Sudah seminggu sejak majlis pertunangan Shahrul dan Rozita, Azreena pun terus berkhidmat di banglo mewah itu. Kerja-kerja rumah dilakukannya sebaik mungkin seperti biasa. Bagaimanapun, sejak seminggu yang lalu, Azreena sedaya upaya menjaga jarak hubungannya dengan Shahrul. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu terlalu dekat dan terlalu mesra dengan abang angkatnya itu. Hakikatnya Shahrul sudah bertunang dan menjadi tunangan orang. Betullah kata Dato' Nazaruddin, tidak manis rasanya Azreena rapat dengan lelaki itu walaupun lelaki itu telah mencuri hatinya. Kata-kata nasihat dan amaran daripada papanya masih diingat dan terpahat dalam fikiran Azreena. Walau bagaimanapun hubungan Azreena dengan Dato' Nassier dan Datin Maznah tetap mesra.
Azreena kembali memikirkan tentang Shahrul. Bila mengenangkan lelaki itu, terimbas kembali perbualan mereka melalui telefon bimbit pada hari Ahad yang lalu. Shahrul begitu risau dan prihatin terhadap dirinya.
Malam itu jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Azreena masih lagi ingin menghabiskan masa bersama papa dan mamanya. Lagi pula Azreena berasa agak letih setelah seharian berjalan-jalan dan membeli-belah di Mall bersama papa dan mamanya. Azreena ingin menghabis satu malam lagi di Villa Sukma. Dia ingin berada di biliknya yang dirindui dan berbaring di atas tilamnya yang empuk. Azreena telahpun menghubungi Datin Maznah dan Datin Maznah telahpun bersetuju dan membenarkannya bermalam satu malam lagi. Namun seketika kemudian telefon bimbitnya menjerit minta dijawab. Azreena tahu orang yang call itu Shahrul. Dia menyahut dengan perlahan dan memberi salam. Shahrul membalas salamnya.
"Reena di mana sekarang? Tanya Shahrul di hujung talian. Ada nada risau pada suaranya.
"Masih di rumah," jawab Azreena perlahan. Matanya mengantuk.
"Kenapa suara Reena macam lemah saja? Sayang buat apa tu? Soal Shahrul ingin tahu. Perasaan bimbang sudah bertapak di hatinya.
"Ah..abang. Apa dia?"
"Reena tahu tak jam dah pukul berapa sekarang? Kenapa tak balik-balik lagi. Send lokasi abang ambil !" Agak tegang kedengaran suara Shahrul. Tinggi nada suaranya.
Biar betul!.Mata Azreena terus terbuka besar mendengar Shahrul menaikkan suaranya. Maklumlah tadi Azreena tekan loud speaker pada telefon bimbitnya. Malas nak pegang kerana mata yang mengantuk.
"Eh Abang, ibu tak bagi tahu ke?"
"Bagi tahu apa?" soal Shahrul balik. Budak ini ayat tanya tergantung saja.
"Reena dah beritahu ibu yang Reena tak balik hari ini. Reena balik esok. Ibu benarkan." terang Azreena.
"Kenapa Reena bagi tahu ibu saja. Kenapa tak bagi tahu abang juga?"soal Shahrul dengan nada suara yang bengang.
"Reena mesti bagi tahu abang juga kah?"
"Kenapa tidak? Abang tak penting kah bagi Reena?" suara Shahrul bertambah bengang kedengaran di hujung talian. Dia marahkah? Kenapa mesti marah?
"Sorry a..."kata-kata Azreena terus dipotong oleh Shahrul.
"Reena tahu tak abang risau tau, Reena tak sampai-sampai lagi. Dah berapa lama abang tunggu dekat luar ni." Suara Shahrul tidak puas hati.
"Laaa...abang tunggu buat apa? Abang tunggu kat mana?" Azreena terkejut bila Shahrul kata sedang menunggunya. Tak sangka pula lelaki itu sanggup menunggunya. Nak ketawa pun ada. Rasa terharu pun ada.
"Abang tunggu kat pondoklah. Lama tau!" jelas kedengaran suara Shahrul merajuk.
"Abang tak payah tunggu lagi. Masuklah ke dalam rumah. Reena balik esok okey. Good night." Azreena sempat mendengar Shahrul menyebut hello! Hello! Sebelum memutuskan talian.
![](https://img.wattpad.com/cover/109583092-288-k79434.jpg)
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...