Panggilan talifon dari tadi tidak putus-putus. Azri sudah naik geram menunggu dihadapan pagar. Sahabat yang bernama Syauqi masih belum muncul juga. Sesekali dia melihat jam di tangan.
"Ri,aku rasa aku dah dipesong ni. Dari tadi dok bulatan ni ja tak keluar-keluar ni." Beritahu Syauqi dalam talian.
"Kau berhenti dulu kat tepi. Tunggu dalam lima minit baca apa yang patut. Kalau kau rasa ada bayang-bayang kat salah satu jalan kau masuk jalan tu." Beritahu Azri. Ini adalah ikhtiar darinya. Syauqi menurut.
Tidak lama berdiam diri dia sudahpun melihat kelibat hitam melalui cermin sisinya. Laju dia memutar stereng dan terus memasuki jalan tersebut. Keretanya di hon kuat. Syauqi berhenti ke bahu jalan dengan pantas. Sebuah lori melintas sambil pemandu melayangkan buku limanya.
"Tak guna punya setan. Kau tunggu lepas ni." Kata Syauqi lalu meneruskan perjalanannya.
🕸️🕸️🕸️
"Nyaris nak mati aku cari rumah ni." Katanya sambil menutup pintu kereta. Azri dan Akmal terkejut.
"Kenapa weh?"
"Dia nak bunuh aku dengan lori. Gilalah benda ni...ni memang dendam sungguh ni."Syauqi memerhati rumah Akmal dengan teliti. Matanya berkalih pula ke arah pagar rumah. Bibirnya terkumat-kamit lalu menghembus kuat.
"Fuh!!" Kain selempang hijau di bahu di libas ke tanah.
"Siapa hantar kau?!" Laung Syauqi.
Akmal dan Azri mengucap melihat seekor beruk besar sedang merengus garang di luar pagar. Bergerak ke kiri ke kanan seperti ingin menerkam.
"Masuk. Isteri kau tak sedar diri dalam tu." Arah Syauqi. Akmal berlari anak masuk ke dalam rumah.
"Pergi teman abang kau tu. Biar aku uruskan sini." Syauqi melangkah keluar pagar. Dia perlu selesaikan di luar ini dahulu.
Dari luar rumah terdengar bunyi tumbukan dan jeritan dari pertarungan Syauqi bersama "beruk besar" tadi. Sesekali terdengar Syauqi menyebut Allahu Akhbar sambil melepas buah silat.
"Ri,kau sediakan air untuk Syauqi jap. Teruk tu." Kata Akmal tiba-tiba.
"Tapi dia tak bagi aku keluar. Semua tunggu dalam rumah." Jawab Azri.
"Tunggu dia selesailah kau pun...nak hulur time orang bergaduh makan penyepak la kau. Apalah.." Akmal menggeleng kepala. Lurus juga adiknya ini.
"Air masak je lah...aku ambil untuk Akak sekali." Azri berlalu ke dapur.
Akmal masih lagi menilik melalui tingkap pertarungan di luar. Dari pandangan mata pemuda bernama Syauqi ini kelihatan seperti budak kampung sahaja,tapi tiada siapa tahu kerja sebenarnya. Akmal juga terperanjat mendengarnya. Bukan calang-calang orangnya. Hanya yang terpilih saja yang boleh jadi pemandu Raja kita.
"Fuh...nasib baik..." Akmal mengurut dada. Syauqi melambung ke udara dengan dua kali lipat lalu menujah makhluk tadi hingga ke tanah. Keris di tangan di tusuk pantas ke dada si "kera besar" lalu segera mematikannya. Syauqi berdiri tegak membaca beberapa potong ayat lalu dihembus pada makhluk tadi. Ianya perlahan-lahan terbakar dan hangus begitu sahaja. Selang beberapa minit Syauqi bergerak ke tepi pagar. Mengorek tanah menggunakan Kerisnya. Dia menarik sesuatu keluar dari dalam tanah lalu di bawa kepada Akmal.
"Ini benda yang di tanam di tepi rumah kau. Tujuannya nak bagi porak peranda hidup kau dengan bini kau. Beruk tadi tu penjaga dia. Ini,aku tawarkan sebentar lagi. Mana isteri kau?" Soal Syauqi.
"Ada kat dalam ..eh?" Akmal tercari-cari.
"Dia di atas." Kata Syauqi. Akmal hairan.
"Azri! Kau bawakan aku bawang putih tiga ulas." Syauqi melangkah ke tangga bersama Akmal.

ANDA SEDANG MEMBACA
"BISIK"
ParanormaalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.