Setelah segalanya diceritakan pada Syauqi,dia bersetuju untuk datang ke rumah Fauzi bersama Idris. Hari Jumaat, setelah selesai bersolat jumaat di masjid kampung itu Syauqi dan Idris terus ke rumah Fauzi.
"Tak ada yang pelik pun."kata Syauqi pada Idris. Lelaki itu mengangguk sambil memerhati sekitar kawasan rumah.
Mimi dan ibunya keluar menyambut Syauqi dan Idris dengan mesra. Dhani dan Awira pula baru sahaja masuk ke kawasan rumah. Mereka berdua lebih selesa berjalan kaki beramai-ramai dengan budak-budak kampung. Banyak cerita yang mereka dengar. Semuanya mencuit hati.
"Korang melencong ke mana tadi?" Tanya Syauqi.
"Alah..budak-budak ajak ikut jalan rahsia katanya. Masuk sampai ke dalam kebun getah rahsianya tu. Hahhaha..." Awira menjawab sambil ketawa terbahak.
"Budak-budak tu la..ajak lalu tepi sawah la..masuk kebun getah la..tak memasal kena pacat kaki aku tadi. Ish,tapi budak sini memang power la...dia ambil daun apa entah digosok-gosok sampai keluar air hijau tu titis dekat pacat terus menyembur darah weh."
"Daun kapal terbang kot."kata Syauqi.
"Yeke? Lain lah...lain budak tu sebut tadi. Nanti aku tanya makcik. Aku nak masuk mandi dulu. Miang badan aku ni." Dhani terus masuk ke dalam rumah. Syauqi dan Idris mengambil tempat di pangkin bawah pokok. Angin petang datang menyapa mesra.
"Best duduk kampung. Tak payah nak susah hati fikir macam-macam."kata Idris.
"Ayah tak balik kampung ayah ke?" Tanya Awira.
"Ayah ingat pencen nanti nak balik duduk kampunglah. Rumah dekat kampung pun dah di baiki siap dah."kata Idris.
"Best tu..dah la rumah dekat sungai. Tiap hari boleh pergi main sungai. Memukat ikan..malam hari panggang ikan pulak. Fuhhh bestnya..."Awira tersenyum-senyum dengan bayangan di kepalanya.
Idris dan Syauqi tersenyum mendengar. Mereka pun pernah berangan begitu juga dahulu. Tapi buat masa sekarang kerja lebih penting bagi mereka. Agak lama mereka bersembang bersama Mimi dan ibu Fauzi hingga habis dua pinggan goreng pisang yang Mimi buatkan untuk mereka. Mereka akhirnya meminta diri untuk ke masjid menunaikan solat asar pula.
"Makcik,kami datang balik lepas margrib nanti ya. Sebelum tu saya nak makcik sediakan garam kasar dua mangkuk dan lada hitam tiga genggam. Habis solat asar makcik letak depan makcik garam dengan lada ni kemudian bacakan surah Al- Fatihah tujuh kali, An -Nas tujuh kali, lepas tu ayat kedua terakhir dari Surah Yasin tujuh kali dan Ayat Kursi tujuh kali juga. Semua makcik tiupkan dekat garam dan lada hitam ni tanpa putus nafas tau.Niatkan dengan tekad yang makcik nak jaga Fauzi dari niat jahat sesiapa saja,nak selamatkan Fauzi. Niat dengan tekad. Lepas margrib saya datang balik makcik keluarkan,letak depan pintu rumah. Makcik,Mimi dengan Fauzi duduk dalam rumah,kunci semua pintu tingkap. Lubang-lubang besar tolong tutupkan ya. Sediakan air juga untuk Fauzi minum nanti. Sebab Fauzi tak boleh ke mana-mana bila rawatan dan bermula nanti." pesan Syauqi. Masnah mengangguk faham. Cepat-cepat dia mengarahkan Mimi membeli lada hitam dan garam kasar di kedai runcit.
Setelah mereka pergi,Masnah segera naik ke rumah lalu mengunci semua tingkap dan menutup lubang-lubang yang ada menggunakan kain. Semangatkanya lain macam kali ini. Nyawa anak lelakinya yang menjadi taruhan,dia tidak mahu gagal lagi. Kali ini kepulangan Fauzi biarkan kepulangan yang selamanya disisinya. Dia mahu Fauzi menjadi apa yang dihajati suaminya dahulu. Dia tekad kali ini.
~~~~~~~~~~~~~~~^^^^^^^^^^~~~~~~~~"Asap api dalam ketar darah muda ku dambakan!"
PRANG!!!
Dua buah tingkap pecah dengan sendirinya. Wadi tunduk tidak berkutik. Tubuhnya hanya turun naik dengan helaan nafasnya cuma. Sudah lama dia membongkok dihadapan tuannya namun rasa marah tuannya tetap tidak reda.
"Mana janji kau,Wadi?! Mana budak tu? Aku dah lama dah tak merasa darah muda jadi jangan sesekali kau cabar aku,Wadi! Atau kau sebagai gantinya nanti!." tempik si tuan yang sudah bongkok tiga dihadapannya. Bilik yang penuh dengan tempayan besar tersusun di tepi dinding itu kelihatan suram dengan sedikit cahaya yang menerobos masuk melalui lubang-lubang kecil di dinding.
"Maafkan aku,Tuan. Aku akan usahakan lagi malam ini.Malam ini adalah malam yang terakhir baginya untuk bersama keluarganya. Akan aku bawa dia samaada hidup atau mati ke sini. Itu janji aku,Tuan!." ucap Wadi dengan yakin. Bibirnya diketap kuat menahan rasa sakit hati dan amarahnya yang menggunung pada kumpulan Idris yang baru datang petang tadi.
Perkhabaran dari belaannya sungguh mengejutkan. Tak sangkah Masnah akan begitu berani sebegini. Melangkah keluar dari bilik dihujung rumahnya itu membuatkan nafasnya kencang dan tapak tangannya bergetar dengan marah yang berapi-api. Kalau bukan kerana si kerepot di dalam bilik itu sudah lama dia matikan Fauzi,bahkan sejak kali ke dua Fauzi datang ke rumahnya dia sudah dapat mengagak yang Fauzi akan gagal bila-bila masa saja. Talam yang diberikan juga hilang entah kemana,belum lagi dengan pantang larang yang sudah dilanggarnya.
"Menyusahkan!" Wadi meludah ke tanah. Lama matanya terarah pada matahari yang kian terbenam. Nyamuk-nyamuk yang mula menghurung tubuh dibiarkan tanpa ditepis.
"Hancur bisa tubuh kau miang keladi telapak kakimu! Tuh!" dia meludah ke tanah lagi sebelum masuk ke dalam rumah. Pintu dihempas kuat.
YOU ARE READING
"BISIK"
ParanormalBila minda bukan di isi rasa takut pada Tuhan maka diri akan terpimpin mengikut jejaknya nafsu dan di iringi bisikan syaitan. Bahaya itu adalah dirimu sendiri.