BISIK

184 16 0
                                    

Hujan lebat berselang seli dengan kilat memancar cerah setiap yang terkena cahayanya. Seluruh taman bergelap kerana sebatang pohon tumbang menimpa kabel eletrik di hadapan taman. Sesekali terlihat cahaya lampu suluh dari rumah-rumah yang gelap.

"Lama lagi ke orang nak datang baiki ni,bang?" Tanya Laila. Kebetulan pokok yang tumbang betul-betul di hadapan rumah mereka.

"Entah lah. Tadi ketua taman dah call dah orang kerja ni. Lama juga nak sampai." Jawab Akmal. Dia tidak terlalu kisah kerana rumahnya punya tenaga solar untuk menggantikannya.

"Saya takutlah gelap-gelap macam ni. Dah lah malam jumaat ni. Seram sejuk rasa badan ni." Laila menempek di sisi Akmal. Bahunya dipaut oleh Akmal.

"Lain betul blackout malam ni. Rasa seram-seram. Macam ada yang dok perhati je."matanya meliar ke sana sini.

"Ish,mulut awat tu. Jangan celupar."marah Akmal. Bahu Laila ditepuknya.Laila segera menutup mulut dan menepuk dahinya beberapa kali.

🕸️🕸️🕸️

Puas mencari kantuk tapi semakin segar pula biji matanya malam ini. Nora terkebil-kebil seorang diri. Dari tadi bunyi bising dari bilik Fauzi masih belum berhenti. Entah gila apa tengah-tengah malam berkemas. Siang tadi boleh pula tidur dengan habuk-habuk itu. Nora bangun membuka lampu. Baru saja mahu membuka pintu dia mendengar Fauzi keluar dari biliknya. Niatnya di matikan. Tidak mahu bertembung Fauzi di dapur. Menyampah. Lama menunggu masih juga belum kedengaran langkah kaki Fauzi masuk bilik.

"Ahh,lantaklah. Rumah aku." Nora memulas tombol. Terkejut seketika dia melihat ruang tamu rumahnya gelap gelita.

"Eh,dah kenapa tutup lampu?" Nora kembali menghidupkan suis. Keadaan kembali terang. Semua barangnya masih berada di tempat asal kecuali meja kecil tempat meletak kunci.

"Fauzi!" Nora menjeling pintu bilik Fauzi. Dia segera ke dapur membancuh milo dan kembali semula ke biliknya. Saat melintasi bilik Fauzi hidungnya kembang kempis mencium bau sesuatu. Dia berhenti sebentar sambil cuba menghidu lagi.

"Eh,hilang dah. Hmmh.." dia menggeleng kepala lalu segera ke biliknya. Oleh kerana mengantuknya belum tiba dia memutuskan untuk menonton drama Layangan Putus sebentar. Drama yang banyak menyakitkan hati penontonnya setakat ini termasuk Nora.

Baru sahaja menutup pintu biliknya,bilik Fauzi kembali riuh dengan bunyi-bunyi pelik. Nora mencebik bibir. Orang gila saja yang gila berkemas tengah-tengah malam begini.

🕸️🕸️🕸️

Fauzi tersenyum melihat dulang di hadapannya licin di jilat sembahanya.

"Kau tahu apa mahuku..jadi pergi laksanakannya." Fauzi berdiri sambil menyilang tangan ke belakang. Tingkap bilik di buka luas. Asap-asap kemenyan bertebar keluar  bersama suruhannya. Fauzi tersenyum puas.

"Sikit-sikit lama-lama mati juga. Hahahaha...aku tak peduli. Kalau Laila aku tak dapat,aku akan pastikan kau merana. Biar kau rasa betapa sakit hatinya aku sini." Penumbuknya di kepal kuat.

"BISIK"Where stories live. Discover now