dengan Reena. Begitu juga dengan ayah.Lagipun ibu tak ada anak perempuan." Datin Maznah memandang suaminya dan Dato. Nassier senyum menggangguk.

Azreena tetap mendiamkan diri. Lebih baik mendengar sahaja dahulu. Tetapi dia mula hairan apabila Datin Maznah membahasakan dirinya ibu. Begitu juga panggilan untuk Dato Nassier iaitu ayah. Timbul tanda tanya dalam hatinya. Azreena merenung wajah Datin Maznah, menunggu kata-kata seterusnya.

"Sayang, mulai hari ini jangan guna panggilan Datin lagi ya. Panggil ibu. Reena juga panggil ayah okey. Ibu dan ayah dah berbincang dan kami sama-sama setuju." Datin Maznah m Shah, Shah setujukan? Lagi pula Shah dah suruh Reena panggil abang dan anggap Reena seperti adik sendiri kan?" soal Datin Maznah dan dia percaya Shahrul tidak membantah.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now