41

255 16 0
                                    

Nasi lemak telahpun siap dihidangkan di atas meja makan. Tugas seterusnya ialah membancuh air kopi dan milo sahaja. Setelah selesai, Azreena membawanya ke ruang makan.

"Selamat pagi Reena," tegur Datin Maznah yang berjalan menuju ke meja makan diiringi Dato' Nassier.

"Selamat pagi ibu, ayah. Silakan duduk," balas Azreena dengan senyuman manis.

"Dari atas lagi dah cium bau sedap. Rupanya Reena sediakan nasi lemak pagi ni ya." ujar Dato' Nassier. Lapar pula perutnya melihat kesedapan nasi lemak yang terhidang.

Azreena menyusun bahan-bahan nasi lemak iaitu nasi, sambal,telur,kacang, ikan bilis dan hirisan timun pada dua pinggan dan meletakkannya di hadapan Dato' Nassier dan Datin Maznah. Mereka mulai menikmatinya.

"Hmm...sedap," puji Datin Maznah. "Terima kasih sayang dah sediakan nasi lemak ini"

Setiap pagi Azreena akan menyediakan menu yang berlainan. Dia semakin mahir memasak dan menyediakan hidangan makanan. Sering kali pula masakannya mendapat pujian daripada Dato, Datin dan Shahrul sendiri. Tidak sia-sialah dia menjadi pembantu rumah di banglo itu. Menjadi 'Dapur Officer' memaksa Azreena untuk berusaha bersungguh-sungguh membuktikan kemampuannya memasak. Azreena menuangkan air kopi untuk Dato' Nassier dan air milo untuk Datin Maznah.

'Shah belum turun lagi Reena?"tanya Datin Maznah. Dia melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 7.10pagi. Selalunya pada waktu ini Shahrul sudah mengadap sarapan pagi.

"Tak nampak abang Shah turun lagi ibu," jawab Azreena. Dia ingin berlalu ke dapur namun arahan daripada Datin Maznah menghentikan langkahnya.

"Sayang, tolong naik ke atas dan ketuk pintu bilik Shah tu. Risau juga ibu bila dia lewat turun ni. Takut pula dia pengsan dalam bilik itu. Pergi tengok ya sayang," Nada suara Datin Maznah agak risau.

"Okey bu." Azreena mengangguk dan menurut arahan. Dia melangkah ke arah tangga. Dia naik perlahan-lahan menuju ke pintu bilik Shahrul.

"Maz, awak perasan tak sesuatu? Tanya Dato' Nassier selepas mata mengiringi langkah Azreena menuju ke arah tangga. Suaranya diperlahankan.

"Perasan apa bang?"

"Abang dapat lihat hubungan Reena dengan Shah agak renggang semenjak dua menjak ini. Selepas Shah bertunang."

"Ya kah bang"

"Ya lah. Abang perasan Reena tu cuba menjauhkan diri. Dia pun tak mesra macam dulu dengan Shah."

"Ya lah bang. Mungkin sebab Shah dah bertunang kot. Takpa lah. Tapi yang abang risau pulak ni kenapa?" soal Datin Maznah hairan. Dia memandang wajah suami ingin tahu.

"Ya lah, abang lelaki. Abang taulah. Shah tu memendam perasaan. Abang dapat rasakan kegelisahan dia bila Reena menjauhkan diri. Maz perhatikanlah."

"Hmm...nak buat macam manalah abang. Shah pun dah bertunang. Terima saja hakikat. Jom makan. Maz tidak ingin membicarakan topik ini. Perkara dah berlaku biarkan sajalah. Serah saja pada takdir" ujar Datin Maznah kemudian menyuap lagi nasi lemak ke mulutnya.

Azreena berdiri di hadapan pintu bilik Shahrul. Dia mengetuk daun pintu bilik Shahrul. Sesaat, dua saat, tiga saat, tiada respon. Azreena mengetuk lagi lebih kuat. Azreena cuba memulas tombol pintu tetapi berkunci dari dalam. Sekali lagi dia mengetuk dan kali lebih kuat lagi dari tadi. Azreena mengeluh. Kalau tiada respon juga dia akan turun saja. Dia menunggu seketika, senyap sunyi sahaja. Baru hendak melangkah pergi, tiba-tiba pintu bilik Shahrul dibuka perlahan. Azreena menoleh semula ke belakang. Dia terkejut melihat Shahrul yang masih memakai seluar boxer dan singlet. Segera dia menoleh ke arah lain. Rambut Shahrul pula masih kusut tanda baru bangun tidur. Shahrul mengosok matanya untuk melihat lebih jelas. Oh..Azreena rupanya. Tapi gadis itu memandang ke lain. Malulah tu.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now