Azreena baru sahaja selesai menggoreng cucur cempedak untuk hidangan minum petang. Harum bau cucur cempedak goreng itu pastinya akan membuka selera sesiapa yang bakal menikmatinya sebentar lagi. Sepinggan besar cucur cempedak goreng diletakkan di atas meja makan. Azreena ke dapur semula untuk membancuh air teh O. Petang-petang begini sedap kalau minum teh O.
Dato' Nassier dan Datin Maznah sejak tadi lagi sudah berada di luar banglo. Mereka berdua mengambil udara segar petang hari dengan duduk-duduk lepak berbual-bual dalam pondok yang sedia ada. Cuaca petang ini cukup baik dan tidaklah panas. Dalam pondok itu pun dilengkapi dengan kipas angin siling.
Sebelum itu tadi, Dato' Nassier telah membantu mencabut rumput dan membersihkan pasu bunga serta menyiram pokok-pokok bunga ros kesayangan isterinya. Lega rasa badan selepas berpeluh melakukan kerja-kerja tersebut. Maklumlah bila sudah tua ini perlu bersenam sedikit untuk mendapatkan tenaga.
Azreena membawa keluar dulang besar berisi pinggan cempedak goreng, teko teh O dan cawan-cawan ke arah pondok. Senyuman diberikan kepada Dato' Nassier dan Datin Maznah yang sedang duduk-dudul berbual itu.
"Wah, sedapnya bau cucur cempedak ini Reena," tegur Dato' Nassier. Dia memang suka makan cucur cempedak yang manis itu.
"Sabarlah bang. Reena tengah hidangkan tu," kata Datin Maznah. Hmm...dia sendiri pun sudah telan air liur melihat cucur cempedak yang menyelerakan itu. Untunglah salah seorang staf Shahrul telah menghantar buah cempedak yang dibawa dari kampungnya pagi tadi. Itulah yang dibuat cucur cempedak oleh Azreena.
Azreena meletakkan pinggan cucur cempedak di tengah meja kemudian menuang air teh O ke dalam tiga cawan.
"Silakan ayah, ibu," pelawa Azreena. Dia pun duduk sama di situ.
"Terima kasih sayang. Sedapnya cucur ni. Pandai Reena goreng," puji Datin Maznah sambil makan cucur cempedak itu. Rasanya sedap manis ketika masih panas. Dia mengambil lagi seketul dan menyuap ke mulutnya.
Azreena hanya senyum dipuji begitu. Berselera benar nampaknya Dato' Nassier dan Datin Maznah menikmati hidangan petang itu.
Datin Maznah perasan yang Azreena tidak banyak berkata-kata tetapi banyak senyum sahaja. Berbanding dengan ketika mula-mula datang dahulu, Azreena kini lebih suka mendiamkan diri. Patah-patah perkataan yang keluar daripada mulutnya terhad sahaja. Suaminya Dato' Nassier pun pernah menyuarakan hal tersebut.
Datin Maznah memandang Azreena yang duduk di hadapannya. Rasa kasih pada gadis itu semakin bertambah. Datin Maznah suka melihat sikap Azreena yang lemah lembut dan penyayang. Dia begitu menyenangi gadis itu. Untunglah ibu bapa yang memiliki Azreena sebagai anak. Dalam hati Datin Maznah tertanya-tanya juga siapa ibu bapa Azreena. Azreena tidak pernah menyentuh tentang hal keluarganya. Dia lebih suka berahsia. Apapun Datin Maznah pasti tentu Azreena berasal daripada keluarga yang baik memandangkan sikapnya yang begitu.
"Sayang, ibu nak tanya sesuatu boleh? Reena jangan kecil hati ya." ujar Datin Maznah. Bahu Azreena dipegang lembut.
Azreena yang sedang menyuap cucur cempedak ke mulutnya memandang wajah Datin Maznah. Ada riak tanda tanya pada wajahnya.
"Boleh saja ibu. Nak tanya apa?" soal Azreena lembut. Wajah Dato' Nassier turut dipandang tetapi lelaki itu hanya senyum saja.
"Sayang, sejak kebelakangan ini ibu perasan hubungan Reena dengan Shah semakin renggang. Tak rapat lagi. Reena gaduh dengan Shah kah?"
Azreena terpaku mendengar soalan Datin Maznah. Apa dia nak jawab ya? Memangpun dia sengaja menjarakkan hubungan dia dengan Shahrul kebelakangan ini. Sebabnya Shahrul itu sudah bertunang dan Shahrul tunangan orang. Rasanya Datin Maznah dan Dato' Nassier pun boleh fikir tentang itu kan? Azeena memandang wajah Datin Maznah. Kemudian memandang wajah Dato' Nassier pula. Kedua-duanya menunggu jawapan dari dia. Azreena mengeluh dan wajahnya merona merah kerana malu. Air liur ditelan sebelum berkata-kata.
![](https://img.wattpad.com/cover/109583092-288-k79434.jpg)
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...