51

233 14 5
                                    

Keadaan sunyi sepi menghiasi suasana di dalam kereta Lexus yang dinaiki mereka sekarang. Shahrul dan Azreena masing-masing mendiamkan diri sejak 10 minit yang lalu. Shahrul memberikan tumpuan pada pemanduannya manakala Azreena pula menikmati pemandangan sekitar kawasan yang dilalui. Shahrul menjeling gadis di sebelahnya itu. Inilah pertama kali mereka menaiki kereta berdua sahaja. Itupun puas memujuk Azreena baru berhasil. Gadis itu kerjanya menolak sahaja apabila diajak keluar. Macam-macam alasan diberikannya.

Shahrul mulai bosan lantas dia membuka siaran radio keretanya. Kebetulan pula DJ radio sedang memainkan lagu When I was your man. Lagu ini lagu jiwang yang diminati juga oleh Shahrul. Sekali lagi Shahrul menjeling Azreena namun kelihatan gadis itu seperti termenung sahaja. Apa yang difikirkan ya? Shahrul tertanya-tanya.

Azreena melihat Shahrul membuka siaran radio keretanya. Hmm..bagus juga sebab daripada tadi lagi keadaan sunyi sepi. Lagu jiwang yang sedang berkumandang di radio itu mengingatkan Azreena kepada kenangan lalu. Azreena teringatkan seseorang yang pernah singgah sebentar di hatinya. Namun dia tidak pernah tahu khabar berita tentang lelaki tersebut sejak mereka berpisah lebih 2 tahun lalu. Semoga lelaki itu bahagia dengan pilihannya. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur namun terlajak kata atau perbuatan mana mungkin dapat diundur semula. Azreena mengeluh perlahan.

"Kenapa mengeluh sayang?" tegur Shahrul. Dia memandang Azreena sekilas lalu. Jalan raya agak sesak menuju ke bandar. Pergerakan kereta begitu perlahan.

"Apa dia abang? tanya Azreena yang tersentak. Rupa-rupanya dia sedang dipantau oleh Shahrul.

"Abang tengok Reena termenung. Apa yang difikirkan?" Shahrul menyoal dengan senyuman. Shahrul memperlahankan sedikit volum radio. Lagu seterusnya pula daripada Bryan Adam iaitu lagu cinta juga.

"Tak ada apa-apa abang. Reena dengar lagu saja. Sedap lagu tu" Azreena tergelak kecil. Mukanya menjadi kemerahan kerana rasa malu. Shahrul ini macam tahu-tahu sahaja yang dia mengingat kisah lalu.

"Kenapa? Lagu tu ada kena-mengena dengan Reena ke sayang?" Shahrul ingin melihat reaksi Azreena. Tambah pula dia sengaja mengusik gadis itu.

"Apa yang abang tanya ni? Tak adalah...that song has nothing to do with me alright." Cepat-cepat Azreena berdalih tanpa sedar berbahasa Inggeris dengan slang British.

"Really? Shahrul merenung Azreena seketika. Ada sesuatu dalam fikirannya. Namun, biarkan dulu.

Azreena yang perasan dengan renungan Shahrul kemudian tertanya-tanya. Kenapa? Dia salah cakapkah? Muka Azreena merona merah. Tiba-tiba... OMG really?

Shahrul senyum simpul bila melihat Azreena yang tersipu-sipu malu begitu. Kantoi sudah. Mata terus dihala ke hadapan. Shahrul memandu dengan cermat sebab jalan sesak. Kereta berbaris panjang. Beginilah kalau waktu pagi. Semua orang berebut ke tempat yang dituju. Sekarang baru saja pukul 10 pagi. Kalau di pejabat, sekarang ini adalah waktu rehat. Shahrul mengeluh. Geramnya terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

"Teruklah jalan ni. Sesak betul. Jalan dua baris sehala pun pandai sesak...jem. Apa yang menyebabkan tersekat di depan tu? Bergerak macam siput saja."rungut Shahrul. Kepalanya didongakkan untuk melihat ke depan. Stereng kereta diketuk-ketuk dengan jari-jemarinya.

"Abang stress?" tanya Azreena

"Gila tak stress. Memanglah stress. Geram betul hati abang ni. Apalah yang menyebabkan sesak sangat ni. Bila nak sampai ke pusat bandar ni." Shahrul mendongkol geram. Bibirnya digigit menahan rasa.

"Sabarlah abang. Lama-lama sampailah."

"Memang abang sabarlah ni" ujar Shahrul senyum. Pandailah pulak nasihatkan orang.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now