Azreena dan Shahrul berjalan beriringan memasuki banglo tersebut. Apabila melalui ruang tamu, kelihatan Dato' Nassier dan Datin Maznah masih leka menonton televisyen. Agaknya sedang menonton movie yang menarik di siaran Astro. Duduk pun rapat sekali. Romantiknya mereka berdua. Azreena tersenyum. Dia teringatkan pula papa dan mamanya di Villa Sukma. Apabila Azreena memandang wajah Shahrul, nampaknya Shahrul pun senyum sama. Shahrul mengenyitkan mata pada Azreena. Apalagi merona merahlah wajah Azreena. Ada-ada sajalah perangai Shahrul ini. Tidak sah kalau tidak mengusiknya.
Apabila sampai di meja makan Shahrul mengambil tempat duduknya. Azreena dipandangnya lagi. Hmm...Azreena ni mempunyai tubuh yang solid slim dengan ketinggian yang cukup serta sedap mata memandang. Memang tubuh seorang anak dara. Shahrul yang sedar dia mula berfikiran nakal lantas mengalihkan pandangan ke arah lain. Hmm...tidak boleh tenung tubuh gadis itu lama-lama.
"Abang tunggu dulu ya. Reena panaskan lauk dulu. Nanti Reena hidangkan." Azreena terus melangkah ke dapur.
Sementara menunggu makanan dihidangkan, Shahrul bermain-main dengan telefon bimbitnya .Dicolek-coleknya permukaan skrin telefon bimbitnya untuk melihat status terkini applikasi Facebook, Whatsapp dan sebagainya. Perut Shahrul terus-terusan berbunyi berkeroncong kerana begitu lapar. Ada ketikanya bagaikan mencucuk-cucuk minta diisi. Shahrul rasa tidak sabar untuk menikmati hidangan makan malam yang disediakan oleh Azreena.
"Cepatlah sayang ! Lapar ni !" laung Shahrul tanpa sedar. Matanya dihalakan ke arah dapur.
Azreena yang baru keluar dari ruangan dapur membawa makanan melopong mendengar laungan Shahrul. Dia menjegilkan matanya pada Shahrul. Aduh! Malunya pada Dato' Nassier dan Datin Maznah ! Mesti mereka dengar laungan Shahrul yang cukup kuat sampai kedengaran ke ruang tamu. Kemudian mata Azreena tajam memandang Shahrul yang sedang tersengih-sengih seperti budak-budak yang suka bila mendapat gula-gula. Hmm... tersengih seperti kerang busuk pun ada.
"Jahat abang. Kenapa abang jerit ni? Malulah Reena kerana abang ni. Tahulah lapar sangat.Ha.. siapa suruh tak makan tadi tu? Hmm.." Azreena menghidangkan makanan di atas meja. Shahrul yang tersenyum memandangnya diberikan jelingan.
Azreena meletakkan nasi atas pinggan dan dihulurkan kepada Shahrul. Kemudian dia menuang air sirap ke dalam gelas dan diletakkan di hadapan Shahrul. Mangkuk-mangkuk lauk disusun di hadapan Shahrul agar memudahkannya mengambilnya. Azreena masak lauk istimewa malam ini iaitu ikan talapia masak asam pedas, sayur campur dan ikan tenggiri masak kicap. Shahrul mula mencedok lauk dengan senyuman yang lebar. Happy saja. Azreena baru hendak memusingkan badan untuk ke dapur apabila Shahrul menegurnya. Terhenti langkahnya dan kembali memandang Shahrul.
" Nak ke mana tu?" tanya Shahrul, menjongketkan keningnya. Suapannya terhenti seketika.
"Reena nak ke dapur cuci periuk kuali," jawab Azreena perlahan.
"Duduk. Temankan abang makan,"arah Shahrul.
"Abang makanlah seorang."
"No. Abang nak Reena temankan abang makan. Abang tak selesa makan seorang. Abang nak menikmati kesedapan lauk yang Reena masak ini di hadapan Reena." Shahrul kemudian menyuap lagi nasi ke mulutnya.
"Abang ni mengada-ngadakan? Selama ini pun abang makan sendiri juga." balas Azreena mencebikkan bibir kemudian senyum memandang Shahrul yang sedang lahap makan. Macam tak makan setahun je gayanya.
" Mana ada abang makan seorang. Selalunya abang makan dengan ibu dan ayahlah.
Shahrul mencedok lagi ketul ikan tenggiri masak kicap. Kuah kicap digaul-gaul dengan nasi kemudian terus disuap ke dalam mulut. Azreena terus senyum. Berbunga-bunga bangga rasa hatinya bila melihat kelahapan Shahrul menikmati masakannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/109583092-288-k79434.jpg)
YOU ARE READING
Kasih Kita
Любовные романыPertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...