BISIK

1.1K 26 1
                                    

Sunyi sepi menghiasi kerjanya malam itu,hanya bunyi petikan-petikan dari papan kuncinya sahaja yang berlagu. Matanya ralit memerhati skrin komputer tanpa pedulikan kawasan yang semakin sunyi itu. Sesekali dia berhenti lalu meneguk kopi O yang di bancuhnya sebentar tadi. Tidak dapat di lengahkan lagi kali ini harus di siapkan secepat mungkin dan mesti di serahkan pagi esok juga.

"Yes! Alhamdulillah..siap juga!" tangannya di julang tinggi sambil bersorak gembira. Air kopi yang berbaki di hirup hingga habis dan dia melangkah ke pantry untuk mencuci gelasnya.

"Eh,tak balik lagi?" dia terkejut melihat salah seorang rakan kerjanya yang sedang membancuh kopi di pantry. Sungguh dia tidak sedar langsung kehadiran rakan kerjanya itu.

"Aku malas nak balik awallah..macam kau tak tahu orang di rumah aku tu." Akmal menarik kerusi lalu menghirup kopinya.

"Tapi tak baik juga kalau kau selalu macam ni..nanti dia fikir apa pula.." Najiha menyusun gelas dan memerhati seketika wajah rakan sekerjanya itu.

"Emm,aku balik dululah. Kerja aku dah siap. Nanti kalau kau keluar kunci jangan lupa bagi pada Kunan. Dia yang jaga malam ni." Beritahu Najiha dan segera berlalu pergi. Akmal mengangguk cuma. Hatinya berusaha memujuk diri agar segera pulang ke rumah,tapi dia tetap degil di situ. Rumahnya sudah tidak seperti dahulu lagi. Setiap hari ada saja benda yang tak kena yang membuahkan pergaduhan antara dia dan isterinya. Kadang – kala sarapan paginya adalah hamburan marah dari Laila yang tersimpan semalaman. Dia mengeluh berat. Dan yang paling memeningkan kepalanya kini ialah kehadiran adik iparnya yang menumpang di rumah mereka tanpa meminta izin darinya terlebih dahulu. Sudahlah di tendang dari universitinya,sekarang menghabiskan beras pula di rumah mereka. Langsung tidak membantu,melawan lagi adalah. Ibu mertuanya pula? Ahhh,lepas satu..satu yang menerjah otak. Sakit kepalanya.

Bersama satu keluhan berat dia melangkah keluar dari tempat kerjanya. Kunan yang asyik dengan talifon di tangan terkejut bila di suakan segugus kunci di hadapan wajahnya.

"Banyak kerja malam ni,bos?" sapa Kunan sambil menyimpan kunci. Akmal hanya mengangguk bersama senyuman nipis. Tiada rasa ingin bersembang mala mini. Fikirannya runsing.

"Aku balik dulu,Kunan. Jangan lupa kunci pintu tu. Assalamualaikum!." Akmal mengangkat tapak tangan dan segera menuju ke keretanya.

Kunan hanya memerhati hinggalah hilang bayang kereta Vios milik Akmal. Dia menggeleng kepala,ada sesuatu yang ingin di suarakan pada Akmal tapi tidak terluah. Mungkin masanya belum sesuai. Allah maha mengetahui.

XOXOXOXOXOXOXOXO

Sebaik sahaja pintu rumah terbuka dia di sajikan dengan tatapan dari adik iparnya yang sedang merokok di hadapan tv. Cepat-cepat adik iparnya menenyeh rokok ke dalam tin cola dan tersengeh-sengeh ke arahnya.

"Sorry,bang. Saya ingat abang tak balik tadi."

"Kalau aku tak balik pun kau tetap tak boleh merokok dalam rumah ni. Itu peraturannya." Akmal membuka pintu luas-luas dan menutup penghawa dingin.

"Bukan ada budak pun dalam rumah ni..rilexlah,bang.." jawab adik iparnya.

"Tak ada budak pun tetap tak boleh juga. Kakak kau tu kan ada semput.. agak-agak la sikit.." Akmal menjeling geram tubuh yang sedang membelakanginya itu. Ingin saja di libas dengan helmet kepala itu,tapi imannya masih lagi utuh melarang dari mengikut rasa amarahnya.

"Abang,esok mak nak datang. Orang ingat nak ikut mak balik kampunglah. Duduk sini pun bukan ada buat apa-apa. Bosan."

