Azreena berjalan senyap-senyap ke luar pagar.Sampai sahaja di luar pagar, sebuah Mercerdes Bend hitam sudah sedia menunggunya. Azreena terus masuk ke dalam kenderaan itu dan Pak Mat terus memandu meninggalkan tempat itu.
"Selamat malam Cik Reena. Cik Reena apa khabar?" sapa Pak Mat. Dia memandang sekilas melalui cermin pandang belakang.
"Reena sihat saja Pak Mat" balas Azreena.
"Baiklah. Kita gerak ke satu tempat di mana Dato' dan Datin telah sedia menunggu."
"Ke mana Pak Mat? Soal Azreena.
"Nanti Cik Reena akan tahu juga. Tunggu kita sampai. Cik Reena rehatlah dulu. Mesti letihkan."
"Okey Pak Mat,"jawab Azreena. Dia menguap dan menutup mulutnya.
Azreena pun berasa agak letih dan mengantuk matanya. Dilihat jamnya dan sekarang hampir pukul 10 malam. Hmm, dari siang tadi banyak aktiviti yang dilakukan sehinggalah ke malam. Azreena menguap lagi beberapa kali. Akhirnya dia terlelap di kerusi belakang.
"Reena! Reena!"Pak Mat menggerak dan menyentuh perlahan bahu Azreena dengan menggunakan payung di tangannya.
Azreena terjaga mendengar suara panggilan Pak Mat. Rupa-rupanya mereka sudah tiba di hadapan sebuah restoran.
"Reena masuk ke dalam sana. Nanti ada pekerja yang akan menunjukkan tempat" kata Pak Mat. Dia kemudian berlalu untuk memparkirkan kereta itu.
Azreena berjalan ke arah pintu masuk restoran itu. Seorang petugas restoran segera membuka pintu kaca itu dengan senyuman yang manis dan menjemput Azreena masuk. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk Azreena dikejutkan dengan berkumandangnya lagu "Happy Birthday" untuknya. Azreena terpegun seketika sebelum dia dijemput mengikut petugas itu ke sebuah meja. Papa dan mamanya sudah sedia menunggu di situ. Azreena sangat teruja dan gembira sehingga mengalirkan air mata saat berjumpa mereka berdua. Dato' Nazaruddin dan Datin Juriah tersenyum gembira menyambut kedatangan puteri mereka yang dirindui. Azreena mengucup tangan dan terus memeluk mesra kedua-dua orang tuanya. Erat sekali pelukan kerana rasa rindu yang amat sangat. Dato' Nazaruddin dan Datin Juriah mengucapkan Selamat Ulangtahun Ke-22 kepada anak gadis mereka.
"Mari sayang,tiup lilin dulu dan buat wish ya," Datin Juriah memberikan ruang untuk Azreena.
Azreena meniup lilin dan kemudian memotong kek harijadinya. Papa dan mamanya masing-masing menyuap potongan kek ke mulut Azreena. Azreena juga menyuap kek ke mulut papa dan mamanya.
"Thank you papa mama. I love you so much." Azreena memeluk lagi papa dan mamanya.
"Rindunya mama dan papa dengan Reena. Reena Sihat?"tanya Datin Juriah. Datin Juriah memeluk lagi tubuh Azreena untuk melepaskan rindu.
"Reena okey mama" Azreena senang hati melihat papa dan mamanya. Nampaknya mereka berdua sihat saja. Papa tetap tampan dan mama tetap jelita seperti selalu.
"Anak papa sangat cantik malam ni. Reena seperti puteri raja." Dato Nazaruddin memuji anaknya.
Azreena tersenyum lebar mendengar kata-kata pujian papanya. Azreena bangga memiliki papa dan mama. Kemudian mereka menikmati hidangan di atas meja makan. Hidangan di atas meja itu sangat menyelerakan. Semuanya lauk-pauk kesukaan Azreena. Walaupun sudah makan dalam majlis pertunangan abang Shahrul tadi, Azreena tetap makan juga hidangan yang lazat di atas meja itu.
Mata Azreena melihat keliling restoran itu. Suasana dalam restoran itu begitu tenang, indah dan mewah. Namun hanya mereka bertiga sahaja berada di restoran tersebut. Tiada orang lain. Azreena jadi hairan.
"Papa, kenapa hanya kita saja di dalam restoran ni? Orang lain tak ada?" soal Azreena dengan nada yang manja.
Dato' Nazaruddin tersenyum memandang Azreena. Datin Juriah juga tersenyum sama. Puteri mereka ini kelihatan teruja dan manja. Suprise!
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...