Shahrul membelek helaian kertas dalam fail penting di atas mejanya. Setelah berpuas hati dengan kandungan kertas tersebut, barulah Shahrul menurunkan tandatangannya. Berada dalam bilik pejabatnya yang berhawa dingin itu melegakan Shahrul. Shahrul letih sebenarnya. Dia memicit-micit dahi untuk mengurangkan rasa letihnya. Pagi tadi selesai sahaja mesyuarat di Kuala Lumpur, dia terus bergegas ke KLIA. Dari Lapangan Terbang Kuching, dia terus ke pejabatnya. Roslan diarah untuk mengambilnya dari lapangan terbang. Roslan adalah pegawai Bahagian HR yang telah beberapa tahun berkhidmat di Mega Holding. Hubungan antara mereka rapat sejak Shahrul mula berkhidmat di syarikat tersebut. Shahrul lebih suka Roslan memanggilnya Shah sahaja.
Shahrul berasa lapar. Tengah hari tadi dia tidak sempat makan kerana mengejar masa. Patutlah kepala terasa pening. Orang tua kata kalau perut kosong badan cenderung masuk angin. Kepala akan rasa pening. Itu kata orang tua-tualah. Sejauh mana benarnya tidaklah pasti. Sarapan pagi tadi pun dia mengambil sedikit makanan sahaja. Hmm...perut sudah berkeroncong minta diisi. Shahrul melihat jam tangannya. Baru pukul 3.00 petang. Cun lah time minum petang.
Shahrul lantas menghubungi Roslan untuk mengajaknya minum petang. Mereka ke sebuah restoran yang berdekatan dengan Mega Holding sahaja. Di kawasan sekitarnya terdapat beberapa buah restoran dan kedai makan yang menyediakan hidangan Melayu yang sedap-sedap. Selain itu terdapat juga beberapa kedai makan Cina. Kawasan itu memang strategik dan menjadi tumpuan ramai.
Shahrul dan Roslan masuk ke Restoran Seri Indah dan mengambil tempat di salah sebuah meja kosong di tepi jendela. Tidak ramai pelanggan petang ini. Shahrul memesan mee goreng mamak dan kopi panas untuk mereka berdua. Mereka berbual sambil menikmati hidangan.
"Bagaimana kerja-kerja bahagian engkau? Okey kah Lan?", soal Shahrul. Dia ingin mengetahui perkembangan bahagian HR.
" Setakat ini semua okey. Staf kita mencukupi. Tak ada masalah. Semua berjalan lancar." Roslan memberi jaminan.
Shahrul mengangguk-angguk kepalanya berpuas hati. Menyentuh tentang Roslan, dia tu adalah duda anak dua. Isterinya meninggal dunia 5 tahun yang lalu. Arwah isteri Roslan itu seorang guru dan meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Kes langgar lari ketika arwah isterinya memandu sendirian ketika balik dari sekolah. Sejak itulah Roslan terus menduda sehingga sekarang. Dia belum berjumpa lagi penganti yang sesuai. Itulah kata Roslan kepada Shahrul.
" Apa pendapat kau tentang Marlia?" tanya Shahrul. Mee disuap ke dalam mulut.
" Kenapa dengan Marlia" Soal Roslan pula.
" Entahlah...dia tu prihatin melampau"
" Maksud Shah, dia gedik?" Roslan mengangkat kening.
" Lebih kurang gitulah" Shahrul gelak. " Kenapa kau tak cuba pikat dia" sambung Shahrul.
" Marlia tu minat pada Shah kan?"
"Mungkin. Tengok body language nya"
" Shah layan ke ?", Roslan mengukir senyum.
" Taklah"
" Shah tahu tak? Marlia tu punya selera yang tinggi. Lelaki macam Shah inilah yang menjadi idaman Marlia. Dia tu janda sebenarnya. Bercerai tiada anak"
" Tau...aku baca profil dia"
" Kau tak pernah cuba mengurat Marlia kah Lan?" Shahrul tersenyum simpul. Yalahkan.. dua-dua tidak berpunya, seorang duda seorang janda.
"Adalah..tapi dia tak pandang orang macam aku ni." Roslan mengeluh. Yalah walaupun jawatannya di syarikat itu taklah teruk sangat dan pegawai pula tu tapi si Marlia tidak menunjukkan minat.
"Mungkin engkau tak cukup usaha kot Lan" Shahrul ketawa.
" Dia tu memilih orangnya kau tau tak. Taste dia tu tinggi. Orang macam kau lah dia nak"
Setelah selesai makan, Shahrul berasa malas pula kembali ke pajabat. Dia menoleh jam dinding restoran tersebut. Jam 4.00 petang. Shahrul berasa tidak sihat badan dan sedikit pening. Lagi pula semasa ke restoran ini tadi mereka terkena tempias hujan. Shahrul juga berasa letih setelah bermesyuarat hampir sepanjang masa ketika di Kuala Lumpur. Shahrul meminta Roslan menghantarnya pulang.
