47

231 9 4
                                    

Puan Sri Rokiah masih lagi berjauh hati dengan suaminya.Suasana di meja makan pagi itu sunyi sepi. Masing-masing sedang menikmati hidangan pagi yang disediakan oleh pembantu rumah. Sekali-sekala Puan Sri Rokiah menjeling ke arah Tan Sri Rahman namun lelaki itu selamba sahaja makan. Puan Sri Rokiah mengeluh sendiri.

Bunyi deringan telefon bimbit memecah keadaan sunyi yang dicipta sebentar tadi. Tan Sri Rahman terus mencapai telefon bimbitnya untuk melihat panggilan tersebut. Dahinya berkerut apabila mendapati panggilan tersebut daripada nombor Rozita. Tan Sri Rahman memandang wajah isterinya seketika dan terus menekan butang hijau. Dahi Tan Sri Rahman tambah berkerut apabila mendapati panggilan itu daripada nombor anaknya Rozita tetapi kenapa suara lelaki yang kedengaran di hujung talian?

"Hello, ini nombor telefon anak saya tetapi kenapa handphone dia ada pada awak?" soal Tan Sri Rahman kepada lelaki itu. Matanya memandang Puan Sri Rokiah yang kelihatan cemas. Tan Sri Rahman memberikan isyarat agar isterinya diam dan bersabar. Tan Sri Rahman menekan loud speaker telefon bimbitnya.

"Uncle, saya kawan Rozita. Saya call ni dari hospital. Saya harap uncle bertenang dan jangan panik okey. Begitu juga auntie. Sebenarnya Rozita telah dimasukkan ke ward semalam"terang lelaki itu. Suaranya bergetar sedikit kerana rasa gemuruh. Maklumlah ini pertama kali bercakap dengan bapa Rozita.

"Apa! Rozita di hospital? Apa yang berlaku? Siapa ni?" tanya Tan Sri Rahman bertalu-talu tanpa sedar suaranya semakin meninggi. Ini mencemaskan Puan Sri Rokiah yang duduk di sebelahnya.

Johari menerangkan keadaan Rozita yang masih belum sedarkan diri kepada Tan Sri Rahman. Pendarahan yang dialami oleh Rozita serius. Rozita ditahan di ward sejak malam tadi. Walaubagaimanapun Rozita berada dalam keadaan stabil. Suara Johari masih bergetar apabila bercakap dengan Tan Sri Rahman iaitu bapa kekasihnya. Demi rasa tanggungjawab pada kekasih hatinya, Johari berusaha menghubungi keluarga Rozita.

"Jadi dia masih tak sedarkan diri lagi? Tanya Tan Sri Rahman, masih tak puas hati.

"Setakat ini masih belum sedar lagi, tetapi tapi keadaan Rozita stabil dan terkawal. Rozi terpaksa menerima beberapa pain darah untuk menggantikan darahnya yang banyak hilang. Minta Tan Sri dan Puan Sri ke hospital. Nanti doktor akan menerangkan keadaan Rozita." pinta Johari. Dia memberi tahu tingkat dan nombor katil yang menempatkan Rozita.

"Baiklah, kita akan segera ke hospital. Terima kasih kerana telah menyelamatkan anak saya." Tan Sri Rahman lantas memutuskan talian. Wajah isterinya yang sedang bimbang dan cemas dipandang.

"Anak kita bang! Kenapa dengan anak kita? Puan Sri Rokiah mengoncang-goncang lengan suaminya. Dia masih belum jelas lagi apa yang yang berlaku kepada puteri kesayangannya.

"Lekas bersiap. Kita ke hospital sekarang." arah Tan Sri Rahman kepada isterinya.

***

Semua hidangan sudahpun tersedia di atas meja makan. Pagi ini, Azreena menyediakan laksa Sarawak dan roti kawin untuk sarapan pagi. Bau kuah laksa sangat menyelerakan dan mengisi ruang makan itu. Resipi Mak Pah lah katakan. Azreena tersenyum. Tidak sia-sia dia belajar memasak dengan Mak Pah.

"Selamat pagi Reena. Kenapa senyum sorang-sorang ni sayang?" tegur Datin Maznah yang tiba di meja makan beriringan dengan suaminya. Mereka mengambil tempat duduk masing-masing.

"Err...selamat pagi ibu, ayah. Sorry, tak perasan tadi. Sarapan dah siap. Sila makan." jemput Azreena. Dia gugup bila ditegur mengejut begitu.

Azreena menoleh ke arah tangga dan melihat Shahrul sedang menuruni anak tangga sambil membetul-betulkan tali lehernya. Nampak macam terkial-terkial sahaja.

"Morning semua. Sayang, tolong tengok tie abang okey tak? Cun tak?" tanya Shahrul selamba. Ditarik-tariknya lagi tali leher itu untuk membetulkan kedudukannya. Namun, bukan betulpun, tambah longgar lagi ada.

"Dah betul dah tadi. Kenapa abang tarik lagi? Dah longgar pula tu" tegur Azreena seraya menggelengkan kepalanya. Hairan dia dengan tingkah laku Shahrul. Sengajakah apa ini?

