BISIK

196 16 7
                                    

Kenangan dahulu...

Ganggang talifon terhempas ke lantai meninggalkan pemanggilnya terpanggil-panggil sendirian. Laila terpacak dengan mata yang membesar,bibir terketar-ketar.

"Kau dah kenapa ni? Macam nampak hantu muka tu."tegur ibunya.

"Abang Id mak....mak Abang Id kena tembak...makkkk......Abang Id makk...."Laila meraung dalam pelukan ibunya. Munah tercengang sebentar sebelum mengucap panjang.

"Sekarang dia kata mana?"soal Munah.

"Hospital mak..."

"Kau duduk sini mak nak panggil ayah kau. Bersiap dulu. Kita pergi hospital." Munah segera keluar melalui pintu dapur menuju ke kandang ayam milik suaminya. Di laung-laung tidak juga muncul batang hidung suaminya. Munah terpaksa masuk ke dalam kandang. Mencari-cari.

"Eh mana pula orang tua ni." Rungut Munah.

"Abang! Ooo Abang Yob!"laung Munah lagi.

"Buk,Bapak sudah pulang di panggil Haji Kadir sebentar tadi." Munir yang terdengar laungan isteri majikannya bergegas menuju ke kandang memberitahu.

"Eh masa bila Bang Kadir datang? Tak dengar bunyi motor pun?" Soal Munah.

"Itu tadi mereka naik keretanya Haji Kadir."

"Ada Bapak bagitahu dia pergi mana?"

"Katanya ada kecemasan di hospital,Buk. Bapak bilang nanti dia talifon sama Ibuk." Jawab Munir.

"Hah? Aduh.. aku balik dulu Munir." Munah kembali ke rumah. Baru sahaja membuka pintu sebuah kereta masuk ke laman rumahnya.

"Eh,Bang Kadir.." tegur Munah.

"Cepat siap. Farid kena tembak ada di hospital sekarang ni. Yob dah pergi tadi. Dia suruh aku ambik kau dengan Laila." Haji Kadir menjenguk kepala sedikit ke arah Munah.

"Laila..mari cepat!"Munah melaung dari depan pintu rumah. Laila muncul dengan mata membengkak kembang.

"Macam mana boleh tertembak ni,Bang Kadir?" Soal Munah.

"Dia pergi berburu ayam hutan dengan Fauzi pagi tadi. Guna senapang aku tu..entah macam mana kata Fauzi dia tertembak diri sendiri.  Nak tembak ayam tertembak diri sendiri.  Fauzi bawa dari hutang hujung kampung terus ke hospital. Aku pun tak tahu nak cakap apa tengok Fauzi tadi."

"Ya Allah...janganlah jadi apa-apa dekat menantu aku Ya Allah..."

"BISIK"Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang