Sudah lebih seminggu Azreena tinggal di banglo ini. Dia sudah semakin membiasakan diri dengan keadaan sekeliling. Rutin harian Azreena menyiapkan memasak, mencuci kain baju, menyapu dan mengemop lantai serta membuang sampah. Tugasan ini agak berat dan meletihkan pada mulanya tetapi alah bisa tegal biasa.
Mak Kiah melarang Azreena melakukan semua kerja. Biarlah dia membuat sebahagian kerja tersebut tetapi Azreena mengatakan tidak mengapa. Lagipun sejak kebelakangan ini Mak Kiah macam kurang sihat. Wanita berusia hampir 65 tahun itu kelihatan sedikit lemah dan pucat. Kasihan pula Azreena melihat keadaan Mak Kiah.
Bercakap pasal Mak Kiah ini, nama sebenar Mak Kiah ialah Siti Zakiah Binti Morshidi. Mak Kiah telah lama berkhidmat di banglo ini. Dia telah berbakti kepada keluarga ini sejak 20 tahun lalu Mak Kiah mula bekerja di sini sejak umurnya 45 tahun. Suami Mak Kiah telah lama meninggal dunia. Selepas kematian suaminya itulah Mak Kiah mula berkhidmat di sini. Lagipun arwah suami Mak Kiah adalah bekas driver kepada Dato' Nassier. Mak Kiah mempunyai anak lelaki yang telah berkeluarga. Zainal namanya. Zainal yang meminta Mak Kiah berhenti kerja kerana melihat Mak Kiah sudah berumur dan kadang kala tidak sihat. Mak Kiah sendiri yang menangguh-nangguhkan untuk berhenti kernan masih ingin berkhidmat di banglo ini. Mak Kiah sebenarnya tidak mahu menyusahkan anak menantunya. Mak Kiah punya duit simpanan sendiri hasil gaji yang disimpan selama ini. Apabila berhenti nanti, Mak Kiah diminta oleh Zainal tinggal bersamanya. Lagi pula anak-anak Zainal yang seramai 3 orang itu sudah besar semuanya. Tinggal sebulan lebih lagi Mak Kiah akan berhenti kerja. Selama Mak Kiah masih di sini, Azreena mahu lebih rapat dengan Mak Kiah. Azreena mahu berguru dengan Mak Kiah untuk meningkatkan kemahiran memasaknya.
Shahrul pula sudah tiga hari outstation ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan. Dengar khabar Syarikat Mega Holding akan bekerjasama dengan sebuah syarikat pembinaan terkenal dari UK yang mendapat kontrak sangat lumayan bagi membina kawasan perumahan elit. Ini adalah tanggungjawab pertama sepenuhnya diberikan kepada Shahrul sejak dia berkhidmat di Syarikat Mega Holding milik keluarganya. Dato Nassier memberi kepercayaan penuh kepada Shahrul dan akan melantik anak lelaki tunggalnya itu sebagai CEO Mega Holding tidak lama lagi. Dato' Nassier ingin bersara setelah anaknya itu mengambil alih tugasnya di syarikat itu.
Sejak pagi itu, Azreena pula kena memanggil Shahrul dengan gelaran abang. Mula-mula rasa kekok dan rasa malu pula. Azreena tidak biasa. Alasan Shahrul kira logiklah sebab dia tidak ada adik-beradik dan dia anak tunggal.
Azreena juga sudah semakin akrab dengan Datin Maznah. Datin Maznah tidaklah garang sangat cuma serius sahaja. Dia jenis yang menepati janji. Datin Maznah seorang yang penyayang sebenarnya. Dia sangat mengambil berat terhadap Shahrul. Hobi Datin Maznah adalah menanam pokok bunga khasnya pokok bunga ros. Ada satu bahagian halaman banglo itu yang dikhaskan menempatkan pelbagai jenis pokok bunga ros yang bermacam-macam warna. Nampak indah apabila pokok-pokok ros itu berbunga. Terdapat tukang kebun menjaga sekitar halaman banglo itu iaitu Pak Hassan. Pak Hassan ini bekerja siang hari saja dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Dia tidak tinggal di banglo ini.
Azreena juga sudah rindu dengan papa dan mamanya. Hanya telefon bimbitlah sebagai penghubung. Mamanya akan call atau mesej setiap hari. Risau juga mamanya. Hujung minggu hadapan Azreena bercadang untuk balik ke Villa Sukma. Minggu berikutnya pula Shahrul akan melangsungkan majlis pertunangannya. Hmm...Azreena rindukan kamarnya yang ditinggalkan lebih seminggu yang lalu. Dia juga rindukan suasana pantai berdekatan dengan banglo keluarganya.
Sunyi pula keadaan malam ini. Sudah puas pula fikirannya menerawang. Azreena sudahpun berbaring di atas katilnya. Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Matanya masih belum mahu lelap. Azreena memeriksa telefon bimbitnya. Mula-mula Facebook, Whatsapps,Twitter, Instagram...tiada yang menarik. Semuanya sudah dibacanya. Azreena meletakkan telefon bimbit di atas meja lampu setelah dia set kan alarm clocknya. Azreena terus berbaring memejamkan matanya. Tiba-tiba dia terdengar bunyi sms masuk. Segera Azreena mengambil telefon bimbitnya. SMS dari nombor yang tidak dikenalinya. Azreena memberanikan diri membaca sms itu.
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...