Matahari kian meninggi ketika Azreena membuka matanya. Selepas menunaikan solat subuh pagi tadi, Azreena terlena semula. Walaupun masih mengantuk dia terpaksa menggagahkan diri demi menyesuaikan diri dengan keadaan di bumi Kenyalang ini.Setelah mengeliat di atas katil Azreena bingkas bangun menuju ke bilik air. Betapa segarnya disirami air pagi. Pagi itu Azreena bergaya ringkas dengan mengenakan blaus dan seluar jean.
Azreena menyelak tirai jendela biliknya. Pemandangan di luar sana mengkagumkannya. Azreena keluar ke balkoni biliknya. Kemudian ditariknya nafas dalam-dalam dan dihembuskan semula, dilakukan berulang kali.
Rupa-rupanya banglo keluarganya ini sangat unik, terletak di kawasan tebing tinggi yang menghala ke laut. Jauh di tengah laut kelihatan beberapa buah kapal nelayan yang menangkap ikan. Di bawah sana pula kelihatan tepi pantai yang cantik dan putih pasirnya.
Bunyi ketukan di pintu mengejutkan Azreena. Dia segera membuka pintu biliknya. Mak Pah sudah sedia berdiri di tepi pintu dengan sebuah senyuman terukir di bibirnya.
" Cik Reena, Dato' dan Datin ajak sarapan di bawah," ujarnya memandang Azreena.
" Baiklah Mak Pah,sekejap lagi Reena turun," balas Azreena girang.
Sekali lagi dia meninjau-ninjau diri di hadapan cermin meja soleknya. Di benaknya terdapat satu rancangan yang telah difikir-fikirkan malam tadi. Harap-haraplah papa dan mamanya bersetuju walaupun mungkin pada anggapan mereka apa yang akan bakal diutarakannya nanti tidak masuk akal. Namun Azreena nekad mahu menyampaikan hasratnya sebentar lagi. Akan dipujuk papa dan mamanya.
Azreena menuruni anak tangga perlahan-lahan. Dia melihat papa dan mamanya telahpun sedia duduk di meja makan. Hidangan yang disediakan membuka selera Azreena dengan aroma baunya yang sedap.
"Good morning papa, mama," ucap Azreena tersenyum manis.
" Selamat pagi Reena," balas papa dan mamanya serentak. Pagi ini papa dan mamanya nampak bergaya sekali. Dato' Nazaruddin dengan baju kot hitam dan Datin Juriah berpakaian kebaya. Azreena mengambil tempat duduk bersebelahan dengan papanya.
" Puteri papa nampak segar pagi ini. Macam mana selesa ke tidur malam tadi?" tanya Dato' Nazaruddin sambil senyum meleret memandang Datin Juriah.
" Mulanya memang sukar juga nak lelap papa, tapi akhirnya lena sampai pagi," ujar Azreena manja.
" Silakan Reena, mama minta Mak Pah masak sarapan khas pagi ni untuk anak gadis mama yang baru pulang," ujar Datin Juriah pula. Apalagi kembanglah hati Azreena mendengar kata-kata mamanya itu.
Azreena menyuap nasi lemak dengan begitu berselera sekali. Maklumlah di London memang jarang sekali menikmati makanan sebegini iaitu masakan timur. Selalunya mereka sekeluarga banyak makan hidangan barat seperti roti, hot-dog, salad dan sebagainya.
" Perlahan ya Reena. Sambal nasi lemak tu agak pedas sedikit. Nanti tersedak pula. Lepas ni pula bolehlah minta Mak Pah menyediakan menu lain pula ya," ujar Datin Juriah sambil memerhatikan gelagat anak gadisnya itu makan. Rindunya pada Azreena terubat juga.
" Kalau Reena nak tahu makanan istimewa di sini ialah laksa Sarawak tau," kata Dato' Nazaruddin.
" Selain itu ada lagi makanan-makanan lain yang tidak kurang sedapnya," tambah nya lagi, bangga menjadi anak Sarawak.
Azreena mendapat tahu Mak Pah yang diambil bekerja oleh keluarganya merupakan seorang wanita yang pandai memasak bermacam-macam hidangan. Azreena berasakan ini satu peluang baik untuknya mempelajari pelbagai jenis masakan bagi memudahkannya menjalankan rancangannya.
" Reena, papa percaya Reena tentu masih penat lagikan. Yalah Reena kan baru habis belajar. Rehatkanlah diri dulu sementara waktu. Bila Reena dah bersedia nanti bolehlah tolong papa di syarikat kita. Harapan papa agar Reena cubalah belajar mengendalikan perniagaan kita. Reena dan Azlanlah pewaris papa. Abang Azlan menguruskan perniagaan di London, Reena pulak di sini," panjang lebar Dato' Nazaruddin menyusun kata menyatakan hasratnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/109583092-288-k79434.jpg)
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...