Dato Nassier dan Datin Maznah bertindak sebagai pemerhati sambil menikmati makanan mereka. Dato' Nassier senyum penuh makna manakala Datin Maznah menjuihkan bibir menjeling gelagat anak bujangnya itu. Mengada-ngada pula Shahrul pagi-pagi ini.

"Tolong aturkan sayang" pinta Shahrul bercekak pinggang. Dia senyum memandang wajah Azreena.

"Abang aturlah sendiri. Tu cermin. Boleh lihatkan." dalih Azreena. Mulutnya muncul menunjukkan cermin di dinding.

"Abang nak Reena betulkan. Cepatlah! Abang lapar ni", Shahrul mendesak setelah dilihatnya gadis itu serba salah. Mulalah merah muka tu kerana malu.

"Abang buat sendiri"

"Pleaselah sayang" rayu Shahrul mengecilkan matanya. Senyum memandang mata Azreena.

"Abang ni sengaja kan?"

"Sengaja apa sayang?" usik Shahrul. Dia masih bercekak pinggang.

Azreena menelan air liur. Bibir bawahnya digigit menahan rasa. Debaran di dada usah dikata memang dap dup dap dup. Azreena menoleh ke arah Dato' Nassier yang sedang tersengih memerhati gelagat mereka berdua. Pandangan Azreena diarah kepada Datin Maznah, namun wanita itu sedang menyuap laksanya.

"Betulkanlah tali leher Shah tu Reena. Kesian tengok budak kecik ni tak pandai lagi pakai tali leher", Dato' Nassier menyindir Shahrul dengan senyuman sinis. Bukannya dia tidak tahu yang Shahrul sengaja menyakat Azreena.Hmm...

Azreena memandang wajah Shahrul dengan perasaan geram bercampur malu. Lelaki ini memang degil. Degil-degil pun romantik. Hmm..

"Yalah, yalah. Tunduk sikit." Mahu tak mahu Azreena terpaksa menurut kehendak lelaki di hadapannya itu. Bau wangi perfume yang dipakai oleh Shahrul menusuk hidungnya. Azreena menahan nafas dan cepat-cepat memperkemaskan tali leher Shahrul. Selesai sahaja, cepat-cepat dia berundur selangkah ke belakang.

"Dah. Sekarang makan." arah Azreena. Dia menarik kerusi agar Shahrul duduk.

"Thanks sayang. Jom makan sekali. Laksa Sarawak ni tentu sedap" Shahrul teruja memandang wajah ayah dan ibunya. Nampaknya mereka berselera benar menikmati laksa Sarawak ini.

"Bukan main lagi Shah ni kan? Buat drama pagi-pagi ni. Tak habis-habis nak mengusik si Reena ni,"tegur Datin Maznah yang sudah selesai menikmati hidangannya.

"Saja bu. Biar ceria sikit pagi ni."usik Shahrul mengenyitkan mata pada Azreena. Gadis itu menjegilkan matanya kemudian menunduk. Shahrul tergelak.

Kadang-kadang Datin Maznah geram juga melihat telatah anak bujangnya itu. Selamba sahaja mengusik orang. Yang selalu menjadi mangsa ialah Azreena. Kesian gadis itu. Pernah dia berbincang dengan suaminya tentang sikap Shahrul ini. Suaminya tidak kisah sangat. Bukannya mereka tidak sedar kemesraan yang ditunjukkan oleh Shahrul terhadap Azreena. Mereka suami isteri sedar Shahrul menaruh minat pada gadis yang serba boleh itu. Tingkah laku dan tutur kata Shahrul dapat dibaca mata tua mereka. Mereka sendiripun mudah mesra dengan Azreena kerana Azreena pandai menyesuaikan diri dalam keluarga mereka. Datin Maznah tidak dapat membayangkan kalau suatu hari nanti gadis itu berhenti kerja atau tidak lagi bersama mereka.

"Ingat sikit, Shah tu tunang orang. Kena jaga kelakuan sikit" Datin Maznah memberi peringatan. Dia tahu Shahrul tidak suka bila soal tunang disentuh. Namun sebagai ibu, dia rasa wajib menegur Shahrul. Walaubagaimanapun setakat ini Shahrul dilihat dapat mengawal dirinya.

"Macam mana tunang Shah? Ayah tak dengarpun berita tentang dia?"tanya Dato' Nassier pula.

"Shah rasa dia okey je. Dia selalu sibuk. Jarang call Shah."jawab Shahrul perlahan.

"Kena ambil berat tentang tunang Shah juga. Tak lama lagi dia bakal jadi isteri Shah" ujar Datin Maznah. Dia dapat melihat perubahan pada wajah Shahrul bila disebut pasal Rozita. Bila dipandang ke arah Azreena gadis itu hanya menunduk menguis-nguis laksa Sarawak di mangkuknya. Datin Maznah mengeluh perlahan.

"Okey, Shah pergi dulu. Nanti kita sembang lagi. Dah lambat ini. Bye." Shahrul segera berdiri dan melangkah ke muka pintu.

"Nak mengelaklah tu" Datin Maznah mengeluh lagi. Dato' Nassier hanya tersenyum. Sebenarnya ada sesuatu yang Datin Maznah hendak beritahu pada Shahrul. Tetapi tidak mengapalah. Malam nantipun boleh.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now