Shahrul meneguk jus oren yang telah dipesannya. Sudah 10 minit dia duduk menunggu dalam restoran tersebut. Bayangan orang yang ditunggupun belum kunjung tiba. Shahrul mengeluh kecil. Sabar sajalah. Matanya melilau melihat keadaan sekelilingnya. Menarik juga hiasan restoran ini. Gambar-gambar abstrak banyak dilekatkan pada dinding. Begitu unik sekali. Sekali lagi Shahrul meneguk jus oren di hadapannya. Kemudian dia memeriksa iPhone 6 nya untuk melihat 'notifications' terkini."Hai, sorry I lambat. Jalan sesak," Rozita yang masih termengah-mengah mengambil tempat duduk di hadapan Shahrul. Dia mengeluarkan tisu dari dalam beg tangan lantas mengelap peluh di mukanya. Rozita mengukir senyuman untuk tunang di hadapannya.
"Tak apa. I pun belum lama tunggu." Shahrul memandang wajah wanita di hadapannya dengan senyuman.
"Terima kasih sebab tunggu. I parking agak jauh juga tadi. Tu yang nampak berpeluh-peluh ni." Rozita berasa lega melihat reaksi Shahrul. Takut juga dia kalau-kalau Shahrul tidak senang dengan kelewatannya. Maklumlah Rozita bukan biasa lagi dengan lelaki yang menjadi tunangnya itu. Jumpa pun jarang sebab masing-masing sibuk.
Shahrul memanggil pekerja restoran untuk memesan makanan dan minuman.
"You nak makan apa? Orderlah," ujar Shahrul. Rozita mengambil dan membelek-belek buku menu tersebut.
"You dah order?" tanya Rozita pula.
"Belum. I tunggu you. Tapi I dah minum dulu. Tadi haus sangat," jelas Shahrul.
Rozita mengangguk kepalanya. Dia membelek-belek kembali buku menu dan akhirnya dia memesan jus oren dan salad sayur sahaja.
"You order salad saja?" tanya Shahrul pada Rozita. Dia sendiri memesan Chicken Black Pepper Rice dan jus tembikai.
"I kurang seleralah nak makan lebih-lebih. Salad pun cukuplah," balas Rozita.
Dalam keadaan dia yang sedang mengandung pada peringkat awal ini, Rozita tidak berselera untuk makan makanan berminyak atau bergoreng. Dia juga tidak makan daging. Tekak dia tidak boleh terima. Bila makan sahaja pasti dia rasa mual. Oleh itu Rozita hanya memesan salad sahaja. Lagi pula Rozita tidak mahu Shahrul berasa pelik dengan keadaan dirinya. Sementara menunggu makanan tiba mereka terus berbual-bual.
Shahrul memerhati Rozita di hadapannya. Wajah wanita itu agak pucat sedikit dan nampak seperti keletihan. Nasib baiklah dia mengenakan makeup yang agak tebal jadi wajahnya adalah seri sedikit.
"You apa khabar?" tanya Shahrul.
"I baik-baik saja je"
"I tengok you macam letih je. Wajah you nampak pucat sedikit. Kenapa? Tak sihat ke?" tanya Shahrul lagi. Wajah wanita di hadapannya ditatap.
Rozita tersentak bila Shahrul menegurnya begitu. Cepat-cepat diambil bedak muka dari dalam beg tangannya dan dilihat wajahnya melalui cermin yang ada pada bekas bedak itu. Ya, memang agak pucat sedikit. Ah! Malunya bila ditegur tunang sendiri. Rozita 'touch-up mukanya dengan menyapu bedak dan blusher ke pipinya. Hmm..baru nampak okey sedikit.
Shahrul hanya memerhatikan sahaja tingkah laku Rozita. Perempuan dengan make-up memang tidak dapat dipisahkan lebih-lebih lagi Rozita ini. Teringat pula dia kepada Azreena. Gadis itu tanpa solekan pun tetap cantik. Dengan solekan nipis sahaja membuat wajahnya seperti bidadari. Shahrul tersenyum sendiri.
"Kenapa you senyum?" tanya Rozita bila melihat senyuman meleret Shahrul.
"Ah..nothing' jawab Shahrul gugup. Kantoi pula. "Are you okay?"
"I letih sedikit sebab banyak kerja. I sibuklah sejak beberapa hari ini," dalih Rozita. Kandungannya masih belum kelihatan lagi. Lagi pula hari ini dia memakai baju longgar sedikit.
YOU ARE READING
Kasih Kita
Любовные романыPertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...