Sebuah kereta dipandu perlahan di hadapan sebuah hospital. Ianya membelok menuju ke bangunan yang tertulis Wad bersalin. Lama keretanya di parking tanpa dimatikan enjinnya di hadapan bangunan itu. Setelah sejam kelihatan Fauzi berlari-lari anak masuk ke dalam keretanya dan terus memecut laju. Beberapa orang pengawal keselamatan di lihat cuba mengejar namun tidak berjaya.
Kecoh malam itu serangan terhadap seorang wanita yang sedang menunggu masa untuk bersalin. Seorang lelaki menyelinap masuk ke dalam bilik bersalin dan menolak seorang wanita jatuh dari katil. Apa yang paling menakutkan ialah lelaki tadi mengelap darah yang penuh di lantai dengan bajunya dan memasukkan ke dalam plastik. Dia menyeringai melihat wanita yang terdiam kaku di hadapannya.
"Terima kasih ya..hehehe" kata Fauzi.
Setelah beberapa detik wanita tadi seperti baru tersedar dan terus meraung meminta bantuan. Rakaman cctv tersebar luas.
Azri terdiam memerhati rakaman yang dihantar padanya. Dia kenal kereta itu. Dia kenal bentuk badan itu,dia kenal walaupun dari belakang siapa orang itu. Tapi dia memilih untuk mendiamkan diri dahulu. Dia perlu memberitahu pada Akmal tentang ini. Fikirannya dapat meneka apa yang akan berlaku selepas ini. Nombor talifon Syauqi di dail dan dia melangkah keluar dari biliknya.
"Aku ada nak minta tolong sikit ni."katanya. Syauqi mengiakan.
"Jumpa kat rumah ayah aku malam ni. Kami semua ada kat kampung malam ni." Panggilan dimatikan. Dia tahu dia perlu lakukan sesuatu.
🏵️🏵️🏵️
"Mak rasa tak sedap hati lah,Mimi. Macam ada benda tak baik nak jadi." Adu Masnah selesai solat margrib bersama Mimi.
"Mimi pun rasa pelik juga mak. Teringatkan abang dari pagi tadi lagi. Entah apa yang abang buat kat sana."
"Mak harap abang kau berubah,Mimi. Tak sanggup mak nak tahan malu dengan perangai dia tu lagi."
"Mak taknak call abang ke?tanya khabar dia?" Mimi tunduk tidak berani menatap pandangan ibunya.
"Sudahlah,mak nak makan. Buang masa cakap hal abang kau. Bukan dia ingat kita pun." Cepat-cepat Masnah bangun membuka telekungnya dan melangkah ke dapur. Mimi menyeka air mata yang mulai turun ke pipi. Sedih hatinya bila terkenang arwah ayahnya yang selalu bertanyakan Fauzi. Setiap kali hari lahir Fauzi ayahnya akan memberi sedekah pada masjid dan surau.
"Supaya semakin berkat hidup abang kau.."kata arwah ayah. Tapi abangnya? Sedikit pun tiada bertanya khabar. Kadang-kadang dia jadi benci pada Fauzi. Kenapa begitu tega membiarkan arwah ayah dalam kerinduan? Tidak ada sekelumit kah rasa rindu abang untuk ayah,untuk mak? Jahatnya Abang tak pedulikan mereka.
"Mimi...mari makan."panggilan dari ibunya menyentak lamunan sedih dari terus berpanjangan. Dia bergegas melipat telekung dan turun ke dapur.
🏵️🏵️🏵️
"Ni kawan saya yang buat rawatan islam tu,Ayah. Anak Ustaz Deris Arito tu la.."kata Azri. Ramli terangguk-angguk mengerti.
"Ayah kamu apa khabar sekarang? Sihat?" Tanya Ramli. Syauqi tersenyum.
"Sihat Alhamdulillah.. sekarang tengah sibuk uruskan hal adik nak kahwin di sana." Jawab Syauqi.
"Lama betul ayah kau balik sana. Tak nak balik sini semula ka?" Tanya Ramli lagi.
"Itu lah pakcik...mak pun dah bising. Adat lah ada dua bini..nak buat macam mana..hehehehe...."Syauqi tersengeh-sengeh.
"Nanti kirim salam kat ayah,ya. Ni Azri kau tak hidang apa-apa ke kat Syauqi ni?" Azri yang sibuk dengan talifon menggeleng kepala.
"Dia tak cakap nak minum apa." Jawab Azri selamba. Ramli hanya mampu menggeleng kepala mendengar jawapan anaknya.
"Ani,buatlah apa-apa yang sedap dekat dapur tu." Mahani mengangguk sambil tersenyum pada Syauqi.
Di dalam bilik,Laila terbaring lemah diserang demam. Akmal setia di sisi menjaganya. Baru tadi semangkuk bubur ditolak oleh Laila. Seleranya cukup pada suapan ke tiga saja. Selebihnya dia menggeleng.
"Saya rasa pening,Bang." Adu Laila. Akmal cepat-cepat duduk di sisi Laila dan mengurut kepalanya. Ada air mata yang mengalir saat Laila memejamkan mata.
🏵️🏵️🏵️
Baju yang basah dengan darah di salai di atas unggun api. Fauzi tersenyum seorang diri di belakang rumah. Bau hanyir kuat menusuk hidung,beberapa ekor anjing mula melolong panjang. Fauzi segera masuk ke dalam rumah mengeluarkan semua peralatan yang diperlukannya. Tak lupa juga "talam sembahannya" yang dibawa balik dari Johor. Baju yang sedikit kering di letak di atas "talam sembahan" lalu di letak dihadapannya. Dia menghiris hujung jari kelingkingnya dengan pisau lalu di titis di atas baju tadi sambil mengulang-ngulang bacaan menteranya. Kali ini dia berhabis-habisan. Biar semua tamat malam ini.
Dari dalam samar cahaya dia melihat "suruhannya" merangkak datang. Fauzi tersenyum bangga.
"Lagi hebat sembahan yang kau beri,lagi kuat lagi besar kau dapat!"
Kata-kata Wadi terngiang-ngiang di telinga. Fauzi tersenyum gembira.
"Bagus! Yang macam ni lah yang aku mahu..hahahahahahah....hahahahhah...habis kau Akmal..mampos kau!" Fauzi ketawa berdekah.

ANDA SEDANG MEMBACA
"BISIK"
МистикаBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.