"baguslah tu ,Ris..kau patut balik kampung tolong abah jaga kandang ayam dia tu. Dah lah kau sorang je anak lelaki yang dia ada." Akmal menyusun sofa yang berterabur di lantai. Di tepuk-tepuk lalu di susun kemas. Haris mengangguk setuju.

"Tapi..abang macam tak tahu mak tu..dia takkan bagi punya orang balik kampung. Esok abang tolonglah pujuk mak,ye. Boleh?" Haris tersengeh lagi. Akmal yang rancak mengemas terhenti tangannya.

"Hmmmh...tengoklah dulu esok. Abang ada kerja awal pagi esok. Mak datang pukul berapa?" soalnya.

"Dalam tengahari mungkin. Dia mesti singgah pasar dulu...selalunya lah..."jawab Haris.

"Kau tak cari kerjakah?" soal Akmal.

"Sudah cari..hari ni dan banyak tempat saya pergi..kedai mamak pun saya masuk. Semua cakap nanti diorang call. Entah bila la nak callnya. Masuk hari ni dan dua puluh tempat dah saya pergi. Duit pula makin nipis ni. Aduhh,sudahlah mak nak datang esok. Macam-macam betullah.." Haris mengurut dahi dengan kasar.

"cubalah cari dulu..kadang-kadang yang terbaik tu lambat nak datang." Nasihat Akmal. Haris mengangguk lemah.

"Saya minta maaf,bang. Saya dah banyak menyusahkan abang dan kakak selama enam bulan ni. Makan free, semuanya free. Malu saya,bang. Tapi tu lah..saya dah usaha sebaik mungkin tetap juga tak ada kerja yang melekat dengan saya. Penat saya,bang." Akmal semakin pelik dengan keadaan Haris malam ini. Terlebih jiwang pula Haris malam ni. Apa dah nak matikah budak ni? Ke baru tengok orang mati hari ni?

"Emm..nanti dah dapat kerja pandai-pandai simpan duit.. jangan nak berhabis dengan perempuan. Aku nak mandi dulu." Akmal masuk ke bilik tidurnya,malas pula mahu berborak lama dengan Haris malam ni. Bukan dia tak tahu taktik Haris itu,baik ada makna. Lebih baik cepat cabut sebelum dia mengusulkan tajuk utamanya nanti.

"banyak kerja sangat ke sampai tiap malam balik pukul sepuluh pukul sebelas?" Laila yang sedang mengiring tubuh mula duduk memandang suaminya.

"Ya..projek dekat Gopeng tak siap lagi..terpaksa siapkan cepat sebab dah sampai deadline dia." Jawap Akmal.

"Mak nak datang esok." Laila menarik talifon bimbitnya dari bawah tilam. Ada nada malas dalam suaranya.

"tahu..ada Haris bagitahu tadi."

"baguslah.. esok awak beri duit sikit pada Haris,saya tak mahu mak tengok muka saya macam saya ni tak pandai jaga adik pula."

"eh,kenapa pula cakap macam tu.." akmal terkejut.

"ye lah..kan dia duduk dengan kita..kita lah yang kena jaga dia.." Laila menjeling tubuh suaminya yang sedang terbongkok-bongkok mengutip kain baju di atas lantai. Semuanya di masukkan ke dalam bakul.

" dia tak perlu di jaga pun..dah dua puluh satu dan umur dia. Bukan belasan tahun lagi dah, sepatutnya dah pandai fikir dah apa yang betul apa yang tak betul. Saya takkan bagi duit pada dia esok. Kalau awak nak bagi awak guna duit awak. Saya tak benarkan guna duit saya." Selesai menoktah kata dia menutup pintu tandas dengan pantas. Malas mahu mendengar balasan dari Laila.

"kedekut! Macam boleh bawa mati duit awak tu!" hambur Laila di hadapan pintu tandas.

" nak mati pun guna duit cik kak oi..tak adanya orang nak bagi kain kafan percuma sekarang ni!." Balas Akmal kembali.

Laila menghempas punggung ke katil. Nafasnya tercungap-cungap menahan geram.

XOXOXOXOX..XOXOXOXO

Haris yang sedang memasang telinga di hadapan pintu mengepal penumbuk. Nampaknya dia takkan dapat apa yang dia mahukan esok hari. Terpaksalah dia menebal muka meminta pada ibunya esok. Bersedialah untuk mendengar ceramah setebal dua buah buku esok hari.

"BISIK"Where stories live. Discover now