Kereta Roslan memasuki perkarangan banglo mewah itu. Dari dalam kereta Shahrul melihat Azreena membawa hidangan ke pondok rehat di luar banglo. Hidangan itu diletak di atas meja. Dato' Nassier dan Datin Maznah juga ada bersama di situ. Shahrul tersenyum melihat gelagat mereka bertiga itu. Semakin mesra... Hatinya berbunga-bunga melihat gerak-geri Azreena...hmm rindu...
" Kenapa kau senyum sorang ni?" pertanyaan Roslan mengejutkan Shahrul. "Siapa perempuan tu Shah? Wahh...cantiknya...," puji Roslan .
Roslan terpegun melihat Azreena. Matanya terus memerhati gerak-geri gadis itu. Lembut dan bersopan-santun. Shahrul mulai rasa tidak enak...cemburu?
" Yang mana satu? Shahrul pura-pura tidak mengerti.
" Yang muda tu lah. Yang sorang tu kenal lah...ibu Shah...Yang bawa hidangan tu maksud aku," kata Roslan bersungguh-sungguh.
"Kenapa? Minat ke?
"Hmm...cantik" Roslan terus memandang.
Shahrul menjeling Roslan. Hatinya berdetak apabila Roslan memuji kecantikan Azreena. Timbul rasa cemburunya. Kenapa cemburu pula? Shahrul meraup wajahnya. Shahrul dan Roslan kemudian keluar dari kereta dan menuju ke arah pondok rehat itu. Shahrul mengajak Roslan minum petang bersama keluarganya. Setelah mengucapkan salam Shahrul dan Roslan mengambil tempat masing -masing. Azreen segera berdiri menuangkan air teh dan diletakkan di hadapan kedua-duanya.
"Silakan Roslan dan Shah" pelawa Datin Maznah. Pinggan berisi cucur pisang itu ditolak perlahan dekat dengan mereka.
Roslan mengambil seketul cucur pisang itu. Matanya kerap memandang Azreena. Gadis tu pulak tunduk malu.
" Siapa nama dia ni?' tanya Roslan tanpa selindung.
" Ohh ya.... lupa pula. Ni aku kenalkan. Lan, ini Azreena. Reena, ni abang kenalkan Encik Roslan, pegawai bahagian HR Mega Holding."
Azreena menyahut dengan anggukan Senyuman diberikan kepada Roslan membuatkan Roslan terpegun lagi. Azreena terpandang wajah Shahrul. Lelaki itu memberikan renungan tajam padanya. Macam nak telan orang je...
"Macam mana dengan kerja-kerja di pejabat? Okey? Soal Dato' Nassier pula.
"Okey Dato', tiada masalah."
"Baguslah kalau begitu. Kita inginkan Mega Holding bertambah maju." Dato Nassier memberi galakan.
"Dato' jangan risau.Saya akan sentiasa berkerjasama dengan Encik Shahrul untuk meningkatkan prestasi syarikat."
"Baguslah begitu Lan" Dato' Nassier berpuas hati dengan kata-kata Roslan. Selesai minum petang, Roslan minta meminta diri.
" Shah masuk dulu ayah, ibu, Reena...Shah rasa letih sangat ni. Tak sedap badan. Shahrul berdiri dan melangkah ke arah banglo.
" Rehatlah Shah...ibu dengan ayah pun pun nak masuk juga. Reena...terima kasih sayang , dah menyediakan cucur pisang yang sedap."Datin Maznah menghadiahkan senyuman kepada Azreena.
"Sama-sama Datin"
Tinggallah Azreena seorang diri dalam pondok rehat itu. Azreena menuang air teh dalam cawan yang masih kosong dan terus minum. Dicapainya pisang goreng lantas disuap ke dalam mulut. Hmm...boleh tahan juga cucur ini. Azreena mengikut resepi dari buku masakan yang dibawanya. Azreena senyum...Akhirnya, Azreena mengumpul cawan dan pinggan yang telah digunakan dalam besin. Dia kemudian masuk ke dalam banglo itu. Lepas ini Azreena perlu bersiap sedia pula untuk masak hidangan malam. Mak kiah tidak sihat hari ini. Dia telah pun diambil anak lelakinya untuk dibawa ke klinik. Oleh yang demikian kebanyakan kerja hari itu dilakukan oleh Azreena. Apa pun Azreena perlu membiasakan diri apabila Mak Kiah berhenti tidak lama lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/109583092-288-k79434.jpg)
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...