Suasana yang sedikit mendung dan berangin menjadikan petang itu berasa nyaman. Segar rasanya berada di luar banglo dalam keadaan cuaca yang begitu. Azreena tekun mencabut rumput yang tumbuh sedikit dalam pasu-pasu pokok bunga ros. Azreena mencabut rumput dengan tangan nya yang bersarung sambil menyanyi kecil. Sekali sekala dia menoleh ke arah Datin Maznah yang sibuk mengunting ranting-ranting pokok ros yang telah panjang atau mati. Terdapat pelbagai jenis bunga ros yang ditanam oleh Datin Maznah. Menurut Datin Maznah, menanam pokok-pokok bunga ros telah menjadi hobinya sejak sekian lama. Satu bahagian ruang di halaman banglo memang dikhaskan untuk menempatkan pasu-pasu bunga ros. Pasu-pasu pokok ros itu disusun atas rak yang bertingkat dan nampak kemas. Bunga-bunga ros yang pelbagai warna menceriakan kawasan halaman banglo mewah itu. Sebuah pondok juga dibina berhampiran untuk tempat berehat. Sambil duduk-duduk sambil menikmati pemandangan yang indah.
"Dah siap cabut rumput tu Reena?" suara Datin Maznah menyedarkan Azreena dari lamunannya. " Reena terkejut? Pikir apa tu?" tanya Datin Maznah tersenyum.
"Err..tak ada lah Datin. Melamun sikit je. Terpesona dengan bunga-bunga ros ni. Geram tengok. Bunga-bunga ini begitu subur dan bunganya juga besar kan Datin. Tinggal beberapa pasu lagi untuk dibersihkan" komen Azreena.
"Ya, selalu nya kita ambil saja bunga-bunga ros dari sini untuk perhiasan rumah."
Datin dapat merasakan dia semakin senang dan semakin menyayangi gadis di hadapannya. Azreena bukan sahaja pandai masak tetapi cekap juga menjalankan kerja-kerja rumah. Tidak sia-sia dia menerima Azteena bekerja di banglo itu walaupun dia rasa ragu-ragu pada mulanya. Wajah Azreena mengingatkannya pada seseorang yang dia sayang. Air matanya bergenang.
Selain daripada mencabut rumput-rumput halus, Azreena juga mengembur-gembur tanah dalam pasu supaya tidak keras. Tanah itu dibasahkan dengan percikan air agar sedikit lembap. Azreena juga menabur sedikit baja keliling pokok agar mengeluarkan lebih banyak bunga.
"Reena, saya dah siap potong ranting ni. Reena teruskan kerja ya. Saya nak ke dalam dulu."
"Baik Datin. Nanti Reena bawa peralatan ni semua." Reena melihat jam nya. Sudah pukul 4.30 petang. Setengah jam lagi dia akan berhenti kerana perlu menyediakan minuman petang.
Sambil tangannya ligat mengembur-gembur tanah dalam pasu, fikiran Azreena melayang mengingatkan peristiwa malam tadi. Emm...abang Shahrul demam semalam. Senyum sendiri Azreena mengingatkan tindakannya semalam. Manja juga lelaki itu kalau sakit kan? Makanpun minta disuap. Apapun Azreena dengan senang hati menyuap bubur ke mulut Shahrul. Bukannya Azreena tidak perasan Shahrul merenungnya. Dia perasan renungan bermakna itu. Azreena sedaya upaya berlagak tenang sedangkan jantungnya mengepam laju.
Pagi tadi awal-awal lagi Shahrul sudah turun ke pejabat. Dia bersarapan seawal jam 6.30pagi. Azreena menyediakan mihun goreng dan kopi O. Laju sahaja Shahrul makan. Agaknya lapar kot sebab malam tadi hanya makan bubur sahaja. Setelah mengucapkan terima kasih Shahrul segera ke pejabat. Azreena jadi hairan. Apapun, syukurlah Abang Shahrul nampak sihat. Setelah Shahrul keluar barulah kelihatan Dato Nassier dan Datin Maznah turun ke meja makan. Azreena terus tersenyum. Tangannya ligat bekerja.
"Kenapa senyum-senyum seorang ni?" satu suara menegur.
" Oh mak!" Azreena melatah. Tiba-tiba saja ada suara menegur. Segera dia memusingkan badan dan terus berdiri. Mulut Azreena ternganga melihat empunya suara tersenyum lebar. Aduh...cairnya hati...
"Hello sayang, kenapa dari jauh abang lihat senyum sorang-sorang ni?" Shahrul gelak melihat reaksi Azreena. Tangannya digerakkan ke kiri kanan wajah Azreena. Kemudian Shahrul memuncungkan mulutnya menghembuskan nafas perlahan ke wajah Azreena yang masih terpana.
Azreena tersentak dengan tindakan Shahrul itu. Merona merah wajah nya. Kantoi! Azreena senyum untuk menutup rasa hatinya. Lagi-lagi jantungnya berdegup kencang.
"Awal abang balik?" tanya Azreena. Dia mencangkung semula meneruskan kerja sebentar tadi. Tiada jawapan.
"Awal abang balik? Abang dah rasa sihat ke? Tanya Azreena lagi apabila mendapati Shahrul masih senyap.
"Khas buat Reena"Shahrul menghulur setangkai ros putih.
"Untuk Reena?" Azreena ternganga tidak percaya. Areena menyambut bunga tersebut lalu diciumnya.
"Ya, khas untuk Reena. Ikhlas dari hati abang" balas Shahrul merenung wajah cantik di hadapannya itu.
"Emm. Terima kasih abang. Berani abang ambik bunga ros Datin ni. Nanti Datin marah baru tau."
"Hmm...ibu tak akan marah punya..."
"Thanks abang"
"Terima kasih sebab layan abang semalam"
"Layan?" Azreena membesarkan matanya.
"Maksud abang. Reena jaga masa abang demam malam tadi. Abang sangat menghargainya. Terima kasih sebab letak tuala atas dahi abang" ujar Shahrul senyum. Aduh! Handsomenya!
"Macam mana abang tahu Reena yang letak tuala tu? Abang kan tak sedar."
"Abang tahu sebab abang rasa jari-jari yang menyentuh dahi abang tu halus dan lembut".
"Oh..Abang sedar rupanya."Sekali lagi wajah Azreena merona merah. Malu..
" Abang suka tengok wajah Reena macam ni. So sweet" puji Shahrul.
Azreena rasa tidak keruan mendengar pujian Shahrul. Mukanya terasa tebal berinci-inci. Rupanya Shahrul ini romantik orangnya. Senyumannya mengetarkan jiwa. Hmm...untunglah gadis yang memilikinya.
"Again...thank you. You are so nice. I wish...," Shahrul tidak meneruskan kata-katanya.
"Abang wish apa? Azreena merenung mata Shahrul.
" Err..tak ada apa-apa," balas Shahrul. Ada sesuatu dalam hatinya. Tetapi dia tidak boleh meluahkannya .Shahrul mengeluh.
Akhirnya Azreena menyelesaikan tugasnya. Dia mengumpul segala peralatan yang telah digunakan dan memasukkannya dalam baldi.
"Abang, kerja Reena dah selesai. Jom, masuk rumah..atau abang masih mahu di sini. Reena jalan dulu ya"
"Eh, tunggulah...kita masuk sama. Mari abang bawa baldi tu." Shahrul segera mengambil baldi dari tangan Azreena. Mereka berjalan beriringan menuju banglo.
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...